02/05/2026
SEPILOK JAZZ FESTIVAL MEMBURU TALENT BARU
Apabila berbicara mengenai muzik jazz di Sabah, ramai pasti terus teringat kepada KK Jazz Fest. Namun di sebelah pantai timur Sabah, wujud satu lagi entiti yang juga konsisten mengangkat martabat muzik jazz adalah ''Sepilok Jazz Festival''.
Saya melihat Sepilok Jazz Fest ini hadir dengan misi lebih besar. Iaitu membina generasi baru, melahirkan bakat dikalangan anak muda dan semestinya memastikan legasi muzik jazz di Sabah terus bernyawa.
Sempena Sepilok Jazz Festival 2026 (edisi ke-5) , pihak penganjur tampil dengan inisiatif cukup bermakna menerusi penganjuran ujibakat muzik jazz di dua lokasi berbeza.
Sandakan akan menjadi lokasi pertama pada 1 Mei 2026. Bertempat di Trinity Arts and Music Academy. Seterusnya, giliran Kota Kinabalu pada 3 Mei 2026 p**a di Sabah Institute Of Arts. Manakala acara final akan diadakan di Trinity Arts and music Academy tanggal 8 Ogos nanti.
Yang terpilih dalam ujibakat ini bakal menerima wang tunai sebagai pemenang. Selain itu dapat peluang keemasan untuk menjadi antara performer di acara kemuncak Sepilok Jazz Festival 2026 yang akan berlangsung pada 4 dan 5 September 2026 di Rainforest Discovery Centre, Sepilok, Sandakan.
Bagi remaja dan belia yang bakal mencuba nasib, inilah ruang terbaik untuk menunjukkan kemampuan sebenar. Jangan takut untuk bereksperimen, jangan malu untuk menonjolkan identiti sendiri. Do your best and have fun with jazz music..
Dalam landskap muzik yang sentiasa berubah, usaha pembangunan seperti ini sangat penting. Ia membuktikan bahawa Sabah bukan sahaja kaya dengan bakat, malah serius dalam menyediakan ekosistem sihat untuk genra seperti jazz terus berkembang.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada FOSTER (Friends Of Sea Turtles Education & Research) sekalu pihak penganjur. Dengan platform sebegini, kita boleh yakin bahawa Sabah tidak akan ketandusan pemuzik jazz yang bakal memikul tanggungjawab sebagai pelapis pada masa hadapan.
Dan secara peribadi, saya berpendapat bahawa Sepilok Jazz Fest ini adalah bukan sekadar festival muzik semata mata, tetapi ia adalah investment yang tidak nampak dengan mata kasar. Tetapi akan dapat hasilnya di masa hadapan