Sekolah Kebangsaan Bambangan Sandakan

Sekolah Kebangsaan Bambangan Sandakan Perkongsian aktiviti yang melibatkan murid, guru serta ibu bapa SK Bambangan Malingkat👍👍😍😍

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK BAMBANGAN SANDAKAN MALINGKAT💕❤️
13/09/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK BAMBANGAN SANDAKAN MALINGKAT💕❤️





12/09/2026

PERSEMBAHAN KARNIVAL PENDIDIKAN 2026..💕

Nyanyian Solo🎤, wakil dari SK Bambangan..
Adik Muhammad Danish Bin Azlin..
Murid tahun 1..






27/08/2026





GOTONG-ROYONG MADANI 2026💕❤️Terima kasih & tahniah kepada seluruh warga sekolah SK Bambangan yakni guru-guru, kakitangan...
27/07/2026

GOTONG-ROYONG MADANI 2026💕❤️

Terima kasih & tahniah kepada seluruh warga sekolah SK Bambangan yakni guru-guru, kakitangan sokongan, ibu bapa serta para pelajar yang telah hadir dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan mencerminkan nilai murni gotong-royong yang semakin kita pupuk dalam budaya masyarakat kita.

Tidak lupa juga, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak PIBG atas sokongan padu, baik dari segi tenaga, masa mahupun sumbangan idea serta bahan yang diperlukan. Tanpa kerjasama erat daripada pihak PIBG, program ini pastinya tidak akan berjalan dengan lancar.

Semoga kerjasama yang terjalin pada hari ini akan terus mekar dan menjadi pemangkin kepada kejayaan sekolah kita dalam melahirkan generasi Madani yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan segala usaha kita diberkati Allah SWT.
Terima kasih.








26 JULAI 2026, Ahad

KEJOHANAN HOKI PERINGKAT MSSD SANDAKAN 2026🏑🏑🏑🥅 Alhamdulillah & tahniah..Pasukan Hoki SK Bambangan telah dinobatkan seba...
03/07/2026

KEJOHANAN HOKI PERINGKAT MSSD SANDAKAN 2026🏑🏑🏑🥅

Alhamdulillah & tahniah..Pasukan Hoki SK Bambangan telah dinobatkan sebagai juara..

Keputusan:
Johan🥇 🏆🥇

Anugerah:
Penjaring Terbaik🏑🥅 :
Muhammad Faril bin Basri

Pemain Terbaik🏑🙋 :
Muhammad Rahman bin Abdullah

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para atlet, jurulatih, guru-guru serta sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga sekolah.

Syabas dan tahniah kepada semua atlet yang telah berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan demi mengharumkan nama SK Bambangan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. 💪🔥🤲








23 - 24 JUN 2026

KEM BESTARI SOLAT💕❤️🕌 Tahniah kepada semua murid-murid yang terlibat dalam Program KBS 2026..Semoga program ini menjadi ...
30/06/2026

KEM BESTARI SOLAT💕❤️🕌

Tahniah kepada semua murid-murid yang terlibat dalam Program KBS 2026..

Semoga program ini menjadi panduan dan pedoman dalam melaksanakan kewajipan kepada maha pencipta yakni dengan cara solat yang sempurna.

Hadits dari Malik bin Huwairits ra. bahawa Rasulullah saw bersabda:
Shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku melakukan shalat.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari).

Semoga program ini menjadi pahala amal ibadah kita di Sisi-NYA. Amin🤲🤲









27 JUN 2026

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT MSSD SANDAKAN 2026🤾⛹️🏃💕❤️Simpan sini sebagai kenangan..Alhamdulillah masih ada manis-man...
22/06/2026

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT MSSD SANDAKAN 2026
🤾⛹️🏃💕❤️

Simpan sini sebagai kenangan..
Alhamdulillah masih ada manis-manisnya tahun ni🤲😊. Tahniah kepada semua murid yang mewakili sekolah.

Pasukan bola baling lelaki mendapat tempat Ketiga🥉bersama SK Melanta Jaya..

Semoga setiap penyertaan menjadi pengalaman yang berharga terutama anak-anak murid berani menyahut cabaran bersaing di luar sekolah.

Terima kasih kepada jurulatih, guru pengiring, ibu bapa & semua warga SKBS atas segala sokongan yang diberikan.











18-19 JUN 2026

PASUKAN RAGBI SK BAMBANGAN🏈🏉🥇Simpan sebagai kenangan💕❤️..Tahniah anak-anak semua.. Tahniah coach, guru pengiring serta s...
26/04/2026

PASUKAN RAGBI SK BAMBANGAN🏈🏉🥇

Simpan sebagai kenangan💕❤️..
Tahniah anak-anak semua.. Tahniah coach, guru pengiring serta sokongan semua ibu bapa yang terlibat.

Pencapaian:
JOHAN CUP..
Kejohanan Ragbi Peringkat MSSD Sandakan, 2026.

Semoga menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk terus aktif dalam sukan sekolah💪.








19/04/2026

Persembahan Khas daripada murid tahap 1💕❤️ ..






16 APRIL 2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAMBANGAN SANDAKAN SESI 2026/2027💕❤️Terima kasih kepada ibu bapa dan semua yang terlibat dapat m...
08/02/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BAMBANGAN SANDAKAN SESI 2026/2027💕❤️

Terima kasih kepada ibu bapa dan semua yang terlibat dapat meluangkan masa sama-sama hadir dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Semoga mesyuarat ini dapat membangunkan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan serta perkembangan murid.

Mesyuarat ini juga menjadi platform untuk membangun hubungan harmoni antara ibu bapa, guru, dan pihak sekolah demi mencapai matlamat pendidikan yang lebih baik pada masa akan datang. Amin🤲.. Terima kasih






Address

Jalan Seguntor
Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Bambangan Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category