SMK Ulu Sapi _ Rasmi

SMK Ulu Sapi _ Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Ulu Sapi _ Rasmi, School, SMK Ulu Sapi, Sandakan.

24/04/2026

Hari Apresiasi Kecemerlangan SMK Ulu Sapi 2025

KERANGKA RPM 2026-2035
07/04/2026

KERANGKA RPM 2026-2035

SMK ULU SAPI SEPASUKAN KOMITED MENJAYAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026 - 2035.
08/02/2026

SMK ULU SAPI SEPASUKAN KOMITED MENJAYAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026 - 2035.

Program Asas Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Ulu Sapi Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di k...
07/09/2025

Program Asas Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Ulu Sapi Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di kawasan padang sekolah. Program ini bertujuan membentuk disiplin, kerjasama berpasukan, serta melatih ketahanan diri dalam kalangan pelajar.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk ikatan dan simpulan, di mana para peserta mempelajari teknik asas tali yang penting dalam aktiviti perkhemahan sebenar. Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketelitian, malah melatih murid agar lebih cekap menyelesaikan tugasan praktikal.

Selain itu, sesi masakan rimba menjadi tumpuan apabila peserta berpeluang menyediakan hidangan menggunakan bahan dan peralatan asas di kawasan lapang. Melalui aktiviti ini, mereka bukan sahaja mempraktikkan kemahiran bertahan hidup, tetapi juga memupuk semangat bekerjasama dan kreativiti.

Tidak ketinggalan, latihan kawad kaki turut dijalankan bagi meningkatkan disiplin, kekemasan dan semangat berkawad dalam kalangan ahli KRS. Latihan ini memperlihatkan kesungguhan peserta mematuhi arahan serta menonjolkan nilai kepimpinan.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berdikari dan berdaya tahan. Program ini sekaligus memperkukuh jati diri ahli KRS SMK Ulu Sapi sebagai generasi muda yang berwibawa.


Selamat Sejahtera Semua.Pasukan STEM SMK Ulu Sapi  akan menyertai International Robotic Competition 2025 (PIRC) Peringka...
24/04/2025

Selamat Sejahtera Semua.
Pasukan STEM SMK Ulu Sapi akan menyertai International Robotic Competition 2025 (PIRC) Peringkat antarabangsa yang akan dilangsungkan di Dewan Utama Dato Sagor, ADTEC JTM Kampus Taiping Perak. Mereka telah berlepas ke Perak semalam. Marilah sama-sama kita doakan perjalanan mereka selamat, dipermudahkan segala urusan dan membawa pulang kejayaan.

Antara Warga SMKUS yang terlibat ialah
1. Cikgu Hanafiah Eddy Chong Junairi [ Jurulatih/Guru Pengiring]
2. Cikgu Mohd Nizamuddin Shawal [ Jurulatih/Guru Pengiring]
3. Cikgu Nasirah Haziqah Ainuddeen [Jurulatih/Guru Pengiring]
4. Nur Ayuni Syahirah binti Zulkifli
5. Nur Syuwadatul Adawiah binti Zukifali
6. Jevender Jones Joseph
7.Kevin F Yunsir
8. Archillies Moses Marc Idtah@ Adnan
9. Ronasalesta Zaimes
10. Elisya Olidang Joel
11.Muhammad Fakhrul Iqram bin Romi
12. Torres Hanson Ronielo
13.Benny Jecksent Jesmin
14.Adlyshah Qhairil bin Abdullah

ROBONEO2024SMK Ulu Sapi Telah berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan Robotik   Auto. Murid telah mendapat trofi dan wa...
12/10/2024

ROBONEO2024

SMK Ulu Sapi Telah berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan Robotik Auto. Murid telah mendapat trofi dan wang tunai sebanyak RM1000.00.

Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam mengurus dan membimbing murid-murid berkenaan. Ini sedikit membuktikan kemampuan murid Luar bandar, boleh di gilap sekiranya ruang dan peluang kita berikan.



26/08/2024

PROGRAM LISTARI ADAB DAN NILAI
23 OGOS 2024

Tahniah,Tahniah dan Tahniah ,πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada wakil PPD Telupid/Tongod dari SMK Ulu Sapi kerana ...
16/07/2024

Tahniah,Tahniah dan Tahniah ,πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada wakil PPD Telupid/Tongod dari SMK Ulu Sapi kerana telah berjaya menjuarai 2 kategori dalam pertandingan Festival Rancak Seni peringkat negeri Sabah yang telah diadakan pada 15 Julai 2024 di Sipitang.

Pencapaian:
Juara Nyanyian solo : Amanda Olive Loisee
Juara Duo : Misnalia Muhinin dan Amanda Olive Loisee

Tahniah juga kepada Jurulatih dan guru pengiring mereka Cikgu Alloricka Kian dan Cikgu Runia Rujua atas kesungguhan dan komitmen.

Adik Misnalia dan Amanda akan mewakili negeri sabah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sembilan.

MSS SMK Ulu Sapi, day 2, lessgooo
07/05/2024

MSS SMK Ulu Sapi, day 2, lessgooo

05/05/2024
05/05/2024

πŸŽ‰πŸ† sukan sekolah kembali lagi! πŸ†πŸŽ‰

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mari sertai kami dalam Kejohanan Sukan Kita! 🌟
Mari tunjukkan kepada semua yang kita adalah juara! πŸ…

Tarikh: 6 Hingga 9 Mei 2024
Masa: 7.00 pagi Hingga 12.00 pagi
Tempat: Padang Kg Toniting, Telupid

Jangan lupa untuk datang dengan pakaian sukan, payung besar, topi kebun dan botol minuman bagi menyokong anak-anak murid bersukan!

Marilah kita berjuang bersama, bersatu dalam semangat kejuaraan dan rumah manakah yang akan menjadi juara keseluruhan tahun ini?! πŸ’₯πŸ‘

Salam Sukan! πŸ†πŸŽ‰

Address

SMK Ulu Sapi
Sandakan

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Ulu Sapi _ Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category