23/06/2022
ETIKA PERTAMA/1️⃣ : Tidak menceburkan diri terhadap perkara yang tidak diketahuinya
📖Firman Allah SWT yang bermaksud:
” Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya”.
📌Surah al-Isra’ ayat 36
ETIKA KEDUA/2️⃣ :Tidak berkata atau mengeluarkan pendapat terhadap khabar angin yang akan mendorong kepada fitnah dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
✅ Inilah kaedah yang sering digunapakai oleh musuh-musuh negara dan para pengkhianat anak bangsa. Mereka menyebarkan berita-berita palsu atau memutarbelitkan maklumat yang tidak diketahui sumbernya sehingga s**ar untuk mengenalpasti sama ada ianya benar atau palsu. Bahkan mereka juga menambah info-info lain berbentuk gambar atau video bertujuan untuk menjadikannya sebahagian dari maklumat asal seterusnya menyebabkan kesulitan kepada pembaca membezakan maklumat yang betul atau salah.
Tujuan pemalsuan ini berkemungkinan disebabkan faktor politik, sosial, ekonomi atau ketenteraan selain daripada kebencian, dendam dan ingin mengancam keamanan masyarakat❗
ETIKA KETIGA/3️⃣ : Mencegah diri daripada melakukan sindiran dan penghinaan terhadap orang lain sama ada dalam bentuk gambar atau komen kerana menghormati orang lain itu merupakan satu kewajipan di sisi syariat dan moral.
📖 Firman Allah SWT yang bermaksud:
” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekump**an lelaki merendahkan kump**an yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan p**a sekump**an perempuan merendahkan kump**an lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah s**a mencela antara satu sama lain dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
📌surah al-Hujurat ayat 11
Nabi Muhammad SAW juga bersabda yang bermaksud:
” Antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang bukan kepentingan dia”
📌Hadis riwayat Tirmidzi
https://www.ukm.my/pusatislam/news/5-etika-penggunaan-media-media-sosial/ https://youtu.
be/UxVCzMgc-z4
Adab-adab yang harus diperhatikan seorang muslim sebelum share sesuatu di sosial media, nasehat oleh Ustadz Dr. Firanda Andirja, MAkajian lengkap channel Fir...