Sekolah Seni Malaysia Sabah

Sekolah Seni Malaysia Sabah Sekolah ini telah ditubuhkan sejak 2016 dan menawarkan bidang kesenian sebagai kurikulum utamanya..

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jacob Raphael Afendey atas kejayaan meraih Pingat Perak (Silver Medal) dalam ac...
01/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jacob Raphael Afendey atas kejayaan meraih Pingat Perak (Silver Medal) dalam acara Kyorugi Class A Male Light (55.01kg–59kg), kategori umur 15–17 tahun di MBW International Taekwondo Championship 2026.

Kejohanan MBW International Taekwondo Championship merupakan pertandingan taekwondo bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan atlet-atlet berbakat dari dalam dan luar negara untuk bersaing dalam suasana kompetitif yang berprestij. Kejayaan ini membuktikan dedikasi, disiplin dan semangat juang yang tinggi dalam mengharungi saingan yang sengit.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara.

πŸ“ Tempat: Nilai Indoor Stadium, Negeri Sembilan
πŸ“… Tarikh: 31 Julai 2026 – 2 Ogos 2026
Syabas dan semoga terus cemerlang pada masa hadapan! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

31/07/2026
Seluruh warga Sekolah Seni Malaysia Sabah (SSeMSabah) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Elovia Godfrey atas pen...
30/07/2026

Seluruh warga Sekolah Seni Malaysia Sabah (SSeMSabah) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Elovia Godfrey atas penganugerahan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Anugerah tersebut telah disampaikan sempena Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-37 yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, pada 30 Julai 2026.

Semoga pengiktirafan yang diterima ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan, sekali gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga SSeMSabah serta generasi pelajar yang lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

19/07/2026
Murid-murid Sekolah Seni Malaysia Sabah telah mengambil bahagian dalam Karnival National Training Week (NTW) Sabah 2026 ...
18/07/2026

Murid-murid Sekolah Seni Malaysia Sabah telah mengambil bahagian dalam Karnival National Training Week (NTW) Sabah 2026 menerusi Pameran Seni Visual dan Persembahan Tarian, sekali gus menyerlahkan bakat, kreativiti serta kecemerlangan mereka dalam bidang seni.

Selain itu, murid-murid turut berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, sempena lawatan beliau ke program tersebut.

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang bermakna serta menyuntik semangat kepada murid-murid untuk terus berkarya dan mengharumkan nama Sekolah Seni Malaysia Sabah.

Terima kasih atas sokongan Jelajah Sandakan & puan Ivy Clara Attian..
12/07/2026

Terima kasih atas sokongan Jelajah Sandakan & puan Ivy Clara Attian..

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga.Pentaksiran SPM Kesenian akan bermula pada 27 Julai 2026. Mohon doa dan sokon...
11/07/2026

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga.
Pentaksiran SPM Kesenian akan bermula pada 27 Julai 2026. Mohon doa dan sokongan berterusan agar semua calon Sekolah Seni Malaysia Sabah diberikan kesihatan yang baik, ketenangan, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Terima kasih atas doa dan sokongan anda.

"Setiap calitan berus mempunyai cerita, setiap warna menyimpan rahsia."​Dunia seni halus sentiasa penuh dengan tanda tan...
09/07/2026

"Setiap calitan berus mempunyai cerita, setiap warna menyimpan rahsia."

​Dunia seni halus sentiasa penuh dengan tanda tanya dan interpretasi yang unik. Kali ini, Pengkhususan Seni Halus Sekolah Seni Malaysia Sabah menjemput anda semua untuk merungkai misteri di sebalik kanvas melalui Pameran Niskala Vol. 7: ENIGMA.

​ENIGMAβ€”sebuah perkataan yang membawa maksud teka-teki atau sesuatu yang misteri. Melalui pameran ini, para pelajar mengekspresikan idea, emosi, dan kritikan sosial yang diterjemahkan menjadi sebuah karya visual yang luasa dan mendalam. Datang dan rasai sendiri pengalaman estetika yang bakal menyentuh jiwa anda.

​Catat maklumat penting ini:
πŸ—“ Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•£ Masa: 8.30 AM - 11.00 Am
πŸ“ Lokasi: Sulap Pinakol, Galeri Seni

​Sama-sama kita raikan kreativiti dan hasil usaha keras anak muda tempatan. Kehadiran anda adalah penghargaan terbesar buat mereka.



KEPUTUSAN PERTANDINGAN GENTA SUARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”πŸ“… 7–8 Julai 2026πŸ“ HGH Convention Centr...
09/07/2026

KEPUTUSAN PERTANDINGAN GENTA SUARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“… 7–8 Julai 2026
πŸ“ HGH Convention Centre, Kuala Lumpur

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, warga SSeM Sabah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kontinjen yang telah mengharumkan nama sekolah dan negeri melalui pencapaian yang amat membanggakan.

πŸ† JOHAN
Pertandingan Koir Wira Anti Rasuah
Kategori Sekolah Seni Malaysia

🌟 Anugerah Konduktor Terbaik

πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA
Pertandingan Nyanyian Solo
Kategori Sekolah Seni Malaysia (Lelaki)

πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA
Pertandingan Nyanyian Solo
Kategori Sekolah Seni Malaysia (Perempuan)

πŸ… TEMPAT KEEMPAT
Pertandingan Nyanyian Duo
Kategori Sekolah Seni Malaysia

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih para peserta, dedikasi guru pembimbing, sokongan padu ibu bapa serta komitmen semua pihak yang sentiasa bersama dalam memastikan kecemerlangan kontinjen SSeM Sabah.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. πŸ’πŸ†




Address

SMK ELOPURA BESTARI
Sandakan
90712

Telephone

+6089533960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Seni Malaysia Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Seni Malaysia Sabah:

Shortcuts

Share

Category