Sekolah Agama Negeri - SAN Tanjung Papat

Sekolah Agama Negeri - SAN Tanjung Papat Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Alhamdulillah telah selesai proses penyelenggaran baik pulih dan ubah suai beberapa bahagian bangunan SAN Tanjung Papat....
28/01/2022

Alhamdulillah telah selesai proses penyelenggaran baik pulih dan ubah suai beberapa bahagian bangunan SAN Tanjung Papat. Khususnya bahagian bilik guru, tandas guru, stor, dan bahagian hadapan bangunan sekolah. Semoga dapat memberi keselesaan kepada warga SAN TP dan menyuntik semangat baru untuk terus memberikan yang terbaik.

24/01/2022

JAWATAN KOSONG GURU AGAMA (KEMASUKAN SEGERA!!)

SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) TG.PAPAT SANDAKAN

Kriteria :
1. Mempunyai Sijil SMA sijil menengah agama /Sijil STAM sijil tinggi agama /Setaraf
2. Warganegara
3. Lelaki sahaja
4. Mahir komputer
4. Minat dalam bidang pendidikan
5. Ceria & Soft (polite way/tidak garang)
5. Kawasan Sandakan sahaja

Skop Kerja
1. Mengajar pelajaran agama
2. Menyediakan bahan untuk mengajar

Waktu Berkerja
Isnin - Jumaat
1:00 pm - 5:30 pm

Tindakan Calon
1.Hantar resume kepada nombor yang tertera di bawah
2.Bawa resume asal, sijil yang berkaitan ketika sesi temuduga yang akan dimaklumkan nanti.

Hubungi :

Hasbullah Mistamiruddin
Guru Besar
SAN Tg.Papat

link : https://wa.me/60198236093

Tahniah kepada Adik Nur Aleya Haziqah binti Halim yang telah dianugerahkan sebagai Pelajar Paling Aktif PDPR Peringkat S...
09/12/2021

Tahniah kepada Adik Nur Aleya Haziqah binti Halim yang telah dianugerahkan sebagai Pelajar Paling Aktif PDPR Peringkat SAN Tanjung Papat Sandakan.

Adik Nur Aleya Haziqah juga telah mendapat tempat pertama dalam peperiksan akhir tahun bagi kelas Tahun 6 2021.

Sijil dan Cenderahati merupakan sumbangan Ibu Pejabat JHEAINS dan telah disampaikan oleh Ustazah Salihah binti Karim selaku Puan Penyelia Bahagian Pendidikan JHEAINS Sandakan, diiringi Ustaz Hasbullah bin Mustamiruddin selaku Guru Besar di SAN TG Papat Sandakan.

Baarakallahu feekum.

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini berkenaan tarikh pembukaan semula s...
22/11/2021

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini berkenaan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi SMAN, SAN dan SAR akan mula beroperasi pada 22 November 2021 (Isnin).

Perkara lain yang berkaitan akan dijelaskan kemudian dengan lebih terperinci di group PIBG San Tanjung Papat dan group kelas masing-masing.

PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN KE-64 !Telah diadakan pertandingan mewarna sempena ha...
03/09/2021

PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN KE-64 !

Telah diadakan pertandingan mewarna sempena hari kemerdekaan negara yang ke 64 melibatkan semua murid SAN TP.

Proses mewarna dijalankan di rumah masing-masing lalu menghantar hasilnya dalam bentuk gambar, tahniah kepada semua pemenang !

Ceramah Sempena Sambutan Isra' & Mi'raj: "Ibrah Di Sebalik Kisah" - Sabtu, 13/03/2021Penceramah Jemputan: Ybhg Al Fadhil...
13/03/2021

Ceramah Sempena Sambutan Isra' & Mi'raj: "Ibrah Di Sebalik Kisah" - Sabtu, 13/03/2021

Penceramah Jemputan: Ybhg Al Fadhil Ustaz Bunyamin Bakri (Mudir SERI Ar-Raudhah)

Bertempat di dewan Sekolah Agama Negeri (SAN) Tanjung Papat Sandakan.

PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) TANJUNG PAPAT SANDAKAN. JHEAINS telah menetapkan tarikh pembuk...
06/03/2021

PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) TANJUNG PAPAT SANDAKAN.

JHEAINS telah menetapkan tarikh pembukaan semula Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kelolaan JHEAINS iaitu seperti berikut:

1) Tahun 1 & 2 - bermula 8 Mac 2021
2) Tahun 3 hingga 6 - bermula 15 Mac 2021

Warga SAN TP mengucapkan selamat kembali semula ke sekolah kepada semua para murid, ilal liqa'! In shaa Allah.

IMTIHAN QABUL 2020 - 22 FEBRUARI 2021Pagi ini, SAN Tanjung Papat mengucapkan selamat menduduki Ujian Kemasukan Pelajar k...
22/02/2021

IMTIHAN QABUL 2020 - 22 FEBRUARI 2021

Pagi ini, SAN Tanjung Papat mengucapkan selamat menduduki Ujian Kemasukan Pelajar ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri yang dikenali dengan nama Imtihan Qabul.

Peperiksaan ini dijalankan secara serentak di seluruh Sekolah Agama Negeri (SAN) Sabah.

Ujian Imtihan Qabul melibatkan murid tahun 6 2020. Marilah kita bersama-sama berdoa semoga Allah mmberikan kekuatan & kesungguhan dalam menjawab peperiksaan.

Bittaufiq Wannajah

MAJLIS APRESIASI MURID TAHUN 6 SESI 2020Alhamdulillah, Warga SAN Tanjung Papat telah mengadakan Majlis Apresiasi Murid T...
19/12/2020

MAJLIS APRESIASI MURID TAHUN 6 SESI 2020

Alhamdulillah, Warga SAN Tanjung Papat telah mengadakan Majlis Apresiasi Murid Tahun 6 pada hari jumaat lalu (18 Disember 2020) sebagai penghargaan kepada para murid tahun 6 sesi 2020 yang telah menamatkan persekolahan mereka di SAN Tanjung Papat Sandakan.

Semoga semua murid Tahun 6 SAN Tanjung Papat sesi 2020 terus bersemangat menimba ilmu dan mengejar cita-cita yang diimpikan, seterusnya menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara di kemudian hari.

Ilal Liqa'. Sehingga berjumpa lagi, InshaAllah.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020SEKOLAH AGAMA NEGERI TG.PAPAT๐Ÿ“ DARJAH 6 SANTPโค๏ธ Ibubapa/penjaga yang berkaitan boleh mula me...
01/12/2020

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020
SEKOLAH AGAMA NEGERI TG.PAPAT

๐Ÿ“ DARJAH 6 SANTP

โค๏ธ Ibubapa/penjaga yang berkaitan boleh mula mengambil kertas peperiksaan di Pejabat Sekolah pada ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ‘‰๐Ÿฟ 04 Disember 2020
๐Ÿ‘‰๐Ÿฟ Jumaat
๐Ÿ‘‰๐Ÿฟ 8.30-11.30 PAGI

๐Ÿ“ kertas peperiksaan yang telah dijawab perlu dipulangkan di pejabat sekolah selewat-lewatnya 14/12/2020 (isnin)

Harap ibubapa/penjaga dpt bekerjasama semasa sesi peperiksaan nanti. Harap maklum dan Terima kasih ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“Œ Untuk peperiksaan murid SANTP akan dilaksanakan di rumah masing-masing dan mengikut jadual yg telah disediakan.




Address

Jalan Buli Sim Sim & Jambatan 7
Sandakan
90000

Telephone

+6089465767

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Negeri - SAN Tanjung Papat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Negeri - SAN Tanjung Papat:

Shortcuts

Share

Category