22/08/2026
PENGHARGAAN KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA & JPWPKL
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) atas komitmen serta sokongan berterusan dalam memperkasakan kecemerlangan pendidikan.
Warga Sekolah Kebangsaan Salak South merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Tuan Haji Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atas peruntukan sebanyak RM100,000.00 di bawah pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah (Bawah Reformasi Sekolah).
Semoga peruntukan ini menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkatkan kemudahan, memperkukuh kualiti pembelajaran serta melonjakkan kecemerlangan murid demi merealisasikan aspirasi pendidikan negara.
"Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera."
Ikhlas daripada,
Warga SK Salak South