04/06/2026
4 JUN 2026 | MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR
Terpahat sejarah pendidikan bagi daerah Sabak Bernam.
Menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan bercemar duli menyantuni rakyat serta menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam, Selangor pada Khamis, 18 Zulhijjah 1447H.
Keprihatinan DYTM Raja Muda Selangor terhadap pembangunan pendidikan mencerminkan komitmen Baginda dalam memastikan pendidikan menjadi teras kemenjadian insan. Usaha ini bukan sahaja menyokong kesejahteraan warga pendidikan, malah mempertingkat keberkesanan penyampaian perkhidmatan pendidikan demi manfaat generasi masa hadapan.
Selain daripada itu, pembinaan kompleks pendidikan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam menyediakan kemudahan dan persekitaran kerja yang lebih kondusif, moden serta selesa kepada warga PPD Sabak Bernam, sekali gus memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan pendidikan kepada masyarakat setempat.
Turut hadir, YBhg. Datoβ Dr. Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBrs. Tuan Naharudeen bin Othman, Ketua Jemaah Nazir Sekolah mewakili Datuk KPPM, YBhg. Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, Pengarah Pendidikan JPN Selangor, Pengetua dan Guru Besar Sekolah β Sekolah Daerah Sabak Bernam dan warga kerja JKR Sabak Bernam serta warga komuniti.
02/06/2026
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Islandar Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Selangor
26/05/2026
π Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H π
Ikhlas daripada warga Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam buat seluruh pendidik dan kakitangan pendidikan yang sentiasa tabah mendidik dan mencurah ilmu tanpa jemu. Semoga pengorbanan, keikhlasan dan usaha murni kalian terus diberkati serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat semua.
Marhani Binti M. Haniff
Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam
22/05/2026
TAWARAN SEBAGAI PENGAWAS SUKARELAWAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 STPM TAHUN 2026
PERMOHONAN DIBUKA PADA 25 MEI 2026
Pautan pendaftaran: https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/
21/05/2026
Notis pemakluman pemindahan operasi Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam.
19/05/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan/puan.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen tinggi dalam pengisian data permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Negeri Selangor bagi tahun 2026.
Kerjasama erat daripada pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor amat dihargai dalam memastikan data murid dikemas kini dengan tepat, lengkap dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Semoga usaha berterusan ini dapat memastikan kebajikan murid yang layak sentiasa terpelihara dan bantuan dapat disalurkan dengan lebih efisien serta berkesan.
18/05/2026
18 Mei 2026 I Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN
Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Turut hadir Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bersama barisan Timbalan Pengarah, pegawai-pegawai JPN Selangor, Puan Marhani Pegawai Pendidikan Daerah PPD Sabak Bernam, pegawai-pegawai PPD, ketua-ketua jabatan, pengetua, guru besar serta kepimpinan komuniti daerah Sabak Bernam.
Majlis ini menjadi simbol komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan infrastruktur pendidikan demi menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif, moden dan efisien kepada warga pendidikan.
Pembinaan bangunan baharu ini juga diyakini mampu memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan serta meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan di daerah Sabak Bernam selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
18/05/2026
18 Mei 2026
Notis Gangguan Talian Telefon Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam
Saluran Alternatif Untuk Dihubungi
π[email protected]
π011-39533835 (En. Ridzuan)