13/08/2023
Jangan lupa rancangan Halaqah Hadith di Radio SALAMfm 91.1 JAKIM pagi ini akan membicarakan tentang hadis 'Larangan Menceritakan Semua Yang Didengari'. Boleh dengarkan secara online di https://rtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/ASYIK
09/08/2023
Pemilihan pemain bola sepak ke peringkat negeri selangor
Semoga berjaye team bola sepak sabak bernam keperingkat kebangsaan...
Amin...
12/06/2023
Meninggalkan Kesan Yang Baik
=====
1. Dalam Surah Yasin, Allah ingatkan kepada kita tentang apa yang berlaku setelah kita meninggal dunia nanti iaitu kita akan dihidupkan semula dan Allah akan merekodkan segala apa telah kita lakukan sewaktu kita hidup dahulu. Firman Allah:
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُّبِينٍ
“Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan.” (Surah Yasin: 12)
2. Menurut al-Imam Ibn Kathir, yang dimaksudkan dengan kesan perbuatan kita itu ialah segala apa yang kita lakukan serta kesannya. Jika baik, baiklah balasannya dan jika kita meninggalkan kesan perbuatan yang buruk, maka buruklah balasannya. Kata beliau:
وآثارهم التى أثروها - أى تركوها - من بعدهم ، فنجزيهم على ذلك - أيضا - ، إن خيرا فخيرا ، وإن شرا فشر
“Dan yang dimaksudkan dengan kesan-kesannya (perbuatan mereka itu ialah) kesan yang mereka tinggalkan setelah dari (meninggal dunia) itu lalu Allah akan memberi mereka balasan. Sekiranya baik, maka mereka mendapat balasan yang baik, sekiranya mereka meninggalkan kesan yang jahat, maka balasan yang jahat akan diberi.”
3. Oleh itu, ayat ini memberikan kita teguran yang baik buat diri kita. Bukan sekadar kita seharunya memikirkan kesan dari setiap perlakuan kita, malah apakah kesan kebaikan yang telah kita tinggalkan agar menjadi asset buat diri kita untuk bertemu Allah kelak?
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
10/06/2023
UCAPAN TERAKHIR NUKILAN RASULULLAH SAW.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan p**a kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.
https://infaqpay.my/go/pastikawasansabakbernam
Mari sama-sama infaq dalam usaha membina generasi Islam masa depan sempena MUSIM HAJI DAN UMRAH yg BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI ini. 🙂
30/11/2022
[PENDAFTARAN MURID PASTI Pra Tahfiz MUHAMMADI SESI 2023 DIBUKA]
🏡Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pra Tahfiz Muhammadi Taman Air Manis Sabak Bernam
❇️Terbuka untuk anak-anak yang berumur 4⃣, 5⃣ & 6⃣ Tahun pada 2021
√ Program PASTI : 7.30 Pagi - 12.30 Tengahari
√ Program SMART PASTI : 7.30 Pagi - 5.30 Petang
==========
🔰Bagi yang berminat, sila hubungi nombor yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Hubungi :
📳 Cikgu Lita
https://0163824140.wasap.my
Sila Layari
FB : https://m.facebook.com/pasti.muhammadi.96?ref=bookmarks
Share on WhatsApp
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.
28/11/2022
Pendaftaran Pasti Muhammadi
SESI 2023 Kini di buka