Unit Keusahawanan Politeknik Sultan Idris Shah

Unit Keusahawanan Politeknik Sultan Idris Shah Membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar dan seluruh warga PSIS

Bismillah..25/6/26Dewan Sri LangPSISTaklimat Keusahawanan kepada seramai 1,108 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan p...
25/06/2026

Bismillah..
25/6/26
Dewan Sri Lang
PSIS

Taklimat Keusahawanan kepada seramai 1,108 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi sesi kemasukan kali ini telah berjaya dilaksanakan.

Kehadiran para pelajar ini bukan sahaja sebagai penuntut ilmu, malah mereka juga merupakan bakal pemimpin, pencipta peluang dan usahawan masa hadapan yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

PSIS sentiasa komited untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran teknikal, tetapi turut memiliki minda keusahawanan, berdaya saing, kreatif serta mampu mencipta peluang pekerjaan untuk diri sendiri dan masyarakat.

Dalam dunia yang semakin mencabar, graduan hari ini bukan lagi hanya perlu mencari pekerjaan, tetapi juga perlu bersedia mencipta peluang pekerjaan. Atas sebab itu, elemen keusahawanan menjadi antara fokus penting yang diterapkan kepada para pelajar sepanjang pengajian mereka di bumi bertuah ini.

Selamat datang ke keluarga besar PSIS. Semoga perjalanan ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

KU Keusahawanan
PSIS The Great

13/03/2026

Selamat datang ke halaman rasmi Unit Keusahawanan Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS). Halaman ini bertujuan berkongsi maklumat berkaitan program, aktiviti, latihan dan peluang keusahawanan untuk seluruh warga PSIS khususnya para pelajar yang budiman.

Kami di unit komited untuk membudayakan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar serta menyokong pembangunan usahawan muda.

Semoga para pelajar bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik malah turut membina sahsiah yang cemerlang , membina kemahiran keusahawanan serta mengembangkan potensi /skil dalam bidang ini selaras dengan aspirasi IPTA melahirkan graduan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Address

Sungai Lang, Sungai Air Tawar Darul Ehsan
Sabak
45100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Keusahawanan Politeknik Sultan Idris Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category