MTDIM merupakan sebuah institusi pendidikan Islam tertib nizami yang menawarkan pengajian hafiz dan alim dengan suasana tarbiah disini merangkumi amalan sunnah seharian, bicara iman, halqah ilmu fadhilah, ibadah, zikir, khidmat, ziarah & khuruj. Pengenalan
Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi, telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2011, di atas sekeping tanah wakaf di Kampung Batu 40, Sabak Bernam, Selangor. Maahad ini adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang berformatkan madrasah tahfiz dan alim, di mana pembelajaran dan penghayatan amal dilakukan pada masa yang sama. Kesemua pelajar-pelajar tinggal di kediaman-kediaman di dalam kawasan Maahad ini. Ia merupakan kampung tersendiri yang wujud dalam suasana ilmu. Pengajian-pengajian
Pengajian Hafiz adalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran. Pengajian ini terdiri daripada 2 program utama iaitu program hafaz (al-quran) & program syahadah (hafaz al-quran), dimana anak-anak muda akan dilatih melancarkan bacaan, mengingati keseluruhan al-Quran dan seterusnya memelihara ingatan tersebut. Pengajian shariah yang asasi (fardu ain) juga diajarkan dalam pengajian ini. Pengajian Alim p**a adalah pengajian dalam bidang Ulum Shariah & Hadith di mana pelajar-pelajar akan mempelajari asas-asas Bahasa Arab dan mendalami kitab-kitab turath muktabar (Ahli Sunnah wal-Jama’ah) yang terdiri daripada program thanawiyyah (am), thanawiyyah (khas), 'alimiyyah & daurah al-hadith.