Sekolah Agama Hasaniah Kuala Rompin

Sekolah Agama Hasaniah Kuala Rompin Berilmu • Beramal • Bertaqwa

Muhammad Ziyad Wakili Pahang Ke Peringkat KebangsaanTEMERLOH, 19 Julai – Kejayaan menjuarai pertandingan Tulisan Jawi (L...
19/07/2026

Muhammad Ziyad Wakili Pahang Ke Peringkat Kebangsaan

TEMERLOH, 19 Julai – Kejayaan menjuarai pertandingan Tulisan Jawi (Lelaki) pada Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Negeri Pahang 2026 membolehkan Muhammad Ziyad Bin Zubi dipilih mewakili Pahang ke MIISRA Peringkat Kebangsaan.

Murid yang mewakili daerah Rompin itu memperolehi markah tertinggi dalam penulisan jawi sekaligus mengatasi peserta dari seluruh negeri.

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama Peringkat Negeri Pahang 2026 berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Julai di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, dengan menghimpunkan murid-murid sekolah rendah agama terbaik dari seluruh negeri.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Haji Ahmad Khirrizal Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Haji Abdul Zaki Md. Zin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Hasdan Hassan, pengetua sekolah menengah agama negeri, qadhi daerah, guru-guru KAFA serta ibu bapa dan para peserta.

Pemilihan Muhammad Ziyad sebagai wakil Pahang ke peringkat kebangsaan menjadi pengiktirafan terhadap bakat, usaha dan komitmennya dalam memperkasakan tulisan jawi dengan ketekunan dan disiplin yang tinggi. Kejayaan itu turut mengharumkan nama daerah Rompin dan Sekolah Agama Hasaniah serta diharap menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk terus cemerlang dalam usaha memartabatkan warisan tulisan jawi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh Kontinjen Rompin atas komitmen, semangat serta penyerta...
19/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh Kontinjen Rompin atas komitmen, semangat serta penyertaan dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Negeri Pahang 1447H/2026M.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh serta menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang ilmu, sahsiah dan penghayatan Islam.

Tahniah kepada para peserta, guru pembimbing, ibu bapa serta semua yang telah memberikan sokongan dan pengorbanan.

Rompin Hebat, Terus Cemerlang!
🌹Sekolah Agama Hasaniah Rompin



✨ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H ✨Tahun baharu, azam baharu, semangat baharu. Jadikan hijrah kali ini sebagai lan...
16/06/2026

✨ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H ✨

Tahun baharu, azam baharu, semangat baharu. Jadikan hijrah kali ini sebagai langkah untuk memperbaiki diri, memperkukuh hubungan dengan Allah SWT dan menyebarkan kebaikan kepada masyarakat.

🌿 Berilmu
🌿 Beramal
🌿 Bertaqwa
🌿 Berakhlak Mulia

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah perjalanan kita. 🤲

26/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna pengorbanan, keikhlasan dan keberkatan buat kita semua.
Semoga setiap amalan diterima dan ukhuwah sesama insan terus dipereratkan. 🤍

Ikhlas daripada
Warga Sekolah Agama Hasaniah Rompin

🕌 Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin. 🐄🐐


🌙✨ SELAMAT BERCUTI SEKOLAH ✨🌙Khas daripada seluruh warga📚 Sekolah Agama Hasaniah RompinSemoga cuti ini dipenuhi dengan k...
21/05/2026

🌙✨ SELAMAT BERCUTI SEKOLAH ✨🌙

Khas daripada seluruh warga
📚 Sekolah Agama Hasaniah Rompin

Semoga cuti ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan dan masa yang bermanfaat bersama keluarga tercinta. 🤍

🕌 Jaga solat
📖 Teruskan amalan baik
😊 Luangkan masa bersama keluarga

Semoga berjumpa lagi di sesi persekolahan akan datang dengan semangat baru! 💚💛

Tahniah kepada semua calon UPKK 2024! 🎉📚✨Keputusan yang diperoleh hari ini adalah bukti usaha, doa, dan kesungguhan kali...
20/03/2025

Tahniah kepada semua calon UPKK 2024! 🎉📚✨

Keputusan yang diperoleh hari ini adalah bukti usaha, doa, dan kesungguhan kalian selama ini. Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal menuju masa depan yang lebih gemilang.

Bagi yang mencapai keputusan cemerlang, teruskan kecemerlangan ini. Bagi yang belum mencapai sasaran, jangan berputus asa, kejayaan sebenar adalah mereka yang tidak berhenti berusaha!

Teruskan melangkah dengan ilmu dan akhlak yang mulia. Semoga menjadi anak soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.

20/03/2025
AssalamualaikumSekolah Agama Hasaniah akan mengadakan Program Jom Mengaji dan Jom Jawi sempena cuti sekolah seperti kete...
18/01/2025

Assalamualaikum

Sekolah Agama Hasaniah akan mengadakan Program Jom Mengaji dan Jom Jawi sempena cuti sekolah seperti ketetapan yang berikut:-

Tarikh: 20 - 24 Januari 2025
3 - 14 Februari 2025
( Isnin hingga Jumaat)
( 3 minggu )
Masa :
Jom Mengaji ( 8.30 -10.30 pagi)
Jom Jawi ( 10.45- 12.45 ptg)

Bayaran bagi setiap program adalah RM35.00

Sesiapa yang berminat, boleh isi link di bawah.

Program Jom Mengaji

https://surveyheart.com/form/65c2cb09fd2c395f5e2db85c

Program Jom JAWI

https://surveyheart.com/form/65c2ca8ca589255f43cd7aac

Sebarang pertanyaan, boleh PM ustazah Jannah 01137402782.

"Taat Peraturan, insha'Allah Cemerlang Peperiksaan!"Hindari kesalahan semasa peperiksaan dengan mematuhi 8 larangan pent...
06/01/2025

"Taat Peraturan, insha'Allah Cemerlang Peperiksaan!"
Hindari kesalahan semasa peperiksaan dengan mematuhi 8 larangan penting ini. Jadilah pelajar yang berintegriti dan berdisiplin. Semoga berjaya dalam peperiksaan UPKK!




"Doa dan harapan kami untuk semua calon UPKK 2024 Sekolah Agama Hasaniah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan mem...
06/01/2025

"Doa dan harapan kami untuk semua calon UPKK 2024 Sekolah Agama Hasaniah. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberikan kejayaan cemerlang. Bersama kita doakan yang terbaik!

Ikhlas daripada: Warga Sekolah Agama Hasaniah Rompin."




Address

Rompin

Opening Hours

Monday 14:00 - 18:00
Tuesday 14:00 - 18:00
Wednesday 14:00 - 18:00
Thursday 14:00 - 18:00
Friday 14:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Hasaniah Kuala Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share