SK FELDA Selancar 2

SK FELDA Selancar 2 Web Page Rasmi Sekolah Selancar 2

Pembuka Tirai PPKI SKECA 2 / 2026 ✍️No.4 Dayyan Adwa bin Mohd. Zamri, Kejohanan Merentas Desa PPKI MSSD Rompin 💞SKECA 2,...
06/02/2026

Pembuka Tirai PPKI SKECA 2 / 2026
✍️No.4 Dayyan Adwa bin Mohd. Zamri, Kejohanan Merentas Desa PPKI MSSD Rompin
💞
SKECA 2, MUMTAZ 🌟

Selamat datang di ucapkan kepada guru baharu ke SK (FELDA) Selancar 2. Selamat manabur bakti di sini dan selamat bekerjs...
25/11/2025

Selamat datang di ucapkan kepada guru baharu ke SK (FELDA) Selancar 2.
Selamat manabur bakti di sini dan selamat bekerjsama.

21/04/2025

Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid SKECA2 telah dilaksanakan oleh Unit HEM SKECA2 ( Unit Disiplin serta Unit Bimbingan Kaunseling) pada hari ini. Tahniah kepada semua. Semoga semangat patrotisme terus mekar dalam jiwa kami warga Malaysia 🇲🇾🇲🇾 🥳

30/03/2025

ALUNAN TAKBIR RAYA SKECA2 🌹
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN 🙏

30/03/2025

SKECA 2 MUMTAZ

30/03/2025

Warga SKECA 2 mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN semua

SELAMAT DATANG KEPADA CIKGU PRA SEKOLAH BAHARU.
16/02/2025

SELAMAT DATANG KEPADA CIKGU PRA SEKOLAH BAHARU.

🌟Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah SK Felda Selancar 2 Tahun 2024🌟  Alhamdulillah, Majlis Peluncuran Kit Atu...
25/11/2024

🌟Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah SK Felda Selancar 2 Tahun 2024🌟

Alhamdulillah, Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Program ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid serta memberikan panduan kepada duta sahsiah dalam memainkan peranan sebagai contoh teladan kepada rakan sebaya.

Tahniah diucapkan kepada Adik Ameen Danish, Adif, Imtiyaz, dan Marissa yang telah menerima pelantikan sebagai Duta Sahsiah atas keunggulan dalam sahsiah dan kepimpinan. Semoga mereka terus menjadi inspirasi kepada warga sekolah.





Program Kem Bestari Solat Peringkat Sekolah 2024 🕌✨Alhamdulillah, Program Kem Bestari Solat yang telah berlangsung denga...
24/10/2024

Program Kem Bestari Solat Peringkat Sekolah 2024 🕌✨

Alhamdulillah, Program Kem Bestari Solat yang telah berlangsung dengan jayanya pada 16 dan 17 Oktober 2024. Kem Bestari Solat ini melibatkan semua murid SKECA2 dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, terutama pada hari rabu. Para guru turut serta memberikan komitmen penuh dalam menjayakan program ini, membuktikan kepentingan pendidikan solat dalam membentuk sahsiah murid yang cemerlang dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat. Semoga usaha ini memberi manfaat dan keberkatan kepada kita semua.





KEJOHANAN CATUR TERTUTUP ROMPIN TAHUN 2024Tahniah Pasukan Catur Sekolah! 🏆♟️Sekalung tahniah diucapkan kepada 9 wakil se...
24/10/2024

KEJOHANAN CATUR TERTUTUP ROMPIN TAHUN 2024

Tahniah Pasukan Catur Sekolah! 🏆♟️

Sekalung tahniah diucapkan kepada 9 wakil sekolah yang telah menyertai Kejohanan Catur Tertutup Daerah Rompin 2024 yang diadakan di Politeknik Muadzam Shah. Pasukan kita telah memberikan saingan yang hebat dan membanggakan!

Alhamdulillah, sekolah kita berjaya meraih tempat ke-6 dalam dua kategori:
🎖️ *Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun*
🎖️ *Kategori Lelaki Bawah 10 Tahun*

Terima kasih atas usaha gigih dan semangat juang yang tinggi dari semua pemain dan juga jurulatih. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju dalam kejohanan akan datang.




TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN SKECA2 TAHUN 2024Penceramah: En. Firdaus bin Ab Rahman Tarikh: 23 Oktober 2024Taklima...
24/10/2024

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KEBAKARAN
SKECA2 TAHUN 2024

Penceramah: En. Firdaus bin Ab Rahman
Tarikh: 23 Oktober 2024

Taklimat keselamatan dan kebakaran sekolah yang telah disampaikan oleh Encik Firdaus bin Ab Rahman telah berjaya dijalankan dengan lancar.

Taklimat ini amat penting dalam memastikan warga sekolah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Pelbagai tips keselamatan dan langkah-langkah pencegahan kebakaran telah dikongsikan bagi memastikan kesejahteraan semua warga sekolah terjamin.

Terima kasih kepada Encik Firdaus atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat diaplikasikan oleh semua warga sekolah untuk kebaikan bersama.




Address

SK (F) SELANCAR 2
Rompin
26700

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6094381375

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK FELDA Selancar 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK FELDA Selancar 2:

Shortcuts

Share

Category