Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 8

Call Directions Contact the school

Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 8 Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 8, Muadzam Shah, Pahang

🌙🇲🇾 SEKITAR GAMBAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & BULAN KEMERDEKAAN 2026 PERINGKAT SEKOLAH SAR KAFA KERATONG 8 🇲🇾🌙Pelbagai ak...
29/08/2026

🌙🇲🇾 SEKITAR GAMBAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & BULAN KEMERDEKAAN 2026 PERINGKAT SEKOLAH SAR KAFA KERATONG 8 🇲🇾🌙

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan bagi menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan tanah air tercinta 🇲🇾, di samping mencungkil bakat, kreativiti dan keyakinan diri murid.

Semoga sambutan ini dapat menyemai dalam diri anak-anak rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperbanyakkan selawat serta menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi. 🌹

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini. 🥰

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, signboard baharu Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 8 telah berjaya disediakan ha...
14/08/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, signboard baharu Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 8 telah berjaya disediakan hasil daripada sumbangan infaq yang dihulurkan oleh para penyumbang yang budiman. 🤲🏻

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa prihatin dan menyokong usaha pembangunan sekolah.

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah SWT. 🌷

🌟 KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2026 🌟Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil Sekolah 202...
26/07/2026

🌟 KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH 2026 🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil Sekolah 2026 bertempat di Pusat Tahfiz Ar-Rayyan Istiqomah, Keratong 4 pada 25 Julai 2026.

Sepanjang kem, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan seperti aktiviti berkumpulan, aktiviti lasak, pengucapan awam, persembahan berkumpulan serta pelbagai aktiviti lain yang menguji semangat kepimpinan, kerjasama dan keyakinan diri.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang kem ini dapat membentuk pemimpin muda yang berilmu, berakhlak, berani serta bertanggungjawab, seterusnya menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan dan warga sekolah.

✨ "Pemimpin yang hebat bukanlah yang hanya pandai memimpin, tetapi yang mampu memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain."

Terima kasih kepada Pusat Tahfiz Ar-Rayyan Istiqomah, para guru, fasilitator serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟Warga SAR Felda Keratong 8 mengucapkan tahniah kepada Muhammad Daffa Iqbal kerana mewakili Daerah M...
22/07/2026

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟

Warga SAR Felda Keratong 8 mengucapkan tahniah kepada Muhammad Daffa Iqbal kerana mewakili Daerah Muadzam Shah dalam Pertandingan Tulisan Jawi Lelaki dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Negeri Pahang 2026.

Semoga pengalaman dan pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

🎉 Tahniah juga kepada Daerah Muadzam Shah atas kejayaan meraih Tempat Ketiga Keseluruhan MIISRA Peringkat Negeri Pahang 2026.

Syabas dan terus maju jaya!

20.06.2026 | Sabtu | 8.30 pagiAlhamdulillah, program Taklimat UPKK 2026 & Motivasi Bersama Waris telah berjaya dilaksana...
21/06/2026

20.06.2026 | Sabtu | 8.30 pagi

Alhamdulillah, program Taklimat UPKK 2026 & Motivasi Bersama Waris telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran ibu bapa, penjaga serta murid-murid Tahun 5 SAR KAFA Keratong 8.

Program ini bertujuan memberi penerangan berkaitan format dan pelaksanaan UPKK terkini di samping meningkatkan kesedaran serta persediaan murid dan waris dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Sesi motivasi yang disampaikan turut memberi suntikan semangat kepada murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa hadir bagi menunjukkan komitmen serta sokongan terhadap pendidikan anak-anak.

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid akan terus menjadi pemangkin kejayaan UPKK 2026.

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) 2026 Peringkat Daerah Muadzam Shah.Alhamdulillah, syukur ke hadrat All...
17/06/2026

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH RENDAH AGAMA (MIISRA) 2026 Peringkat Daerah Muadzam Shah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas peluang dan pengalaman yang diberikan kepada para peserta SAR KAFA Keratong 8 dalam menyertai Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) 2026 Peringkat Daerah Muadzam Shah.

Kalah atau menang bukanlah ukuran utama, tetapi keberanian untuk tampil, berusaha bersungguh-sungguh dan menimba pengalaman adalah kejayaan yang sangat berharga. Setiap langkah yang diambil hari ini merupakan bekalan untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen terbaik. Terima kasih juga kepada guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha, memperbaiki diri dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

"Kejayaan bukan sekadar menjadi yang terbaik, tetapi sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada semalam."

🌙 Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2026/1447 🌙Alhamdulillah, Majlis Jamuan Hari Raya peringkat sekolah tahun 20...
11/04/2026

🌙 Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2026/1447 🌙

Alhamdulillah, Majlis Jamuan Hari Raya peringkat sekolah tahun 2026 telah berlangsung dengan baik dan penuh keceriaan. Murid-murid dapat menikmati suasana sambutan bersama rakan-rakan dalam keadaan yang harmoni.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa/waris yang telah berkongsi rezeki serta memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

Semoga segala kebaikan tuan/puan diberkati dan terus mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa/waris.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

18/03/2026

Address

Jalan Felda Keratong 8
Rompin
26700

Opening Hours

Monday 14:30 - 17:30
Tuesday 14:30 - 17:30
Wednesday 14:30 - 17:30
Thursday 14:30 - 17:30
Friday 14:30 - 17:30

Telephone

+60199343985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 8:

Shortcuts

Share

Category