08/09/2025
โจ Sedang berlangsung pada hari ini, 8 September 2025 โจ
Program Penyediaan Rancangan Perniagaan dan Penanaman Cendawan yang dikendalikan oleh Pekan Prime Enterprise.
Program ini melibatkan perkongsian ilmu serta bimbingan secara praktikal berkaitan bagaimana menyediakan rancangan perniagaan yang teratur, di samping pendedahan kepada peluang keusahawanan melalui penanaman cendawan.
Turut serta dalam program ini ialah semua pelajar yang mengambil kursus Entrepreneurship, Digital Entrepreneurship dan Cyberpreneurship. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi peluang untuk menimba pengetahuan baharu, malah dapat merasai pengalaman langsung bersama pihak industri yang berpengalaman.
Semoga program ini menjadi platform berharga untuk mencetuskan semangat dan idea keusahawanan dalam kalangan pelajar kita. ๐๐ฑ