SRITI Darul Ilmi Kuala Rompin

SRITI Darul Ilmi Kuala Rompin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Darul Ilmi Kuala Rompin, School, Balai Raya 03, Kampung Sepakat, Rompin.

KESUGA KEBANGSAAN 2026 Alhamdulillah, seramai 6 orang murid SRITI Darul Ilmi telah diberi peluang mewakili kontinjen dal...
11/08/2026

KESUGA KEBANGSAAN 2026

Alhamdulillah, seramai 6 orang murid SRITI Darul Ilmi telah diberi peluang mewakili kontinjen dalam acara balapan dan lontar peluru di KESUGA Kebangsaan 2026.

Syukur, tahun ini kontinjen negeri turut melakar pencapaian yang membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ke-5 keseluruhan dengan kutipan:

🥇 1 Emas
🥈 3 Perak
🥉 2 Gangsa

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan guru yang telah memberikan usaha serta komitmen sepanjang persiapan dan kejohanan.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mengukir lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Alhamdulillah, usaha, doa dan tawakal. 🤲🏻





ALHAMDULILLAH ! SRITI DARUL ILMI MERANGKUL TEMPAT KETIGA KESELURUHAN 🥉KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA PERINGKAT SRITI NEGER...
15/07/2026

ALHAMDULILLAH ! SRITI DARUL ILMI MERANGKUL TEMPAT KETIGA KESELURUHAN 🥉

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA PERINGKAT SRITI NEGERI PAHANG 2026

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Atas izin dan kurnia-Nya, SRITI Darul Ilmi telah berjaya merangkul Tempat Ketiga Keseluruhan dalam Kejohanan Sukan dan Olahraga Peringkat SRITI Negeri Pahang.

Kejayaan ini bukanlah milik individu semata-mata, sebaliknya merupakan hasil usaha, doa, kesabaran dan pengorbanan seluruh warga SRITI Darul Ilmi.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan sepanjang kejohanan berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih turut diucapkan kepada semua guru, jurulatih dan warga sekolah yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan serta melatih para peserta sehingga membuahkan hasil yang membanggakan.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga buat semua ibu bapa dan penjaga atas doa yang tidak putus-putus, kepercayaan, sokongan serta segala pengorbanan yang diberikan sepanjang perjalanan anak-anak ke kejohanan ini.

Semoga segala jasa dan pengorbanan ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk seluruh warga SRITI Darul Ilmi agar terus berusaha melakar lebih banyak kecemerlangan, bukan sahaja dalam bidang sukan, malah dalam akademik, sahsiah dan tarbiah.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang telah mengharumkan nama SRITI Darul Ilmi.

"Dan kejayaan itu tidak datang melainkan dengan pertolongan Allah." (Surah Ali 'Imran: 126)

Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani, Murabbi.






📚 KEMASUKKAN MURID KE SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) DARUL ILMI SESI 2027 📚Alamat Sekolah:📍 Kampung Sepaka...
06/07/2026

📚 KEMASUKKAN MURID KE SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) DARUL ILMI SESI 2027 📚

Alamat Sekolah:
📍 Kampung Sepakat 3, Balai Raya Kg. Sepakat, 26800 Kuala Rompin, Pahang.

Kelebihan Kurikulum SRITI Darul Ilmi:
Subjek KAFFAH (SRITI)
Subjek Diniyyah (KAFA)
Subjek KSSR
TQS (SRITI)

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan mengisi link di bawah:
https://forms.gle/JLUGEPcrusGo1G1C8
atau
Imbas Qr Code untuk mendaftar

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
http://www.wasap.my/601155937634/PemohonanMurid2027 (No Pejabat)
http://www.wasap.my/60194575605/PemohonanMurid2027 (Guru Besar)

📌Sesi temuduga akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan.


Lawatan ke Balai Bomba Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ke Balai Bomba telah berlangsung dengan lancar. Murid-murid...
04/07/2026

Lawatan ke Balai Bomba

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ke Balai Bomba telah berlangsung dengan lancar. Murid-murid berpeluang menimba ilmu mengenai aspek keselamatan serta mengenali peranan anggota bomba dengan lebih dekat.

Terima kasih kepada pihak Balai Bomba atas sambutan dan perkongsian yang sangat bermanfaat.

SELASA [ 16/06/2026 ] 📚 Hari Pelaporan 📚Alhamdulillah, sesi Hari Pelaporan telah berlangsung dengan baik dan lancar.Teri...
17/06/2026

SELASA [ 16/06/2026 ]
📚 Hari Pelaporan 📚

Alhamdulillah, sesi Hari Pelaporan telah berlangsung dengan baik dan lancar.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir dan meluangkan masa bagi bersama-sama mengikuti perkembangan pembelajaran serta prestasi anak-anak.

Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha membentuk serta membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang berterusan.

JUMAAT [ 12/06/2026 ] Kejohanan Merentas Desa SRITI Darul Ilmi 2026Alhamdulillah, Kejohanan Merentas Desa telah berlangs...
17/06/2026

JUMAAT [ 12/06/2026 ]
Kejohanan Merentas Desa SRITI Darul Ilmi 2026

Alhamdulillah, Kejohanan Merentas Desa telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat. Walaupun penat dan berpeluh, semua murid tetap menunjukkan usaha yang terbaik sehingga ke garisan penamat.

Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Menang atau tidak, yang penting pengalaman, semangat dan keberanian untuk mencabar diri sendiri.

Terima kasih juga kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada PAS DUN Tioman atas sumbangan penghargaan kecemerlangan UPKK 2025 kepada mu...
31/05/2026

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada PAS DUN Tioman atas sumbangan penghargaan kecemerlangan UPKK 2025 kepada murid SRITI Darul Ilmi.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Adik Afif Haziq dan Adik Salahuddin atas pencapaian cemerlang mereka dalam UPKK 2025.

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan 🤲🏻

Salam Aidiladha 1447H 🌙“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada daging dan darah korban itu, tetapi Allah memandang ke...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H 🌙

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada daging dan darah korban itu, tetapi Allah memandang kepada keikhlasan dan ketakwaan kamu.”

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh murid, ibu bapa serta warga sekolah. Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam setiap nikmat yang dikurniakan.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.




Selamat Menduduki Penilaian Pertengahan Sesi 2026Peperiksaan bukan hanya tentang markah, tetapi juga tentang usaha, disi...
11/05/2026

Selamat Menduduki Penilaian Pertengahan Sesi 2026

Peperiksaan bukan hanya tentang markah, tetapi juga tentang usaha, disiplin dan keyakinan diri.

Semoga setiap murid dapat menjawab dengan tenang, diberikan kefahaman yang baik serta dipermudahkan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Teruskan berusaha dan lakukan yang terbaik. Semoga berjaya! 👍

Mahrajan Amal Islami SRITI Pahang 2026 💐Alhamdulillah, penyertaan murid dalam Mahrajan Amal Islami SRITI Pahang 2026 tel...
29/04/2026

Mahrajan Amal Islami SRITI Pahang 2026 💐

Alhamdulillah, penyertaan murid dalam Mahrajan Amal Islami SRITI Pahang 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini menjadi platform dalam mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta menyemai nilai-nilai Islam dalam kalangan murid.

Dengan penuh kesyukuran, sekolah telah berjaya meraih Naib Johan bagi acara Pidato Bahasa Melayu Terbuka (Perempuan) melalui wakil kita, Nurqahirah Ulya binti Ahmad Saidi. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus berusaha dan cemerlang dalam pelbagai bidang 🤲✨


Address

Balai Raya 03, Kampung Sepakat
Rompin
26800

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Darul Ilmi Kuala Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Darul Ilmi Kuala Rompin:

Shortcuts

Share