Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin

Call Directions Website

Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin, Education, Rompin.

Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin (MGPKDR), yang ditubuhkan pada 19 Julai 2021, berperanan sebagai platform penyatuan guru Pendidikan Khas bagi memperkukuh profesionalisme dan memacu kecemerlangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

🏆 SYABAS & TAHNIAH KONTINJEN ROMPIN!🧡🖤Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin (MGPKDR) merakamkan setinggi-tinggi  sya...
26/08/2026

🏆 SYABAS & TAHNIAH KONTINJEN ROMPIN!🧡🖤

Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin (MGPKDR) merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada seluruh Kontinjen Rompin atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSP Tahun 2026.

Tahniah dan penghargaan khusus kepada:

Ketua Kontinjen
Penolong Ketua Kontinjen
Pengerusi Teknik Daerah
Barisan Pengurusan Kontinjen
Pengurus & Penolong Pengurus Pasukan
Para Jurulatih
Guru-guru Pengiring
serta seluruh Atlet Pendidikan Khas Daerah Rompin yang telah berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan.

Kontinjen Rompin berjaya meraih 18 pingat acara individu :
🥇 6 Emas
🥈 1 Perak
🥉 11 Gangsa

Sekaligus meletakkan Rompin di Tempat Ke-7 Keseluruhan. 💪🔥

Tahniah juga kepada Nur Izzati binti Abdullah atas kejayaan dinobatkan sebagai Peserta Terbaik BP 12.

Setiap kejayaan ini adalah hasil daripada usaha, pengorbanan, kerjasama dan semangat juang seluruh pasukan.

Syabas dan tahniah kepada semua!
Terus melangkah, terus mencipta kejayaan.

ROMPIN BANGKIT HEBAT! 🧡🖤

Ikhlas daripada,
Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin (MGPKDR)

KONTINJEN ROMPIN DI MSSP 2026 Tahniah Kontinjen Rompin atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan ...
20/08/2026

KONTINJEN ROMPIN DI MSSP 2026

Tahniah Kontinjen Rompin atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSP 2026!

Bagi Acara Individu, Kontinjen Rompin berjaya mengumpul keseluruhan 18 pingat:

🥇 6 Emas
🥈 1 Perak
🥉 11 Gangsa

Pencapaian ini meletakkan Kontinjen Rompin di kedudukan ke-7 keseluruhan, sekali gus berada dalam kelompok TOP 10 daerah bagi acara individu. 🔥💪

Syabas dan tahniah kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh warga kontinjen atas usaha, komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan.

Teruskan perjuangan, Rompin!
Rompin Bangkit Hebat!

Ikhlas daripada,
Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin (MGPKDR)






SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN DAERAH ROMPINKejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSP Kali Ke-24 Tahun 2026Kontinjen Daerah R...
18/08/2026

SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN DAERAH ROMPIN
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSP Kali Ke-24 Tahun 2026

Kontinjen Daerah Rompin akan membawa cabaran ke pentas negeri dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) Kali Ke-24 Tahun 2026.

Barisan pengurusan kontinjen terdiri daripada:

Ketua Kontinjen
Muhammad Fitri bin Abdul Rahman

Penolong Ketua Kontinjen
Syed Nor Aizuddin bin Syed Basir

Pengerusi Teknik
Aina Mardihah binti Ab Malek

Pengurus Pasukan
Izzah Afiqah bt Zolkeple

Penolong Pengurus Pasukan
Khyrul Sholihah binti Abdul Rashid

Kontinjen turut diperkuatkan oleh 3 orang jurulatih bagi kategori B12, B15 dan B19 serta 48 orang atlet Pendidikan Khas Daerah Rompin yang akan membawa cabaran daerah ke pentas negeri.

Semoga seluruh kontinjen dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, kekuatan serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

💪🏽🏅 Selamat maju jaya dan selamat berjuang buat Kontinjen Daerah Rompin!
Semoga mampu memberikan persembahan terbaik serta mengharumkan nama Daerah Rompin.







05/08/2026

Selamat Kembali. Selamat Menjalankan Amanah.

Seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan Encik Najib bin Muhamad atas pelantikan sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, berkuat kuasa 3 Ogos 2026.

Semoga pengalaman, kepimpinan dan iltizam yang dibawa akan terus memperkukuh agenda pendidikan khas di negeri Pahang, seterusnya memastikan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti, inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.

Semoga dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam memikul amanah demi kecemerlangan pendidikan negeri Pahang khususnya untuk anak-anak berkeperluan khas.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.








SEKALUNG TAHNIAHMajlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepa...
05/08/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Hormat Dato’ Haji Ahmad Zamri bin Md Isa, Pengarah Pendidikan Pahang atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Semoga pengiktirafan yang amat bermakna ini menjadi pemangkin untuk terus memimpin pendidikan Negeri Pahang dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan iltizam, khususnya dalam memperkasakan sistem pendidikan yang inklusif, berkualiti dan cemerlang demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing.

Seluruh warga Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin mendoakan agar Yang Hormat Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan dalam memikul amanah serta terus cemerlang menerajui pendidikan Negeri Pahang.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.

Ikhlas daripada,
Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin
“Memacu Potensi, Merajut Keupayaan.”








05/08/2026

Sekalung Tahniah

Seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Hormat Dato’ Haji Ahmad Zamri bin Md Isa, Pengarah Pendidikan Pahang atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’ sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Semoga pengiktirafan yang amat bermakna ini menjadi pemangkin untuk terus memimpin pendidikan Pahang dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan iltizam demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

Seluruh warga pendidikan Pahang mendoakan agar Yang Hormat Dato’ dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan dalam memikul amanah serta terus cemerlang menerajui pendidikan Negeri Pahang.

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.








UCAPAN TAHNIAHMajlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:YBrs. Encik Naj...
05/08/2026

UCAPAN TAHNIAH

Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

YBrs. Encik Najib bin Muhamad

atas pelantikan sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga dengan pelantikan ini, YBrs. Tuan terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan iltizam dalam menerajui Sektor Pendidikan Khas ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang. Besarlah harapan agar kepimpinan YBrs. Tuan akan terus memperkukuh agenda pendidikan khas, memperkasakan pembangunan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan khas di Negeri Pahang.

Seluruh warga Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin mendoakan semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam memikul amanah yang diberikan.

“Memacu Potensi, Merajut Keupayaan.”

Ikhlas daripada:
Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Rompin

MGPK DAERAH ROMPIN merakamkan ucapan tahniah kepada Guru-guru Pendidikan Khas Daerah Rompin yang telah menerima APC Bagi...
28/06/2024

MGPK DAERAH ROMPIN merakamkan ucapan tahniah kepada Guru-guru Pendidikan Khas Daerah Rompin yang telah menerima APC Bagi Tahun 2023 di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cermelang 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Rompin yang diadakan pada 27.6.2024 bertempat di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin.

Daripada ,
Pengerusi & Seluruh Ahli MGPKDR 2024

27.4.2024Part 6Warna warni Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin Alhamdulillah, gambar ikut warna, geng girl mgpkdr ...
28/04/2024

27.4.2024
Part 6
Warna warni Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin

Alhamdulillah, gambar ikut warna, geng girl mgpkdr dan geng boy mgpkdr. Terbaik. Semua satu kepala ajak gambar semua mari belake. 😂😂😆😆.

Semoga teruskan ukhwah demi kemenjadian Pendidikan Khas Daerah Rompin

Akhir kalam, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Renjis Katering. Memang menyediakan hidangan yang terbaik dan sedap di kawasan muadzam. Menu yang sangan rendah dan jimat. Sesuai dengan pelbagai program. Kafe free je, bayar makan je. Boleh contact khalil renjis +6016-9194001 dan Lily White. Owner Renjis. Jangan lupa sebut nama Cikgu Afid. Nanti ejas diskaun ngan owner🤭🤭🤭

27.4.2024Part 5Penyerahan Nota Serahan Tugas kepada Pengerusi BaharuAlhamdulillah, Ahli MGPKDR sebulat suara bersetuju u...
27/04/2024

27.4.2024
Part 5
Penyerahan Nota Serahan Tugas kepada Pengerusi Baharu

Alhamdulillah, Ahli MGPKDR sebulat suara bersetuju untuk Melantik Cikgu Faisal guru PPKI dari SK Kampung Kolam sebagai Pengerusi Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin 2024/2025 selepas menggantikan Cikgu Afid yang berpindah ke Daerah Rompin.

Address

Rompin

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category