SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM)

SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM) SM Sains Sembrong telah diserahkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada bulan April 2011.

🌟 PROGRAM INSPIRASI VICTRIX: MISI MENAWAN SPM 2026 πŸŒŸπŸ“… Tarikh: 16 Ogos 2026πŸ“ Tempat: Dewan Khalifah⏰ Masa: 8.00 pagi – 5....
21/08/2026

🌟 PROGRAM INSPIRASI VICTRIX: MISI MENAWAN SPM 2026 🌟

πŸ“… Tarikh: 16 Ogos 2026
πŸ“ Tempat: Dewan Khalifah
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

πŸ’ Program Inspirasi Victrix: Misi Menawan SPM 2026 dianjurkan bagi meningkatkan motivasi, keyakinan diri dan kesediaan calon SPM dalam menghadapi peperiksaan.

Program ini memberi penekanan kepada pembinaan semangat juang, penetapan matlamat, pengukuhan disiplin serta strategi pembelajaran yang berkesan. Para pelajar turut dibimbing untuk mengenal pasti potensi diri, meningkatkan fokus dan membina keyakinan dalam usaha mencapai sasaran akademik yang ditetapkan.

Melalui pengisian berbentuk motivasi dan pembangunan kendiri, program ini diharapkan dapat membentuk calon SPM yang lebih bersedia dari aspek mental, emosi dan akademik, di samping memiliki kesungguhan untuk berusaha secara konsisten.

πŸ”₯ Misi jelas. Semangat membara. SPM ditawan!
Semoga Program Inspirasi Victrix menjadi pemangkin kepada lahirnya calon SPM yang berdisiplin, berdaya saing dan berjiwa juara.

IHSAN β€’ ILMU β€’ KHALIFAH





πŸ“š BENGKEL PECUT KBAT PENDIDIKAN ISLAM SPMSekolah Menengah Sains Sembrong telah menganjurkan Bengkel Pecut KBAT Pendidika...
21/08/2026

πŸ“š BENGKEL PECUT KBAT PENDIDIKAN ISLAM SPM

Sekolah Menengah Sains Sembrong telah menganjurkan Bengkel Pecut KBAT Pendidikan Islam SPM bagi memperkukuh penguasaan ilmu, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi serta memantapkan persediaan murid menghadapi SPM.

πŸ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ IBLC

Semoga ilmu dan strategi yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi serta menyuntik semangat murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. πŸ’ͺπŸ“–βœ¨

IHSAN β€’ ILMU β€’ KHALIFAH



πŸ“š BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORALSekolah Menengah Sains Sembrong telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Pen...
21/08/2026

πŸ“š BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL

Sekolah Menengah Sains Sembrong telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Moral bagi memperkukuh penguasaan ilmu serta meningkatkan kemahiran murid dalam menghadapi peperiksaan.

πŸ“… Tarikh: 15 Ogos 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Bilik MPM SASEM

Semoga perkongsian dan bimbingan yang diberikan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi serta membina keyakinan murid untuk terus melakar kecemerlangan. πŸ’ͺπŸ“–βœ¨

IHSAN β€’ ILMU β€’ KHALIFAH



Lawatan Tinjauan Pengoperasian SekolahSekolah Menengah Sains Sembrong berbesar hati menerima kunjungan YBrs. En. Zulkurn...
19/08/2026

Lawatan Tinjauan Pengoperasian Sekolah

Sekolah Menengah Sains Sembrong berbesar hati menerima kunjungan YBrs. En. Zulkurnain bin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor dalam rangka Lawatan Tinjauan Pengoperasian Sekolah.

Kunjungan ini menjadi satu suntikan semangat serta tanda keprihatinan berterusan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk memastikan pengoperasian sekolah berjalan dengan cemerlang, berkesan dan berkualiti.

Lawatan ini diharapkan dapat menyemarakkan iltizam seluruh warga sekolah untuk melangkah lebih jauh demi kecemerlangan pendidikan dan kemenjadian murid.

IHSAN β€’ ILMU β€’ KHALIFAH


πŸ“’ PEMAKAIAN WAJIB LANYARD & CARD HOLDER MURID SM SAINS SEMBRONGSebagai langkah memperkukuh disiplin, identiti dan kesela...
13/08/2026

πŸ“’ PEMAKAIAN WAJIB LANYARD & CARD HOLDER MURID SM SAINS SEMBRONG

Sebagai langkah memperkukuh disiplin, identiti dan keselamatan murid, semua murid Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) diwajibkan memakai β€˜lanyard’ bersama β€˜card holder’ pada setiap masa ketika berada di kawasan sekolah.

🎫 Kad eWallet hendaklah sentiasa diletakkan di dalam card holder dan dipamerkan dengan jelas apabila diperlukan.

Ketetapan ini bertujuan untuk:
πŸ”Ή Memastikan identiti murid dapat dikenal pasti dengan mudah.
πŸ”Ή Melancarkan urusan pengesahan identiti oleh guru dan pihak sekolah.
πŸ”Ή Memupuk sikap bertanggungjawab serta mematuhi peraturan sekolah.
πŸ”Ή Menyokong pelaksanaan sistem eWallet secara teratur dan berdisiplin.
πŸ”Ή Mengurangkan kadar kehilangan kad eWallet.

Semua murid diminta memberikan kerjasama dan mematuhi ketetapan ini sepenuhnya.

KAD ANDA, IDENTITI ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA.

Daripada,
Unit ICT & Disiplin SM Sains Sembrong

IHSAN β€’ ILMU β€’ KHALIFAH


🏏 TAHNIAH PASUKAN KRIKET MSSD KLUANG ! 🏏Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Kluang atas kejayaan mun...
03/08/2026

🏏 TAHNIAH PASUKAN KRIKET MSSD KLUANG ! 🏏

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Kluang atas kejayaan muncul Johan Kejohanan Kriket MSSJ B18 2026.

πŸ“… Tarikh: 28 hingga 31 Julai 2026 (Selasa – Jumaat)
πŸ“ Tempat: Johor Cricket Council (JCC), Johor Bahru

Pencapaian Membanggakan
πŸ₯‡ Kluang – Johan B18
πŸ† Anugerah Best Wicket Keeper
πŸ‘ Muhammad Faiz Ikhwan bin Mohd Fakhruddin

Wakil SM Sains Sembrong (SASEM):
🏏 Muhammad Faiz Ikhwan bin Mohd Fakhruddin
🏏 Muhammad Iqram Muszaffar bin Mohd Fairuz
🏏 Akmal Danish bin Noor Azman

Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin dan kerja berpasukan mampu melahirkan atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama sekolah dan daerah.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga SASEM untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah! Teruskan mengorak langkah menuju kecemerlangan. πŸ’™πŸ’›

πŸ“’ Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa/penjaga SM Sains Sembrong.πŸŽ‰ MySIDS kini telah dinaik taraf k...
31/07/2026

πŸ“’ Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa/penjaga SM Sains Sembrong.

πŸŽ‰ MySIDS kini telah dinaik taraf kepada MySIDS 2.0!

Ibu bapa masih boleh menghantar pesanan kepada anak melalui MySIDS (My School Information Display System).

πŸ•– Waktu operasi: Hari persekolahan, 7:00 pagi – 5:00 petang.

Cara menghantar mesej:

1️⃣ Layari https://ibubapasasem.carrd.co/

2️⃣ Klik "INFO SASEM".

3️⃣ Log masuk menggunakan akaun Google (akaun peribadi sahaja).

4️⃣ Pilih nama anak dan tuliskan mesej (maksimum 20 patah perkataan).

✨ Contoh:
β€’ Papa akan ambil pukul 5.00 petang.
β€’ Selamat berjaya!
β€’ Jangan lupa bawa buku Matematik.

πŸ“ Nota: Mesej akan dipaparkan secara automatik pada skrin MySIDS sekolah dalam beberapa minit.

Terima kasih atas kerjasama semua. 😊

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Encik Rose Aza bin Che Arifin atas pelantikan sebagai...
31/07/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Encik Rose Aza bin Che Arifin atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) yang berkuat kuasa pada 29 Julai 2026.

Semoga kepimpinan beliau terus membawa kecemerlangan, memperkukuh aspirasi pendidikan, dan memacu Sekolah Berasrama Penuh ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada Warga SM Sains Sembrong.

IHSAN β€’ ILMU β€’ KHALIFAH

🌿πŸ”₯ PROGRAM MASAKAN RIMBA | PERJUMPAAN UBB BIL. 8 πŸ”₯πŸŒΏβ€œDari rimba, tercipta hidangan. Dari kerjasama, lahir kejayaan!” πŸ’ͺ✨Pa...
29/07/2026

🌿πŸ”₯ PROGRAM MASAKAN RIMBA | PERJUMPAAN UBB BIL. 8 πŸ”₯🌿

β€œDari rimba, tercipta hidangan. Dari kerjasama, lahir kejayaan!” πŸ’ͺ✨

Pada 29 Julai 2026 (Rabu), telah berlangsung Program Masakan Rimba sempena Perjumpaan UBB Bil. 8 yang bertempat di Tapak Perkhemahan SASEM, dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Aktiviti ini bukan sekadar menguji kemahiran memasak, tetapi turut memupuk kerjasama berpasukan, kreativiti, kepimpinan, disiplin dan semangat setiakawan dalam kalangan murid. 🌳πŸ”₯πŸ‘©β€πŸ³πŸ‘¨β€πŸ³

πŸ† TAHNIAH KEPADA UBB TERBAIK MASAKAN RIMBA:

πŸ₯‡ KASPA
πŸ₯ˆ Pandu Puteri
πŸ₯‰ Puteri Islam
πŸ… PBSM

Syabas dan tahniah kepada semua murid serta guru pembimbing yang telah memberikan komitmen terbaik dalam menjayakan aktiviti ini! πŸ‘πŸ‘

Teruskan mencipta pengalaman, mengasah kemahiran dan membina jati diri melalui aktiviti kokurikulum. πŸ’ͺ🌟

Kokurikulum Pemangkin Kemenjadian Murid!

IHSAN β€’ ILMU β€’ KHALIFAH





✨ Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026 ✨Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Batch VIC...
24/07/2026

✨ Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026 ✨

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Batch VICTRIX yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bermula 27 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026.

Inilah masanya untuk membuktikan segala usaha, doa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Hadapi setiap kertas peperiksaan dengan yakin, tenang dan penuh semangat.

Teruskan melangkah. Teruskan berjuang. VICTRIX pasti boleh! πŸ’ͺ

Semoga dipermudahkan urusan, dikurniakan ketenangan dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Address

J16, Jalan Padang Tembak
Rengam
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SM Sains Sembrong, Kluang (SASEM):

Shortcuts

Share