Ribat Sahah Al Asywaqq

Ribat Sahah Al Asywaqq Ribat Sahah Al Asywaqq secara rasmi dibuka pada tahun 2016 dan diasaskan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Shauqi bin Ismail (Mudir).
(1)

Kepada warga fb ustaz. Jadikan hari jumaat, hari yang tidak terlepas pergi, melainkan sudah antum meninggalkan kesan yan...
20/08/2026

Kepada warga fb ustaz. Jadikan hari jumaat, hari yang tidak terlepas pergi, melainkan sudah antum meninggalkan kesan yang baik di Ribat Sahah Al Asywaqq. Kesan yang membawa pada kemakmuran dan keberlangsungan penuntut2 ilmu Baginda Nabi SAW.

Hasil dari bersungguh dan berterusan kita meninggalkan kesan yang baik itu melalui infaq. Hari2 pemanfaatnya dan kemudian waktu nanti, akan kita mendapat bahagian dari segala perkara baik yang dilakukan. Kerana atas asbab kita, menjadi mudah terbentuk peribadi dan kehidupannya.

Oleh itu. Jadilah pencetusnya dari sekarang. Agar gunung syafaat teguh tetap sedia menanti pemiliknya disana, hasil usaha dan tindakan kita di dunia. Sebaiknya setelah antum berikan. Maklum pada no ustaz. Agar ada akad dan doanya, lalu di aminkan p**a bersama. Makluman ada di bawah. Barakallahfikum

Jemput hadir semua. Ribat Sahah Al Asywaqq hanya buat majlis maulid terbuka kepada semua, 2 kali dalam setahun, majlis s...
20/08/2026

Jemput hadir semua. Ribat Sahah Al Asywaqq hanya buat majlis maulid terbuka kepada semua, 2 kali dalam setahun, majlis sambutan hari raya dan sempana peristiwa mulia ini, yakni hari kelahiran Baginda Nabi SAW.

Lalu dengan kesempatan ini. Marilah kita bersama pada hari tersebut. Berhimpun dibawah bumbung yang sama. Berselawat dan melaungkan rasa cinta kita secara makna. Kepada Baginda Mulia Nabi SAW.

*Minggu ini ustaz hold dulu posting ilmiah. Bagi untuk menyebar luaskan sambutan mulia ini. Rabu nanti ustaz sampaikan semula. Bantu ustaz sebarkan dan hadir beramai2. Barakallahfikum

Antun kalau pakai contact lens. Jangan pakai yang berwarna, walaupun warnanya sikit sahaja, contoh bagi menampakkan mata...
19/08/2026

Antun kalau pakai contact lens. Jangan pakai yang berwarna, walaupun warnanya sikit sahaja, contoh bagi menampakkan mata hitam lebih pekat dan sebagainya. Haram hukumnya. Nak pakai tiada masalah. Pakai yang jernih punya. Maka penampakannya tetap warna mata asli kita. Lelaki pun sama. Ini kejap biru, kuning, merah. Antum ada sharingan ke apa.

Adapun kalau antun pakai bracers berwarna takpa. Sebab bila tengok boleh beza mana gigi mana bracers. Hukumnya macam spek. Pakailah nak warna apapun. Ada tulisan pun boleh.

Antun kalau bermekap. Cukup sehingga kulit tu nampak smooth. Dengan tertutup jerawat, parut dan lain2. Bukan sehingga berubah total warna kulit dan muka.

Kerana ditambah merah2 berlebihan, hitamkan kening, mascara, eyeliner dan sebagainya. Haram. Lelaki pun sama. Jambang tu jangan dihitamkan. Dah jambang tu jarang2 dan tidak memikat. Terima sahaja. Tak perlu semua nak sebijik macam ustaz.

Antun kalau berambut panjang nak sanggulkan tu, biar arah belakang kebawah. Jangan ke atas macam putri2 zaman dulu buat tu. Supaya tak nampak terbonjol dekat tudung nanti. Tapi kalau dah buat seperti ustaz cakapkan masih juga nampak, tidak mengapa. Hukum ini termasuk yang tak ada rambut, tapi letak cekak besar kat situ atau bonggol taman perumahan.

Semua hukum ini tidak dibolehkan atas apa jua situasi. Raja sehari, pergi kerja, jalan2, travel, anak dara, janda, sudah kahwin. Ia hanya dibolehkan buat isteri untuk suami dirumah. Barakallahfikum.

*Antum kata kalau follower dah 10k keluar kena tutup muka, takut orang berebut2 ajak selfie. Ini dah 16k ustaz test kat mall, pasar malam, perkarangan masjid, sambil duduk macam ni. Tak ada pun yang menyapa. Letih ustaz senyum. Barakallahfikum

Antun yang perempuan. Sideburn ni tempat dia adalah bawah tulang timbul kat sebelah telinga kita tu. Senang kata dari an...
16/08/2026

Antun yang perempuan. Sideburn ni tempat dia adalah bawah tulang timbul kat sebelah telinga kita tu. Senang kata dari anak telinga ke bawah.

Maksudnya tempat tumbuh dia bermula disitu. Bukan dari bahagian atasnya tumbuh kemudian sampai disitu dikira sideburn. Bukan. Itu rambut kepala. Tak wajib basuh masa berwuduk.

Lepastu sifat sideburn ni adalah seperti anak rambut. Bila tempat tumbuhnya bermula dari situ, kemudian dia tidak akan memanjang seperti rambut, maka adalah jarang ia boleh disangkut atas telinga.

Kalau tersangkut pun beberapa helai sahaja yang akan terjatuh kembali ketika kita basuh muka. Kalau elok boleh sangkut atas telinga tu, rambut kepala. Sebab tempat tumbuhnya bermula dari atas tulang tersebut. Tak wajib basuh.

Ramai muslimat yang stress sebab sideburn ni kerana tidak tahu sideburn itu sendiri bagaimana. Jadi sehingga ada yang cukur untuk memudahkan berwuduk. Tak perlu.

Basuh sahaja muka seperti biasa. Sideburn pasti sudah kena. Kemudian alirkan air sikit pada bahagian atas telinga kalau risau sangat kot ada yang tersangkut. Untuk mengelakkan hati dari tertanya2.

Tak perlu bawa turun, kerana pada asasnya itu bukan sideburn pun. Cuba pergi cek dan selak rambut tu. Entah2 antun tiada sideburn pun. Sebab memang ramai perempuan yang tidak ber sideburn atau ada sideburn sekalipun ia akan sebijik macam ustaz sebutkan sifatnya diatas. Barakallahfikun.

*Saja ustaz misalkan wajah ustaz dalam gambar ni. Biar antun selalu zoom. Itulah, stress sangat lagi pasal sideburn. Ustaz tambahkan lagi stress dengan kena selalu zoom muka ustaz. Barakallahfikun

Apabila dilihat kehebatan fadhilat memberi dan menyalurkan harta ini. Kita boleh faham, kenapa Allah mewajibkan kita mem...
14/08/2026

Apabila dilihat kehebatan fadhilat memberi dan menyalurkan harta ini. Kita boleh faham, kenapa Allah mewajibkan kita membayar zakat.

Antara hikmahnya adalah untuk kita pernah melakukan juga ibadah memberi ini, sementara kita hidup dan memiliki kemampuannya. Agar dapat juga kita merasa sedikit fadhilat2nya yang agung di akhirat nanti.

Lalu antum yang sudah mengerti dan menyedari akan kelebihan ini. Perbanyakkan dan perbanyakkan selagi punya kemampuan. Kerana fadhilatnya besar.

Seolah2 dengan kita membantu itu, kita membeli amalan2 yang dilakukan, seperti menuntut ilmu. Beliau mendapat pahala dengan amalan itu, kita juga akan mendapat pahala yang sama. Bantu Sahah di petang Jumaat Rabi'ul Awwal yang berbahagia ini. Makluman di komen. Barakallahfikum

*Jemput hadir muslimin dan muslimat semua. Barakallahfikum

Kepada warga fb ustaz. Bantu ustaz dan Ribat Sahah Al Asywaqq pada hari mulia ini. Pahatkan harta antum ditempat seumpam...
13/08/2026

Kepada warga fb ustaz. Bantu ustaz dan Ribat Sahah Al Asywaqq pada hari mulia ini. Pahatkan harta antum ditempat seumpama ini. Tempat yang semarak padanya ilmu, ibadah dan ahlinya. Agar hasilnya di dunia dan akhirat dapat kita saksikan dan tuai bersama.

Ustaz sedang bangunkan rumah penuntut warga emas. Biar di Sahah ini semua lapisan ada. Remaja, dewasa dan orang tua. Jadikan diri antum sebahagian kehidupan ini dengan membantu. Meskipun kelak sebuk dengan perkara lain. Tapi kerana kita sebahagian dari yang selalu membantunya. Maka kita bakal tergolong dari kelompok yang sama dengan izin Allah.

Setelah antum berikan. Maklumkan kepada ustaz agar kelebihan doa dan ganjaran akad mengiringinya bersama. Makluman di bawah. Barakallahfikum

Antum kalau solat, nampak saf depan kosong. Terus sahaja melangkah ke depan. Langkah kaki kanan kemudian kaki kiri antum...
12/08/2026

Antum kalau solat, nampak saf depan kosong. Terus sahaja melangkah ke depan. Langkah kaki kanan kemudian kaki kiri antum letakkan sebelah kanan, dikira satu. Kemudian buat sekali lagi macamtu dikira dua. Jangan kaki kiri melebihi kanan. Kiraannya dah lain. Anggota berpasangan dikira satu pergerakannya. Kalau seragam.

Ini antum langkah sekali. Lepas tu antum dah takut nak langkah lagi. Akhirnya saf depan merapat, saf belakang pun sama. Tinggallah antum kat tengah2. Lepastu update status. Titik terendah seorang lelaki.....

Antum kalau memang ada penyakit gatal melampau. Macam kurap, kudis buta, kayap. Boleh garu, walaupun sampai 3 pergerakan besar atau lebih. Boleh asik2 angkat tangan sebab nak garu. Sehinggalah hilang rasanya. Dimaafkan. Yang tak boleh, antum bantu makmum lain garukan kudisnya.

Antum kalau dah buat satu atau dua pergerakan. Boleh refreshkan balik. Yang penting, jarak pergerakan yang kedua dan ketiga itu dalam 7 saat (kadar surah Al ikhlas). Maka pergerakan yang ketiga dikira satu semula.

Antun yang muslimat. Kalau terpijak telekung masa nak bangun dari sujud tu, angkat balik kain tu dengan kedua tangan, dikira satu. Kemudian alihkan kaki yang pijak tu, dikira dua. Jadi tak batal. Jangan antun biarkan boxer prelove antun jadi tontonan sebab takut nak angkat.

Adapun anggota kecil tiada masalah berapa kali pun gerak. Cuma jangan gerakkan sebab nak bermain. Contoh, tengah tahiyyat akhir. Antum nampak member jatuh, asalnya nak angkat jari telunjuk. Antum tukar pada thumbs up. Batal solat.

*Sekarang ni pantang la ustaz bergambar. Ada sahaja nak masuk sekali. Sampai ada yang nangis2, kalau tak izinkan. Penat ustaz camni. Layan kerenah2 fans. Barakallahfikum

Antum kalau lepas kencing. Antum p**ak jenis yang madang sahaja rasa macam nak keluar balik sikit2 lepas tu. Buat 3 perk...
09/08/2026

Antum kalau lepas kencing. Antum p**ak jenis yang madang sahaja rasa macam nak keluar balik sikit2 lepas tu. Buat 3 perkara ustaz cakap ni. Berdehem, goncangkan/jentik perlahan dekat kepala z***r, urut dengan tekankan jari telunjuk pada kawasan antara dubur dengan telur tu. Lepas tu guna ibu jari dan telunjuk urutkan dari pangkal z***r, bawa sampai kepala z***r.

Antun p**a. Cukup berdehem dan urutan sahaja. Cuma setelah tekan kawasan hampir pada dubur, pindah tekan p**a di kawasan atas biji klitoris tu.

Lepas antum dah buat semua tu dan basuh. Renjiskan sikit air atas kemaluan dan bahagian dalam seluar dalam. Supaya nanti kalau masa nak cek sebab rasa macam keluar, ada basahan renjisan. Jadi anggap sahaja titisan renjisan, bukan titisan kencing. Walaupun rasa macam keluar.

Antum kalau dalam solat atau luar solat. Setelah buat macam ustaz katakan itu. Teruskan sahaja aktiviti antum. Solat sah dan pakaian tidak bernajis. Apa pun sahaja yang dibisikkan hati dan syaitan. Lantakkan dan jangan dilayan langsung. Melainkan yang bisik tu makmum sebelah. Nak bagitau antum punya kencing dah mengalir ke kakinya. Ini baru yakin.

Antum kalau jenis asik rasa nak terkentut dalam solat pun macam tu juga. Rasa nak kentut tapi dapat ditahan, cuma rasa macam ada yang keluar sikit membentuk kep**an kecil angin dekat dubur. Pastu dia pun hilang, maknanya macam dah pecah. Jangan dilayan. Solat sah. Orang was2 memang fokusnya tinggi. Jadi benda tak ada pun jadi rasa ada kerana was2 tersebut. Tapi kalau nampak ramai makmum lain berundur. Ini mungkin boleh diperhati semula. Kerana ramai saksinya.

*Was2 ni memang susah nak buang. Tandanya, antum tengok sahaja berapa ramai yang was2 dengan mix ustaz. Padahal benda nyata. Eropahnya jelas. Jahat was2 ni. Barakallahfikum

Para ulamak menganjurkan kepada kita dalam cara menyikapi hidup kita yang serba kekurangan ini. Apabila taubat nasuha, s...
07/08/2026

Para ulamak menganjurkan kepada kita dalam cara menyikapi hidup kita yang serba kekurangan ini. Apabila taubat nasuha, sunnah berinfaq dan apabila terlanjur ke dalam maksiat, sunnah berinfaq.

Kerana pemberian itu pemadam murka Allah. Nabi SAW juga menyuruh kita menukar keburukan kepada kebaikan. Bermaksud, lepas kita buat sesuatu maksiat dalam agama. Cepat2 kita buat kebaikan setelahnya. Dengan itu keburukan tersebut bakal menghilang dan yang kekal adalah kebaikan yang baru kita buat.

Bahkan ada yang menyebut keburukan itu akan bertukar menjadi ganjaran dan menambahkan kebaikan yang kita buat.

Hidup kita ini sering melakukan kesalahan. Maka sesering itu juga kita selangkan dengan kebaikan. Sesuai saranan Baginda Nabi SAW. InsyaAllah hidup bakal sejahtera, selamat, dunia dan akhirat. Barakallahfikum

*Warga fb ustaz juga jangan ketinggalan dalam membantu Sahah. Manfaatkan kemuliaan jumaat ini. Sementara angin petangnya masih melintasi kita. Makluman di komen. Barakallahfikum

Jemput hadir muslimin dan muslimat semua. Barakallahfikum

Kepada warga fb ustaz. Jadikanlah hari jumaat sebagai hari antum membantu ustaz dalam memakmurkan Ribat Sahah Al Asywaqq...
06/08/2026

Kepada warga fb ustaz. Jadikanlah hari jumaat sebagai hari antum membantu ustaz dalam memakmurkan Ribat Sahah Al Asywaqq. Dari pembangunan, kelancaran dan pembentukan orang2 berilmu.

Gunakan kelebihan harta yang ada pada antum. Untuk mencipta manfaat abadi ini. Dengan itu kita bakal saling bertukar manfaat hingga mati. Dan ganjarannya p**a berterusan hingga akhirat. Praktikkan sebaiknya hari mulia ini.

Seeloknya jika antum berkesempatan, maklumkan kepada ustaz. Agar dapat sunnah berakad dan diiringi p**a infaq itu dengan doa. Semuanya itu sunnah dalam berinfaq, bertambah ganjaran, serta menjitukan apa yang kita hajatkan. Barakallahfikum

*Makluman di bawah. Barakallahfikum

Address

145 Jalan Damai, Paya Rumput
Rembia
76450

Telephone

0192240201

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ribat Sahah Al Asywaqq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share