UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi

Call Directions Website Contact the school

UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi MAKLUMAN :
Laman ini khusus untuk staf dan pelajar UiTM serta orang awam yang berminat untuk mengiku

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Sekalung tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Fakhrulnizam Jafri atas pelantikan sebagai Ketua Pusat...
01/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Fakhrulnizam Jafri atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
Semoga pelantikan ini dapat terus memperkukuh kecemerlangan akademik, kepimpinan serta pengurusan Pusat Pengajian, di samping memperkasakan peranan fakulti dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Ikhlas daripada
Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta seluruh warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

U๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น

ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIHUiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau merakamkan setinggi-tinggi peng...
01/09/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Maizura Manshor atas segala khidmat bakti, komitmen, sumbangan, dan kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.
Tempoh khidmat beliau bermula 1 Mac 2021 hingga 31 Julai 2026.

Segala jasa, dedikasi, dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Semoga Puan Maizura Manshor terus dikurniakan kejayaan, kesejahteraan, dan kecemerlangan dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.

Selamat maju jaya!

Ikhlas daripada
Penolong Rektor, Pengurusan Dalaman serta seluruh warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

U๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น

ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

31 Ogos 2026 | 18 Rabiulawal 1448 - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan69 tahun merdeka, tanggungjawab kita adalah menjag...
30/08/2026

31 Ogos 2026 | 18 Rabiulawal 1448 - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

69 tahun merdeka, tanggungjawab kita adalah menjaga perpaduan dan keamanan yang telah diwariskan. Terima kasih kepada wira-wira negara yang berkorban demi kebebasan kita hari ini. Tugas kita p**a meneruskan legasi kemakmuran ini.

Semoga semangat perpaduan terus menyatukan kita sebagai satu bangsa, satu hati, satu Malaysia. Selamat Hari Kemerdekaan ke-69! Semoga tanah air kita terus makmur, aman, dan bersatu padu dalam kepelbagaian.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026_"Jika kamu mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi kamu.......
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026

_"Jika kamu mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi kamu.....' (Surah Ali 'Imran: 31)_

Hari ini, 25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H, kita sekali lagi memperingati detik kelahiran insan teragung yang membawa cahaya iman ke seluruh alam, Nabi Muhammad SAW. Walaupun kita tidak pernah menatap wajah Baginda, rindu ini tetap mengalir di dalam hati melalui setiap selawat yang kita lafazkan.

Semoga hari mulia ini bukan sekadar sambutan tahunan. Mari kita suburkan kembali sunnah Baginda Rasulullah SAW, perbanyakkan selawat, dan berusaha memperbaiki akhlak diri agar kita layak diakui sebagai umatnya dan mendapat syafaat di akhirat kelak.

Menghidupkan Maulid adalah dengan menghidupkan cinta. Dan tanda cinta adalah dengan mengikut jejak langkahnya. Basahi lidah kita hari ini dengan zikir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga keberkatan hari ini melimpah dalam kehidupan kita semua.

_Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad._

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

23 OGOS 2026 YAB DATOโ€™ ISMAIL LASSIM RASMIKAN PENUTUPAN KEM DIGITAL STEM NEXTGEN 2050! Alhamdulillah, Kem Digital STEM 3...
24/08/2026

23 OGOS 2026

YAB DATOโ€™ ISMAIL LASSIM RASMIKAN PENUTUPAN KEM DIGITAL STEM NEXTGEN 2050!

Alhamdulillah, Kem Digital STEM 3 hari 2 malam (21โ€“23 Ogos 2026) di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah melabuhkan tirai dengan rasminya. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Ismail Lassim.

Tahniah dan syabas kepada 504 murid Tahun 4 hingga 6 seluruh Negeri Sembilan, JPN, PPD Rembau, SeDASAR, barisan fasilitator, dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau atas penganjuran program berimpak tinggi ini.

Semoga ilmu AI, robotik, dan teknologi digital ini bakal melahirkan pemimpin digital yang terus memacu inovasi masa hadapan!

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

Dapat tawaran masuk IPTA, tapi risau tentang masalah kewangan? ๐Ÿ’ต๐Ÿ’ตJangan pendam kebimbangan itu sendirian. Anda boleh dap...
24/08/2026

Dapat tawaran masuk IPTA, tapi risau tentang masalah kewangan? ๐Ÿ’ต๐Ÿ’ต
Jangan pendam kebimbangan itu sendirian. Anda boleh dapatkan bantuan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti masing-masing.
KPT prihatin dan sentiasa berusaha memastikan tiada pelajar tercicir daripada pendidikan tinggi hanya kerana kekangan kewangan. ๐Ÿค๐ŸŽ“
๐Ÿ“Œ Buat bakal mahasiswa dan pelajar yang sedang melalui situasi ini, jangan takut untuk bersuara dan dapatkan bantuan.
๐Ÿ“Œ Jika menghadapi masalah kewangan, hubungi pihak IPTA masing-masing untuk dapatkan maklumat dan bantuan.
๐Ÿซ Pelbagai inisiatif disediakan oleh KPT bagi membantu serta mencari jalan agar pelajar dapat meneruskan pengajian.
โœจ โค๏ธ Jangan biarkan kekangan kewangan memadam impian untuk melanjutkan pengajian.

[Kenyataan Media]๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—นุงูˆุณู‡...
22/08/2026

[Kenyataan Media]
๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€‹Selamat Hari Pentadbir diucapkan kepada seluruh skim pentadbiran di...
20/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

โ€‹Selamat Hari Pentadbir diucapkan kepada seluruh skim pentadbiran di Universiti Awam Malaysia, khususnya warga pentadbir Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia pada 20 Ogos 2026 bersamaan 7 Rabiul Awal 1448H.

โ€‹Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi, komitmen, serta khidmat bakti yang berterusan dalam memacu kecemerlangan tadbir urus dan pengurusan pengajian tinggi negara.

โ€‹Ucapan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh warga UiTM.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBuat seluruh warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, marilah kita bersama-sama me...
14/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEBANGSAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Buat seluruh warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, marilah kita bersama-sama menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan penuh semangat patriotisme dan rasa cinta akan tanah air.
Hayati erti kemerdekaan, suburkan semangat perpaduan dan terus bersama-sama membina Malaysia yang lebih harmoni, inklusif dan sejahtera.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ
Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat merdeka dan bersama-sama menghayati nikmat kesejahteraan yang dikecapi sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Salam Bulan Kebangsaan 2026!

Jadikan doa ini sebagai amalan agar kita tetap dalam iman dan Islam serta jauh dari kekufuran dan kefakiran, insya-Allah.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

Address

UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau
Rembau
71300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6066982000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UiTM Kampus Rembau-FB Rasmi:

Shortcuts

Share