17/08/2026
🌙 KEMPEN SATU JUTA SELAWAT 🌙
Sempena Rabiul Awal, bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, Maahad Tahfiz As Sofa mengajak seluruh warga As Sofa dan masyarakat bersama-sama menyahut Kempen Satu Juta Selawat. 🤍
✨ 1,000,000 Selawat buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad ﷺ ✨
Marilah kita hidupkan bulan penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan selawat, sebagai tanda cinta, rindu dan kasih kita kepada Rasulullah ﷺ.
Ayuh, bersama kita capai satu juta selawat!
Satu selawat daripada kita, insya-Allah menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan. ❤️