Program TajaQuran by Ustaz Nazrey Johani

Program TajaQuran by Ustaz Nazrey Johani Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program TajaQuran by Ustaz Nazrey Johani, Educational consultant, Surau Kampung Sri Melenggang, Rembau.

JOM SALURKAN SUMBANGAN KE

Bank : MAYBANK
Nama : PERTUBUHAN NADI AL QURAN MALAYSIA
No Akaun : 5550 5051 0934
No Pertubuhan : PPM-015-05-03122024

ATAU

Bank : BANK RAKYAT
PERTUBUHAN NADI AL QURAN MALAYSIA
No Akaun : 1102453039

🌤️ *DOA PAGI DAN PETANG*Setiap pagi dan petang adalah peluang untuk kita mengingati Allah SWT serta memohon perlindungan...
02/06/2026

🌤️ *DOA PAGI DAN PETANG*

Setiap pagi dan petang adalah peluang untuk kita mengingati Allah SWT serta memohon perlindungan, keberkatan dan rahmat-Nya.

Mulakan hari dengan doa dan akhiri hari dengan pengharapan kepada Allah. Semoga setiap langkah kita dipermudahkan, setiap urusan diberkati dan setiap ujian diberikan kekuatan untuk menghadapinya.

Jangan lupa amalkan doa pagi dan petang sebagai benteng diri serta penguat hati dalam menjalani kehidupan seharian. 🤲

📌 Sumbangan:
https://nadiquran.com/order/form/547





🐄🌙 *PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN*Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi satu bentuk ketaatan dan pengorbana...
30/05/2026

🐄🌙 *PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN*

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi satu bentuk ketaatan dan pengorbanan kepada Allah SWT.

Dalam Islam, pembahagian daging korban mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka yang memerlukan serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.

Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab bertambahnya keberkatan dalam kehidupan kita.




🌙 Hari Tasyrik adalah hari untuk kita bersyukur atas nikmat Allah SWT, memperbanyakkan zikir serta menikmati rezeki yang...
28/05/2026

🌙 Hari Tasyrik adalah hari untuk kita bersyukur atas nikmat Allah SWT, memperbanyakkan zikir serta menikmati rezeki yang halal bersama keluarga dan insan tersayang 🤍

Jangan lupa…
11, 12 & 13 Zulhijjah adalah hari yang diharamkan berpuasa.

Semoga hari-hari mulia ini dipenuhi dengan keberkatan, kegembiraan dan ketaatan kepada Allah SWT ✨

22/05/2026

Alhamdulillah… 🤍
Setelah melalui ujian yang sangat berat dan tempoh cuti yang panjang akibat kebakaran yang memusnahkan pusat pengajian kami…

Hari ini…
akhirnya kelas di Nadi Al-Quran Kg Bahagia kembali dibuka

Kembali terdengar suara anak-anak membaca Al-Quran…
gelak tawa mereka…
serta semangat para guru dan pelajar yang tidak pernah pudar walaupun diuji dengan kehilangan.

Allah…

Sungguh, ada rasa syukur yang sukar digambarkan bila melihat anak-anak ini kembali duduk mengaji bersama 🤍

Terima kasih kepada semua yang tidak pernah putus mendoakan, membantu dan menyokong perjuangan anak-anak Nadi Al-Quran sepanjang kami melalui fasa yang sangat mencabar ini.

Segala doa, sokongan dan sumbangan daripada Tuan/Puan sangat besar maknanya buat mereka 🌷

Semoga Nadi Al-Quran Kg Bahagia terus menjadi tempat lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran dan membesar dengan kalam Allah dalam hati mereka ✨

“Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya.” 🤲

🤍 Sokong & bantu perjuangan anak-anak Nadi Al-Quran di sini:
https://nadiquran.com/order/form/529

18/05/2026

“Saat Kita Sibuk Menambah Amal… Ada Anak Nadi Al-Quran Yang Masih Menunggu Penaja Mereka” 🤍

10 hari terbaik Zulhijjah dah tiba…
dan anak-anak ini masih terus berharap ada insan baik yang sudi membantu mereka terus belajar Al-Quran 📖🥺

Dengan serendah RM50 sebulan, ibu ayah sudah membantu seorang anak meneruskan pengajian Al-Quran mereka 🤍

🔗https://nadiquran.com/order/form/529





🌙 Salam 1 Zulhijjah 1447H 🤍Alhamdulillah… Allah SWT masih memberikan kita peluang bertemu bulan yang penuh keberkatan in...
18/05/2026

🌙 Salam 1 Zulhijjah 1447H 🤍

Alhamdulillah… Allah SWT masih memberikan kita peluang bertemu bulan yang penuh keberkatan ini 🥹

Zulhijjah adalah bulan yang dipenuhi dengan rahmat, keampunan dan peluang untuk menambah amal ibadah ✨

Semoga di awal Zulhijjah ini:
🤍 Allah menerima segala amal ibadah kita
🤍 Melapangkan segala urusan kehidupan kita
🤍 Mengurniakan ketenangan hati & keberkatan rezeki
🤍 Menemukan kita dengan 10 hari terbaik penuh rahmat-Nya

Jom sama-sama hidupkan Zulhijjah dengan:
📖 Membaca Al-Quran
🤲🏻 Perbanyakkan doa & istighfar
✨ Bersedekah & membantu orang lain
🕋 Menambah amal soleh kerana Allah

Semoga setiap langkah kecil kita di bulan mulia ini menjadi asbab kebaikan dunia & akhirat 🤍









🌙 Rebut keberkatan 10 hari terawal Zulhijjah dengan memperbanyakkan puasa sunat, zikir, doa dan amal kebaikan 🤍Semoga se...
15/05/2026

🌙 Rebut keberkatan 10 hari terawal Zulhijjah dengan memperbanyakkan puasa sunat, zikir, doa dan amal kebaikan 🤍

Semoga setiap amalan kecil yang kita lakukan menjadi asbab rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT 🤲🏻 Aamiin.

14/05/2026

Di saat anak-anak Nadi Al-Quran diuji dengan kehilangan tempat belajar…
kami hanya mampu berharap dan berdoa agar Allah permudahkan pengajian ini dibina semula 🤍📖

Semoga setiap doa, sokongan dan sumbangan daripada tuan/puan menjadi asbab anak-anak ini terus belajar Al-Quran dan menjadi generasi yang membawa cahaya agama di masa hadapan. Aamiin 🤲🏻

Jika tuan/puan ingin bersama membantu usaha pengajian semula Nadi Al-Quran, boleh menyumbang melalui link di bawah:

👉 https://nadiquran.com/order/form/512

12/05/2026

Alhamdulillah 🤍
Pagi ini Ustaz Fakhrur bersama anak-anak Nadi Al-Quran telah menjalankan aktiviti gotong-royong sebagai persediaan untuk memulakan semula kelas pengajian Al-Quran 📖

Namun hakikatnya…
daripada 2 tempat kelas yang digunakan sebelum ini, satu telah musnah terbakar dan satu lagi kini dijadikan tempat pengajian bagi semua pelajar Nadi Al-Quran di PPKK.

Walaupun diuji dengan kehilangan tempat belajar… anak-anak ini tetap datang dengan semangat dan tak sabar untuk kembali mengaji 😢

Tetapi kit pendidikan seperti:
📚 Buku & Iqra’
✏️ Alat tulis
🎒 Beg sekolah
🕌 Kelengkapan belajar

masih belum mencukupi untuk kegunaan mereka.

Jika tuan/puan ingin bersama membantu anak-anak ini kembali belajar dengan lebih sempurna, boleh menyumbang melalui link di bawah 🤍

👉 https://nadiquran.com/order/form/517

08/05/2026

“Tempat Mengaji Mereka Musnah… Tapi Rindu Mereka Pada Al-Quran Tak Pernah Padam” 🥺📖

Alhamdulillah… ini berita gembira buat anak-anak Nadi Al-Quran 🤍

Sejak kebakaran yang memusnahkan tempat belajar mereka…
satu soalan ini tak pernah berhenti kami dengar…

“Bila kami boleh mengaji semula, Ustaz?” 😭

Allah…
yang mereka rindukan bukan mainan,
bukan pakaian,
bukan harta yang hilang…

Tetapi Al-Quran.

Ada yang masih datang bertanya…
ada yang hanya mampu melihat kawasan yang sudah musnah sambil berharap kelas mengaji dibuka semula 🥺

Sebab itu kami bersepakat…
insyaAllah kelas mengaji akan dimulakan semula sedikit demi sedikit 🤍

Tetapi anak-anak Nadi Al-Quran sangat memerlukan kit pendidikan seperti:
🎒 Beg sekolah
📚 Buku & Iqra’
✏️ Alat tulis
🕌 Kelengkapan belajar

Agar mereka dapat kembali belajar dengan sempurna dan terus dekat dengan Al-Quran.

Jumaat ini…
mungkin asbab sumbangan kecil ibu ayah,
lantunan ayat suci Al-Quran kembali bergema di sana ❤️

👇 Yang berhajat nak bantu kit pendidikan anak-anak Nadi Al-Quran:

https://nadiquran.com/order/form/512







Address

Surau Kampung Sri Melenggang
Rembau
71350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program TajaQuran by Ustaz Nazrey Johani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share