SK Bukit Sentosa - Rasmi

SK Bukit Sentosa - Rasmi Saluran rasmi hebahan maklumat, aktiviti, dan pencapaian warga sekolah.

07/08/2026

๐ŸŽฅ Sorotan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semarak Bulan Kebangsaan mula dirasai di SK Bukit Sentosa menerusi gimik pelancaran yang penuh simbolik serta persembahan istimewa daripada murid-murid yang berbakat dan bersemangat.

Setiap persembahan bukan sekadar hiburan, malah menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta akan negara, menghargai jasa para pejuang dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan majlis ini dengan penuh komitmen dan semangat patriotisme.

๐ŸŽฌ Saksikan sorotan video dan hayati kemeriahan sambutan yang menjadi pembuka tirai Bulan Kebangsaan 2026 di SK Bukit Sentosa.

โ€œMalaysia MADANI: Jiwa Merdekaโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






๐Ÿ“š PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA: MENITI JEJAK DEWASA ๐ŸŒฑ6 Ogos 2026 | SK Bukit SentosaUnit Bimbingan dan Kaunseling SK ...
07/08/2026

๐Ÿ“š PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA: MENITI JEJAK DEWASA ๐ŸŒฑ

6 Ogos 2026 | SK Bukit Sentosa

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bukit Sentosa telah menganjurkan Program Melangkah ke Alam Remaja: Meniti Jejak Dewasa yang melibatkan semua murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi fasa perubahan diri dan alam remaja.

Program ini telah dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian:
๐Ÿ“ Murid Lelaki โ€“ Surau As-Syakirin
๐Ÿ“ Murid Perempuan โ€“ Dewan Budiman

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang berkongsi pelbagai ilmu berkaitan perkembangan fizikal dan emosi, penjagaan diri, pembentukan sahsiah, komunikasi positif serta nilai-nilai murni dalam meniti alam remaja.

Semoga perkongsian yang diberikan dapat membantu murid-murid mengenali potensi diri, membuat keputusan yang bijak serta membentuk jati diri yang cemerlang sebagai persediaan melangkah ke alam sekolah menengah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak LPPKN atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman, serta kepada semua guru yang telah bersama-sama menjayakan program ini.




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT SK BUKIT SENTOSA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ3 Ogos 2026 | Tapak Perhimpunan SK Bukit Sentos...
07/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT SK BUKIT SENTOSA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

3 Ogos 2026 | Tapak Perhimpunan SK Bukit Sentosa

Dengan penuh semangat patriotisme dan rasa cinta akan tanah air, SK Bukit Sentosa telah melaksanakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Majlis ini menjadi simbolik kepada permulaan pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi menyemai semangat cintakan negara, menghargai jasa para pejuang serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan murid.

Semoga sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini dapat menyuntik semangat patriotik yang tinggi, melahirkan generasi yang berjiwa merdeka, berakhlak mulia serta sentiasa menghargai keamanan dan kemakmuran negara yang kita kecapi hari ini.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





๐ŸŒŸTAHNIAH DAN SYABAS๐ŸŒŸTahniah diucapkan kepada Pasukan Bicara Berirama SK Bukit Sentosa atas kejayaan meraih Naib Johan da...
30/07/2026

๐ŸŒŸTAHNIAH DAN SYABAS๐ŸŒŸ

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bicara Berirama SK Bukit Sentosa atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Bicara Berirama yang berlangsung di SK Bukit Beruntung (2) pada 9 Julai 2026.

Penyertaan pada tahun ini amat bermakna kerana merupakan kemunculan semula pasukan selepas beberapa tahun tidak menyertai pertandingan. Hasil latihan yang konsisten, semangat berpasukan dan bimbingan guru, pasukan berjaya muncul Naib Johan daripada 9 pasukan yang bertanding.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengorak langkah dan mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah kepada semua murid, guru pembimbing, pentadbir serta ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Syabas dan terus melakar kejayaan!

TAHNIAH DAN SYABAS! Murid-murid SK Bukit Sentosa sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah apabila muncul sebagai Jo...
24/07/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Murid-murid SK Bukit Sentosa sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah apabila muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor 2026 yang berlangsung pada 13 hingga 17 Julai 2026 di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu.

Lebih membanggakan, kejayaan ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut yang berjaya dipertahankan oleh kontinjen SK Bukit Sentosa.

Pasukan sekolah berjaya mengumpul 7 pingat emas, 3 pingat perak, 3 pingat gangsa serta 54 mata keseluruhan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atlet, guru jurulatih, ibu bapa dan seluruh warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan serta doa.

Kejayaan ini adalah hasil usaha, disiplin dan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan warga SK Bukit Sentosa.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kita terus melahirkan murid yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang sukan, malah dalam akademik dan sahsiah.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang sentiasa diberikan kepada SK Bukit Sentosa. Bersama-sama kita terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

๐Ÿ“š PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 4 BERKAITAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4Alhamdulillah, telah berlangsung denga...
22/07/2026

๐Ÿ“š PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 4 BERKAITAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Perjumpaan Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 4 berkaitan Matriks Pembelajaran Tahun 4 pada 22 Julai 2026 (Rabu) di Dewan Budiman, SK Bukit Sentosa.

Program ini bertujuan memberikan penerangan kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan pelaksanaan Program Matriks Pembelajaran Tahun 4, sasaran pembelajaran murid serta peranan ibu bapa dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga serta warga sekolah yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga jalinan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh demi memastikan kejayaan serta kecemerlangan murid-murid SK Bukit Sentosa.

๐ŸŒŸ PROGRAM PRISMA 2026 ๐ŸŒŸPada 8 Julai 2026, Program Intervensi Minda Sihat di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBS tel...
17/07/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM PRISMA 2026 ๐ŸŒŸ

Pada 8 Julai 2026, Program Intervensi Minda Sihat di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBS telah berlangsung di Sri Damai Resort, Kalumpang dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Seramai 31 orang murid terpilih telah menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang untuk membina potensi diri, kerjasama dan keyakinan. Program ini turut dibantu oleh 5 orang guru serta 4 orang guru pelatih UPSI.

Tahniah kepada semua murid atas komitmen dan disiplin yang ditunjukkan. Semoga pengalaman ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin kecemerlangan diri.

๐ŸŒŸ Hari Akad Prestasi 2026 ๐ŸŒŸTerima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa hadir pada Hari Aka...
16/07/2026

๐ŸŒŸ Hari Akad Prestasi 2026 ๐ŸŒŸ

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa hadir pada Hari Akad Prestasi 2026 hari ini.

Selain berbincang tentang perkembangan dan pencapaian anak-anak bersama guru, para pengunjung turut berpeluang melihat pelbagai hasil kerja murid yang dipamerkan di Dewan Terbuka. Pameran ini menampilkan kreativiti, usaha dan komitmen murid sepanjang proses pembelajaran.

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak.

Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putusโค๏ธ

๐Ÿ† ESOK HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU! ๐Ÿ†Debaran semakin terasa โณSorakan semakin bergema ๐Ÿ“ฃSemangat semakin membara ๐Ÿ”ฅEsok, Kejo...
26/06/2026

๐Ÿ† ESOK HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU! ๐Ÿ†

Debaran semakin terasa โณ
Sorakan semakin bergema ๐Ÿ“ฃ
Semangat semakin membara ๐Ÿ”ฅ

Esok, Kejohanan Sukan Tahunan Ke-20 SK Bukit Sentosa bakal membuka tirainya!

Inilah masanya untuk menyaksikan anak-anak SK Bukit Sentosa berjuang habis-habisan demi rumah sukan masing-masing.

Kepada ibu bapa, penjaga, alumni dan seluruh warga komuniti, ayuh hadir memberikan sokongan.

Kehadiran anda adalah pembakar semangat buat anak-anak kita untuk terus beraksi dengan penuh yakin dan berdisiplin.

๐Ÿ“… Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— Masa: 7:30 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Taman Awam Jenjarum

Address

Jalan Bukit Sentosa 7, Bukit Sentosa
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bukit Sentosa - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category