Sra Al-Hidayah Taman Tun Teja Rawang

Sra Al-Hidayah Taman Tun Teja Rawang Sekolah rendah dibawah JAIS. Menyediakan ilmu agama khusus bagi tahun 1 hingga tahun 6

19/07/2026
Assalamualaikum W.B.TDimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan PSRA Siri 1 akan diadakan seperti ketetapan berikut:🗓 Tari...
19/07/2026

Assalamualaikum W.B.T

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan PSRA Siri 1 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 20 – 24 Julai 2026 (Isnin – Jumaat)
📍 Tempat: Dewan Utama Sekolah

Sehubungan dengan itu, semua murid diminta hadir awal ke sekolah, membuat persediaan secukupnya serta membawa segala keperluan peperiksaan.

Gunakanlah masa yang ada untuk mengulang kaji pelajaran, memperbanyakkan latih tubi, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PSRA Siri 1. Semoga semua murid dikurniakan ketenangan, dipermudahkan urusan menjawab soalan serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ikhlas daripada:
Warga PIBG dan Guru SRA Al-Hidayah Tun Teja

HUKUM BERCAKAP SEMASA KHUTBAH JUMAATPerbuatan berbual, bergurau, bermain telefon bimbit atau melakukan perkara yang meng...
16/07/2026

HUKUM BERCAKAP SEMASA KHUTBAH JUMAAT

Perbuatan berbual, bergurau, bermain telefon bimbit atau melakukan perkara yang mengganggu tumpuan semasa khutbah adalah ditegah kerana mengurangkan pahala solat Jumaat.

Sabda Rasulullah ﷺ:

"Apabila engkau berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: 'Diamlah', sedangkan imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya engkau telah melakukan perkara yang sia-sia."
(Riwayat al-Bukhari)

Marilah kita sama-sama menjaga adab ketika khutbah dengan diam, mendengar dan menghayati setiap peringatan yang disampaikan agar memperoleh keberkatan dan kesempurnaan pahala Solat Jumaat.

"Khutbah Jumaat didengari, adab dipelihara, pahala diperkasa."

Harap Maklum Terima Kasihh

Makluman Bengkel Penulisan Jawi Murid Tahun 4AssalamualaikumMerujuk kepada perkara di atas, pihak Sekolah Rendah Agama A...
15/07/2026

Makluman Bengkel Penulisan Jawi Murid Tahun 4

Assalamualaikum

Merujuk kepada perkara di atas, pihak Sekolah Rendah Agama Al-Hidayah, Taman Tun Teja akan menganjurkan Bengkel Penulisan Jawi khusus untuk murid-murid Tahun 4.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan serta kemahiran murid-murid dalam seni penulisan Jawi dengan lebih efektif.
Butiran lengkap program adalah seperti berikut:

📅Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
⏰Masa: 2.30 petang – 5.30 petang
🏫Tempat: Dewan SRA Al-Hidayah, Taman Tun Teja
👔 Pakaian: BAJU LENGKAP UNIFORM SEKOLAH

📌Tindakan Ibu Bapa / Penjaga:

Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memastikan anak-anak hadir tepat pada waktunya.

Sila pastikan anak-anak membawa peralatan menulis yang lengkap bagi memudahkan sesi amali dijalankan.

Semoga dengan sokongan dan kerjasama erat daripada pihak tuan/puan, program ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah dirancang demi manfaat bersama anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

Alhamdulillahhhh selesai Teknik Menjawab PSRA bagi Subjek:Akhlak SirahTauhid FeqahTajwidJawi Imlak KhatSemoga segala ilm...
04/07/2026

Alhamdulillahhhh selesai Teknik Menjawab PSRA bagi Subjek:
Akhlak Sirah
Tauhid Feqah
Tajwid
Jawi Imlak Khat

Semoga segala ilmu, teknik dan perkongsian yang telah disampaikan sepanjang seminar ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua murid. Teruskan berusaha, rajin membuat latihan, berdoa serta bertawakal kepada Allah SWT.

Ingatlah, kejayaan bukan hanya milik mereka yang bijak, tetapi juga milik mereka yang istiqamah dan tidak mudah berputus asa.

Semoga semua calon PSRA diberikan ketenangan, dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang.

MUMTAZ IMPIAN KAMI !!!

Assalamualaikum W.B.TKEPUTUSAN PENUH KONTINJEN SRA AL-HIDAYAH Tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen SRA Al-Hidayah...
21/06/2026

Assalamualaikum W.B.T

KEPUTUSAN PENUH KONTINJEN SRA AL-HIDAYAH

Tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen SRA Al-Hidayah atas penyertaan dan pencapaian dalam KAMIL Daerah Gombak 2026.

🏆 Tilawah Al-Quran Lelaki – No. 3
🏆 Khutbah Jumaat – No. 3
🏆 Syarahan BM Lelaki – No. 3
🏆 Muhawwarah Lelaki – No. 2
🏆 Bercerita Perempuan – No. 2

✨Terima kasih kepada para peserta, guru pembimbing dan ibu bapa atas usaha, doa dan sokongan yang diberikan.

👳‍♀️🧕🏻Kepada peserta yang belum berjaya meraih kedudukan, jangan bersedih. Anda semua telah memberikan yang terbaik dan tetap menjadi kebanggaan SRA Al-Hidayah.

🌹Teruskan berusaha, kerana setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan. 💚

"Kalah bukan bererti gagal, dan menang bukan alasan untuk leka. Teruskan melangkah, kerana setiap usaha yang ikhlas pasti mendapat ganjaran di sisi Allah SWT."

"Berilmu, Berakhlak, Berjaya."

Sekian Terima Kasihh

KONTINJEN KAMIL SRA AL-HIDAYAH DAERAH GOMBAK 2026Dengan penuh rasa syukur dan semangat juang yang tinggi, seramai 36 ora...
19/06/2026

KONTINJEN KAMIL SRA AL-HIDAYAH DAERAH GOMBAK 2026

Dengan penuh rasa syukur dan semangat juang yang tinggi, seramai 36 orang peserta telah dipilih untuk mewakili SRA Al-Hidayah dalam 10 acara pertandingan KAMIL Daerah Gombak 2026.

Setiap peserta membawa harapan sekolah, guru dan ibu bapa untuk mengangkat kecemerlangan ilmu, bakat serta sahsiah yang unggul.

✨Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi asbab kejayaan dan memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.

"Melangkah Dengan Ilmu, Menyerlah Dengan Bakat"

🤲Doakan agar kontinjen SRA Al-Hidayah diberikan kekuatan, keyakinan dan kejayaan dalam setiap pertandingan yang disertai.

35 Peserta • 10 Acara • 1 Matlamat
Mengharumkan Nama SRA Al-Hidayah

Satu Semangat • Satu Pasukan • Satu Kemenangan

AL-HIDAYAH JUARA DI HATI! 💚💛🏆

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M DARIPADA WARGA SRA AL-HIDAYAHAssalamualaikum W.B.TFirman Allah SWT:“Oleh itu, kerjakanlah ...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M DARIPADA WARGA SRA AL-HIDAYAH
Assalamualaikum W.B.T

Firman Allah SWT:
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
(Surah Al-Kauthar: 2)

Warga PIBG, Guru-guru, dan Seluruh Kakitangan Sekolah Rendah Agama Al-Hidayah Taman Tun Teja ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada semua ibu bapa, penjaga, dan murid-murid sekalian.

Semoga hari raya ini mendidik kita dan anak-anak tentang erti pengorbanan, keikhlasan, serta kesyukuran dalam kehidupan.

Selamat bercuti bersama keluarga tercinta, maaf zahir dan batin.

17/05/2026
Alhamdulillah, KAMIL Zon Tengah 2026 melabuh tirai dengan penuh gaya! 🏆✨Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pesert...
17/05/2026

Alhamdulillah, KAMIL Zon Tengah 2026 melabuh tirai dengan penuh gaya! 🏆✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang dah sehabis baik berjuang. Syabas & Tahniah Team KAMIL 2026! 🥳💪

Satu pencapaian yang sangat membanggakan di KAMIL Zon Tengah tahun ni. Borong 4 Johan, 1 Naib Johan, dan 5 Tempat Ketiga bukan benda biasa-biasa!

Johan🥇
- Muhawwarah (L)
- Syarahan BM (L)
- Syarahan BA (L)
- Cerita Al-Quran (L)

Naib Johan🥈
- Kalam Jamaei

Ketiga 🥉
- Khutbah Jumaat
- Rawi Marhaban(L)
- Cerita Al-Quran (P)
- Tilawah (L)
- Khat Tahap 2

Keseluruhan SAN:
🥈🥈Naib Johan🥈🥈

Terima kasih kepada semua ustaz, ustazah, cikgu-cikgu, dan para ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan ini. Pengorbanan masa dan tenaga korang amat dihargai. Semoga kejayaan ini jadi pembakar semangat untuk kita terus cemerlang di masa depan! 👑

📌 Utk daerah SRA AL-HIDAYAH akan menjadi Tuan Rumahh💪🔥🔥 (20 Jun 2026)

Address

Persiaran 2
Rawang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

03-60910371

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sra Al-Hidayah Taman Tun Teja Rawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sra Al-Hidayah Taman Tun Teja Rawang:

Shortcuts

Share

Category