Taska Little Iman

Taska Little Iman Little Iman Childcare Centre is a safe and happy place for children to play, learn and grow.

We are now open for 2025 enrollment!Tempat limited, book awal ya! 🧸💛Any inquiries: wasap.my/60129576969 (Teacher Atiqah)...
12/12/2025

We are now open for 2025 enrollment!
Tempat limited, book awal ya! 🧸💛

Any inquiries: wasap.my/60129576969 (Teacher Atiqah)

Licc Kundang

11/11/2025

A little glimpse into our field trip! Licc Kundang

🇲🇾 *SAMBUTAN HARI MERDEKA & HARI LAHIR (JAN-OGOS) LITTLE IMAN CHILDCARE CENTRE*🇲🇾🗓️ *JUMAAT - 29/8/2025*🕖 *8.00am-1.30pm...
23/08/2025

🇲🇾 *SAMBUTAN HARI MERDEKA & HARI LAHIR (JAN-OGOS) LITTLE IMAN CHILDCARE CENTRE*🇲🇾

🗓️ *JUMAAT - 29/8/2025*
🕖 *8.00am-1.30pm*
🪇 *Tema : Merdeka*
👚 *Pakaian* :
- Kids & Transit Tadika : Tradisional (baju melayu& baju kurung)
- Transit sekolah : bawa kain pelekat @ Kain batik

📝 *Tentatif Program* :

- 7.30am = Sesi Bergambar
- 8.00am = Sarapan
- 8.20am = Nyanyian lagu Negaraku dan Merdeka
- 8.30am = Perarakan Merdeka & Edaran Bendera kepada penduduk sekitar
- 10.00am = Rehat & Free play
- 11.45am = Sambutan Hari Lahir (Januari - Ogos)
- 12.15pm = Agihan Hadiah & Goodies
- 12.30pm = Makan
- 1pm = Agihan bendera oleh Anak-anak Transit
- 1.30pm = Majlis Tamat

📝
- Ibubapa diminta untuk menghantar anak ke taska sebelum pukul 8 pagi bagi melancarkan perjalanan program.
- Ibu bapa juga diminta untuk memandikan dan menyiapakan anak sebelum hantar ke taska pada hari tersebut.
- Ibu bapa dialu-alukan untuk menyediakan Potluck pada hari tersebut dan mengisi menu pada ruangan menu Potluck.

*KEMASUKAN SEGERA!!*Assalamualaikum w.b.tKami sedang mencari GURU TASKAKriteria yg diperlukan: ✅ Wanita Muslim✅ Berumur ...
04/08/2025

*KEMASUKAN SEGERA!!*

Assalamualaikum w.b.t
Kami sedang mencari GURU TASKA

Kriteria yg diperlukan:

✅ Wanita Muslim
✅ Berumur 18 tahun ke atas
✅ Berkemampuan untuk mengurus & menjaga kanak-kanak dengan baik
✅ Mempunyai sifat keprihatinan dan penyayang terhadap kanak-kanak
✅ Berkemampuan untuk berkomunikasi & mengajar kanak-kanak dengan baik
✅ Seorang yang rajin & pembersih
✅ Seorang yang penyabar/penyayang/ceria
✅ Mempunyai pengalaman kerja berkaitan/kelayakan akademik berkaitan

🌸 Calon yang mempunyai pengalaman bekerja di tadika sangat dialu-alukan.

📍Lokasi: Little Iman Childcare Centre, Kundang

📌Kemasukan Segera!!!
Jika berminat, sila hubungi Teacher Atiqah
wasap.my/60129576969

Kalau dulu, pagi tengok kartun, petang main kejar-kejar sampai lupa balik. Sekarang? Baring, scroll, swipe, repeat. Buka...
17/07/2025

Kalau dulu, pagi tengok kartun, petang main kejar-kejar sampai lupa balik. Sekarang? Baring, scroll, swipe, repeat. Bukannya salah skrin semata, tapi gaya hidup dah tak sama. Jadi, jangan pelik kenapa teacher asyik pesan limit screen time. Biar mata sihat, otak pun ligat, badan pun kuat. 😆🌳✨

credit: https://vt.tiktok.com/ZSBtsMjod/

We are hiring! Let's join us! 👩🏻‍🍳 Licc Kundang
03/07/2025

We are hiring! Let's join us! 👩🏻‍🍳 Licc Kundang

Assalamualaikum w.b.t. *PENGUMUMAN PENUTUPAN OPERASI LITTLE IMAN CHILDCARE CENTRE SELAMA 3 HARI BERMULA 19 MAY -21 MAY B...
18/05/2025

Assalamualaikum w.b.t.

*PENGUMUMAN PENUTUPAN OPERASI LITTLE IMAN CHILDCARE CENTRE SELAMA 3 HARI BERMULA 19 MAY -21 MAY BERIKUTAN PENINGKATAN MENDADAK PENYAKIT BERJANGKIT HFMD DIKALANGAN ANAK-ANAK.*

Bagi mengelakkan penularan berlaku dan memberi laluan proses pembersihan taska kami terpaksa menutup taska selama 3 hari. Namun sekiranya terdapat kes bertambah atau yang belum memaklumkan diminta ibubapa memaklumkan dengan segera kepada saya.

Maaf di atas segala kesulitan kerana pihak kami sedaya upaya telah membendung namun tetap berlaku juga penularan. Terima kasih di atas kerjasama semua pihak.

Kepada anak-anak yang dijangkiti semoga cepat sihat seperti selalu dan symptom tidak bertambah teruk 🤲🏻

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 🌼Little Iman Childcare Centre akan mengadakan sambutan Hari Guru bagi meraikan teachers seperti ke...
15/05/2025

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 🌼

Little Iman Childcare Centre akan mengadakan sambutan Hari Guru bagi meraikan teachers seperti ketetapan dibawah 👇🏻

Tarikh : 16 Mei 2025
Hari : Jumaat
Tema : Pyjamas Day

Sehubungan dengan itu ibu bapa perlu memakaikan pakaian tidur @ Pyjamas dan membawa bersama teddy bear atau patung kesukaan anak2 semasa menghantar anak ke taska. Bagi anak2 transit juga tidak terkecuali untuk membawa pakaian tidur @ pyjamas bagi sesi bergambar ☺️

Kami juga amat mengalu-alukan sekiranya ibubapa ingin membawa Potluck pada hari tersebut. ☺️

Nota kaki 👇🏻
Jangan lupa mandi dulu ye 😜

Ramai ibu bapa masih tertanya-tanya, “Perlu ke hantar anak ke tadika? Kan kat rumah pun boleh ajar…”Jawapannya: perlu, s...
06/05/2025

Ramai ibu bapa masih tertanya-tanya, “Perlu ke hantar anak ke tadika? Kan kat rumah pun boleh ajar…”

Jawapannya: perlu, sangat perlu. Bukan sebab kita tak mampu ajar sendiri, tapi kerana suasana dan pengalaman di tadika tak dapat ditiru di rumah.

Tadika bukan sekadar tempat anak belajar membaca dan mengira. Ia adalah medan latihan untuk hidup dalam dunia sebenar — dengan rutin, peraturan, rakan sebaya dan guru. Di sinilah tempat mereka belajar berdikari, bersosial, mengurus emosi dan mengenal siapa diri mereka.

Di rumah, anak raja. Di tadika, anak belajar giliran. Belajar tunggu. Belajar cakap elok-elok. Belajar minta maaf. Semua ini nampak kecil, tapi sebenarnya asas besar dalam pembentukan akhlak dan keyakinan diri.

Tadika juga melatih kemahiran motor halus dan kasar melalui aktiviti seperti mewarna, memanjat, melompat dan bermain peranan. Ini semua bukan main-main — ia penting untuk perkembangan otak, kawalan badan dan persediaan menulis.

Lebih menarik, anak juga mula kenal dunia luar: hari minggu, bulan Islam, cuaca, haiwan, bentuk, warna, emosi, nilai murni… semuanya melalui aktiviti yang menyeronokkan, bukan duduk diam 3 jam dengar cikgu bercakap.

Dan yang paling penting — anak yang pergi tadika lebih bersedia untuk ke sekolah rendah. Mereka dah biasa dengan jadual, dah tahu macam mana nak ikut arahan, dah boleh kawal perasaan bila kena tegur. Tak terkejut. Tak terlalu ‘blur’. Mereka masuk darjah satu dengan kepala yang lebih tenang, hati yang lebih berani.

Tadika bukan tempat akademik semata. Ia tempat ‘pemanasan badan’ untuk hidup. Dan lebih awal anak mula, lebih besar ruang mereka berkembang.

Assalamualaikum w.b.t Memandangkan penyakit HFMD semakin menular di kawasan Seri Kundang diminta pihak ibu bapa dan guru...
23/04/2025

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan penyakit HFMD semakin menular di kawasan Seri Kundang diminta pihak ibu bapa dan guru-guru mengambil langkah berjaga-jaga dengan kerap memeriksa kondisi kesihatan anak dan gejala-gejala HFMD.

Sekiranya terdapat gejala pada anak jagaan diminta untuk segera hantar ke klinik dan dapatkan rawatan dan surat pengesahan doktor bagi rujukan pihak taska.

Anak jagaan yang dijangkiti atau terdapat tanda-tanda jangkitan TIDAK DIBENARKAN HADIR ke taska semasa tempoh kuarantin atau sehingga tanda-tanda jangkitan hilang. Arahan ini adalah untuk memastikan penularan tidak berlaku di taska.

Terima kasih atas kerjasama ibubapa dan guru-guru.❤️

Semoga Allah melindungi anak-anak Little Iman be🤲🏻

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨️Little Iman Childcare Centre akan mengadakan sambutan hari raya...
08/04/2025

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨️

Little Iman Childcare Centre akan mengadakan sambutan hari raya bersama keluarga LICC pada tarikh dan ketetapan berikut 👇🏻

*Tarikh : 13 April 2025*
*Hari : Ahad*
*Masa : 10 pagi - 1ptg*
*Tempat : Little Iman Childcare Centre (Jalan Permata 1 Kg Melayu Sri Kundang)*

Pihak kami LICC amat mengalu-alukan kehadiran anda seisi keluarga bagi memeriahkan majlis. Kami juga berbesar hati sekiranya ada ibu bapa yang ingin berkongsi juadah pada hari tersebut. 😊

Semoga majlis yang bakal berlangsung dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga LICC ❤️

Licc Kundang

Address

Little Iman Childcare Centre
Rawang
48050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60129576969

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Little Iman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska Little Iman:

Shortcuts

Share

Category