29/04/2026
Jom sertai team kami dalam memberikan kaseh sayang dan jagaan terbaik kepada warga emas.
Kemasukan segera. 🍀🍀
Klik 👇
http://Www.Wasap.My/60193213634/penjagawargaemas
Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas & Pesakit
29/04/2026
Jom sertai team kami dalam memberikan kaseh sayang dan jagaan terbaik kepada warga emas.
Kemasukan segera. 🍀🍀
Klik 👇
http://Www.Wasap.My/60193213634/penjagawargaemas
24/04/2026
Alhamdulillah..
Hari ini terima kunjungan mesra dari Pelajar2 Fakulti Sains Kesihatan dari UiTM Puncak Alam.
Mereka datang santuni bonda2 dan buat kajian mengenai diet, nutrisi dan pemakanan untuk warga emas.
Terima kasih semua untuk aktiviti dan ilmu yang dikongsi. Semoga bermanfaat untuk semua.
🌹🌷❤❤
Aktiviti merangsang minda dan daya kognitif bonda2.. 🌹💕
16/04/2026
“Bercakap dengan pesakit dementia bukan tentang betul atau salah…
tetapi tentang membuat mereka rasa selamat.”
---
Dalam penjagaan pesakit dementia, ramai caregiver akan sampai satu tahap…
di mana mereka mula sedar sesuatu yang sangat penting:
➡️ Bukan semua perkara perlu diperbetulkan.
➡️ Tidak semua kebenaran perlu disebut.
Kadang-kadang…
cara kita bercakap boleh menentukan sama ada pesakit itu tenang…
atau semakin gelisah.
---
🧠 REALITI DEMENTIA YANG RAMAI TAK FAHAM
Dementia bukan sekadar “lupa”.
Ia adalah perubahan besar dalam cara otak berfungsi.
Bahagian otak yang mengawal:
ingatan
logik
pemikiran
semakin lemah.
Tetapi…
Bahagian emosi masih kuat.
➡️ Mereka mungkin lupa apa yang kita cakap
➡️ Tetapi mereka sangat peka dengan bagaimana kita bercakap
Nada suara, ekspresi muka, cara kita respon…
semuanya dirasai, walaupun tidak difahami sepenuhnya.
---
❤️ KOMUNIKASI DALAM DEMENTIA
Dalam dunia kita:
👉 Kita fokus kepada betul vs salah
Dalam dunia mereka:
👉 Mereka fokus kepada rasa selamat vs rasa terancam
---
🧩 10 PERKARA YANG PERLU ELAK (DAN APA PERLU DIGANTI)
Ini bukan kerana ayat itu salah…
Tetapi kerana otak mereka tidak lagi mampu memproses ayat tersebut seperti kita.
---
1. “Tak ingat ke?”
Ayat ini nampak biasa…
tetapi bagi pesakit dementia, ia boleh jadi sangat menyakitkan.
Ia seperti kita minta sesuatu yang mereka sudah tidak mampu buat.
➡️ Gantikan dengan:
“Tadi kita dah makan ya. Semua okay.”
---
2. “Saya dah cakap tadi”
Bagi caregiver, ini mungkin kali ke-10 ulang.
Tetapi bagi mereka…
itu adalah kali pertama mereka bertanya.
➡️ Gantikan dengan:
“Tak apa, saya cerita semula ya.”
---
3. “Awak salah”
Walaupun niat kita untuk betulkan…
Tetapi bagi mereka, ini boleh terasa seperti diserang.
➡️ Gantikan dengan:
“Saya faham kenapa awak rasa macam tu.”
---
4. “Mak dah meninggal lama dah”
Ini antara situasi paling berat.
Setiap kali kita sebut…
mereka akan rasa kehilangan itu seperti baru berlaku.
Berulang kali.
➡️ Gantikan dengan:
“Awak rindu dia ya…”
“Ceritakan tentang dia…”
---
5. “Kenapa buat macam tu?”
Hakikatnya…
Mereka sendiri tidak tahu kenapa.
Soalan ini hanya menambah kekeliruan.
➡️ Gantikan dengan:
“Mari saya bantu ya…”
---
6. “Bertenanglah”
Ayat ini nampak menenangkan…
tetapi sebenarnya boleh buat mereka rasa tidak difahami.
➡️ Gantikan dengan:
“Saya nampak awak risau… saya ada dengan awak.”
---
7. “Ini bukan rumah awak”
Apabila mereka kata “nak balik rumah”…
ia bukan tentang lokasi.
Ia tentang perasaan.
➡️ Gantikan dengan:
“Awak selamat di sini.”
“Rumah awak dulu macam mana?”
---
8. “Awak boleh buat sendiri”
Memang kita mahu mereka berdikari.
Tetapi jika terlalu dipaksa…
ia boleh buat mereka rasa gagal.
➡️ Gantikan dengan:
“Kita buat sama-sama ya.”
---
9. “Berhenti buat tu”
Arahan secara terus boleh buat mereka keliru atau tertekan.
➡️ Lebih baik:
Alihkan perhatian mereka
Berikan aktiviti lain secara lembut
---
10. “Tak ada apa nak risau”
Walaupun kita ingin menenangkan…
emosi mereka tetap real.
➡️ Gantikan dengan:
“Saya faham ini menakutkan… saya ada dengan awak.”
---
🧠 SATU PERKARA PALING PENTING
Pesakit dementia tidak hidup dalam dunia kita.
Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri.
➡️ Dunia yang penuh memori lama
➡️ Dunia yang bercampur realiti dan perasaan
Dan tugas kita bukan untuk menarik mereka keluar…
Tetapi masuk ke dalam dunia mereka dengan penuh kelembutan.
---
❤️ UNTUK PARA CAREGIVER
Kalau anda pernah:
penat ulang benda sama
rasa bersalah sebab marah
keliru antara nak jujur atau nak jaga hati
Ketahuilah…
➡️ Anda tidak gagal
➡️ Anda sedang belajar bahasa baru
Bahasa yang tidak guna logik semata-mata…
tetapi dibina dengan:
sabar
nada suara
kehadiran
kasih sayang
---
🌿 PENUTUP
Dalam dementia…
kita mungkin tidak boleh pulihkan memori mereka.
Tetapi kita masih boleh beri mereka sesuatu yang sangat berharga:
➡️ rasa selamat
➡️ rasa dihargai
➡️ rasa disayangi
Kerana pada akhirnya…
Mereka mungkin lupa apa yang kita katakan…
tetapi mereka tidak akan lupa bagaimana kita buat mereka rasa.
14/04/2026
Menerima perkhabaran duka tengahari tadi.
Bonda kami Habibah bt Kassim telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 tghr td di Hospital Sungai Buloh .
Salam takziah kepada seluruh Keluarga. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian ini.
Mohon semua untuk mendoakan almarhumah Bonda Habibah semoga ditempatkan bersama orang2 beriman dan beramal soleh.
Aamiin.. 🤲🤲
10/04/2026
Alhamdulillah.. Berkongsi2 rezeki bersama bonda2. Jamuan makan2 syawal bersama staff dan bonda2.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.
🌙🌙🌙🌙
Harapan kami agar kita semua dapat bekerja bersama2 dengan harmoni dan penuh kasih sayang. Dan Semoga bonda2 semua bertambah sihat dan gembira serta terus tersenyum bersama kami di sini ❤🥰🥰😁😊
07/04/2026
Terima kasih Insken atas penganjuran kursus Insken; (MOFA) Masterclass Strategi Pemasaran Berimpak Tinggi Untuk Industri Penjagaan Warga Emas.
Terima kasih juga Coach Puan Wan Salbiah dari SACC Mytown berkongsi ilmu dan pengalaman pengurusan pusat Warga Emas.
Alhamdulillah. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat untuk semua khususnya dalam menambah baik kualiti perkhidmatan dan penjagaan di pusat jagaan kami juga.. Aamin2 🥰❤❤💕
24/03/2026
Kami seluruh warga Kerja
Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda
ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.
💕💕🌙🌙🌙
18/03/2026
Selamat menyambut Hari Raya Aifilfitri
dari kami seluruh warga Kerja PJWE Kaseh Bonda.🥰🥰💕💕❤
Pusat Jagaan kami akan tutup operasi sementara untuk sambutan Hari Raya AidilFitri seprrti dibawah:
Tarikh tidak beroperasi ;
19 Mac (Khamis) hingga 24 Mac 2026 (Selasa)
Kami akan beroperasi semula pada
25 Mac 2026 (Rabu)
Sekian Harap Maklum dan Terima Kasih🩷🪻🪻
09/03/2026
Alhamdulillah 🌷
Terima kunjungan mesra santuni warga emas dan Iftar bersama2 puteri UMNO cawangan Kepong.
Terima kasih untuk makanan iftar dan infak barangan keperluan serta cenderati buat bonda2 dan staff juga.
Semoga usaha murni mendekati warga emas ini akan sentiasa diteruskan dan Allah memberikan ganjaran berlipat ganda hendaknya. Aamin2 🤲🤲
🌹❤❤
18/02/2026
Ahlan wasahlan Ramadan Kareem🩵🩵
Selamat menyambut bulan suci Ramadan! Ini adalah momen yang indah untuk membersihkan hati dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |
| Saturday | 08:30 - 12:00 |