06/07/2023
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan, bahawa pengusaha kedai buku akan melaksanakan sistem baru iaitu pembelian secara ONLINE di kedai buku *SK TAMAN DESA* secara rasminya pada tahun 2024. Tujuan sistem ini adalah untuk memudahkan urusan ibu bapa daripada semua kesukaran yang dihadapi untuk berurusan di kedai buku.
Oleh yang demikian, kami akan memulakan sistem ONLINE ini dengan menjual T-SHIRT UNIT UNIFORM bagi kelima-lima persatuan dengan potongan diskaun harga sebanyak 15% berbanding pembelian secara WALK-IN di kedai buku bermula Jun 2023. Harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding kedai lain seperti Shopee dan Lazada.
Selain itu, dari semasa ke semasa item seperti buku tulis dan pakaian sukan juga akan dimasukkan sedikit demi sedikit. Justeru itu, anda boleh layari website kami https://www.pustakajasa.com.my/Home.aspx untuk pembelian secara ONLINE. Sebagai pengguna baharu, anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu. Pada ruangan SCHOOL CODE, pastikan anda isi kod yang betul iaitu *SKTD* dan teruskan dengan proses pendaftaran.
Walaubagaimanapun, kami ingin mengingatkan bahawa sistem ONLINE ini BUKAN PAKSAAN sama sekali. Jadi kepada ibu bapa yang ingin membeli secara walk-in masih dibenarkan mengikut waktu operasi kedai buku. Selain itu, bagi panduan menggunakan sistem ONLINE, anda boleh lah merujuk softcopy ANYFLIP dan TUTORIAL VIDEO yang diberi.
Akhir sekali, untuk sebarang permasalahan, anda boleh hubungi atau WHATSAPP talian khidmat pelanggan 011-70079989.
Sekian terima kasih
ANYFLIP: https://anyflip.com/vngqb/ccon/