06/08/2026
[JOM BERINFAQ UNTUK DEWAN PASTI IMTIYAZ KIDS] 💚
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, PASTI Imtiyaz Kids sedang dalam usaha menyediakan sebuah dewan khas yang lebih selesa bagi kegunaan murid, guru dan ibu bapa.
Dewan ini bakal menjadi tempat untuk:
✨Perhimpunan murid
✨Aktiviti pembelajaran & kokurikulum
✨Majlis bersama ibu bapa
✨Seminar, bengkel dan pelbagai aktiviti komuniti
Bagi merealisasikan hasrat ini, premis tersebut memerlukan kerja-kerja baik pulih dan pemasangan kemudahan asas dengan sasaran dana sebanyak RM21,802.
🤲 Besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan. Tiada jumlah yang terlalu kecil, setiap ringgit yang disumbangkan adalah saham akhirat dalam membantu menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa buat anak-anak.
Salurkan sumbangan ke:
Bank Islam
TETUAN PASTI IMTIYAZ KIDS
12207010003572
(Rujukan: Dewan)
Semoga Allah SWT menerima setiap amal jariah tuan/puan dan mengurniakan rezeki yang berlipat ganda. Aamiin. 🤲💚