29/06/2013
Assalamualaikum & Salam Sayang...pada semua bekas anak2 didik ku.. Cg amat berharap agar semua bekas anak2 didikku yang disayangi dan diingati untuk sama2 meluangkan sedikit masa & sedikit wang untuk membeli kad ke Majlis Makan Malam Amal PIBG SMKBTP thn ini. Harga bagi sekeping tiket hanyalah RM50 sahaja. Jika ditolak dengan kos makanan seorang iaitu sebanyak RM 20 & kos lain spt khemah dsbgnya..sebanyak RM10 , maka baki yang tinggal hanyalah RM 20 sahaja di sumbangkan kepada PIBG sekolah. Rasanya RM 50 tidaklah begitu mahal. RM 50 hanyalah harga bagi sekali anak2 makan di Aeon/ McCafe / KFC sahaja rasanya..Malah ramai dikalangan anak2 semua yang telah pun bekerja & ramai yang pendapatannya mencecah 4 angka. Rasanya tidak luak poket anak2 untuk dapat menyumbangkan sedikit kepada sekolah yang telah bertahun- tahun berjasa kepada anak2 semua.. Cubalah anak2 bayangkan, selepas ditolak kos makan dsbg, jumlah yang disumbangkan cuma RM 20 sahaja. Besar sangat kah nilai ini?? Kalo anak2 bole membeli gadjet dan pakaian mahal serta belanja & beli hadiah untuk kekasih hati bernilai puluhan , ratusan malah ribuan ringgit, salahkah menyumbang RM 20 untuk sekolah yang KONONnya kalian kasihi?? Untuk berjumpa guru2 & kwn2 lama yang KONONnya kalian ingati & rindui?? Dengan itu, cg menyeru semua anak2 untuk hadir untuk memeriahkan lagi Majlis Makan Malam Amal PIBG 2013 ini. Jika ada dikalangan anak2 yang tidak dapat hadir atau kurang mampu untuk menyumbangkan sebanyak RM 50, sekurang-kurangnya sudilah menyumbang seberapa yang anak2 mampu seikhlas hati. Sesungguhnya wang tersebut akan digunakan untuk membaiki prasarana sekolah seperti kerusi meja, baiki tandas, baiki kantin dan kelas, program sukan & kecemerlangan serta lain2 lagi yang mana semua itu anak2 semua pernah nikmati semasa bersekolah di SMKBTP dulu..Cg percaya anak2 semua telah cukup matang untuk sama2 membantu sekolah yang kita sayangi ini...Sekian..kami cikgu2 anak2 di sini menanti kehadiran anak2 semua..Wassalam..