21/08/2026
Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat Team GOMO pada Khamis, 20/8/2026 jam 9.30 malam sebagai persediaan ke Kejohanan Muaythai Kebangsaan 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil. 🥊🇲🇾
Terima kasih kepada Timbalan Presiden Encik Hizam, AJK GOMO, coach, fighter & semua ibu bapa yang hadir dan memberi kerjasama. ❤️
Selesai meeting, kami juga menerima berita gembira apabila Sifu Zack berjaya mendapatkan tajaan seragam tracksuit & singlet untuk fighter GOMO. 🙏🔥
Jutaan terima kasih kepada Wan Sneek (ayah Maya), Hong (ayah Carlson), Kai (Ayah Ali)serta Emas Anggun selaku penaja tetap GOMO.
Semoga Allah murahkan rezeki semua penaja dan terus bersama menyokong perjalanan GOMO. ❤️
Baju GOMO bukan sekadar seragam, tetapi membawa semangat, harapan dan sokongan seluruh keluarga GOMO.
GOMO TEAM — SATU KELUARGA, SATU PERJUANGAN🥊🔥