19/07/2023
Selamat Menyambut Awal Muharram, permulaan tahun baru dalam Islam.
Peristiwa hijrah pastinya memberikan kita iktibar untuk melakukan perubahan dari kepompong penindasan dan kejahilan ke arah kemajuan dan pembebasan.
Hijrah juga mengajar kita bahawa Islam adalah agama luhur yang mengangkat karamah insaniah, memberikan keadilan kepada setiap insan dan memastikan semua golongan mendapat pembelaan.
Islam menggalakkan kita menjadi insan yang berjaya, berilmu dan berharta. Kelebihan yang ada mesti digunakan untuk memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Dengan semangat Maal Hijrah, marilah kita semua berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik yang tinggi akhlak dan budi pekerti.