SRITI Rawang

SRITI Rawang

Share

Melahirkan Generasi Soleh, Pintar, Rabbani & Murabbi

26/05/2026

Assalamualaikum dan salam Aidiladha πŸŒ™βœ¨

Seluruh warga SRITI Rawang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada semua muslimin dan muslimat πŸ•ŒπŸ„

Aidiladha hadir membawa erti pengorbanan,
Mengajar hati tentang keikhlasan dan kesabaran.
Semoga hidup sentiasa dalam rahmat dan keberkatan..

Semoga Aidiladha juga kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita 🀲❀️

Marilah kita bersama-sama menghayati nilai keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan 🌟





"MEMBINA GENERASI SOLEH PINTAR RABBANI MUROBBI"

[KITA KUAT SAMA-SAMA] πŸ’ͺ🏼

_MEDIA SRITI RAWANG 2026_

18/05/2026

🌟 Tahniah & Penghargaan 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mantan Guru Besar SRITI BTP, *Mudir Mohd Khairul Anwar bin Mohamed Nawi* di atas penerimaan *Anugerah Guru Besar Cemerlang SRITI Negeri Selangor 2026*πŸ† sempena Sambutan Hari Guru Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. 🌹

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus istiqamah dalam memimpin serta mencurah bakti demi pendidikan ummah. πŸ€²πŸ“š

Kini beliau meneruskan legasi kepimpinan di SRITI Rawang dengan penuh dedikasi dan komitmen. ✨

Semoga beliau terus istiqamah memimpin dan mencurah bakti demi pendidikan ummah. ✨

🀍 Ikhlas daripada Warga SRITI Rawang

16/05/2026

πŸ† TAHNIAH & SYABAS WARGA SRITI RAWANG πŸ†

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta, guru pembimbing serta ibu bapa atas pencapaian membanggakan dalam KAMIL SAN 2026 Peringkat Zon Barat anjuran Jabatan Agama Islam Selangor.

✨ Keputusan SRITI RAWANG:

πŸ₯‡ Nasyid (Lelaki) β€” Johan
πŸ₯‡ Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki) β€” Johan
πŸ₯ˆ Bercerita Kisah Al-Quran (Perempuan) β€” Tempat Ke-2
πŸ₯‰ Bercerita Kisah Al-Quran (Lelaki) β€” Tempat Ke-3
πŸ₯‰ Tilawah Al-Quran (Lelaki) β€” Tempat Ke-3

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum Islamik.

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa serta warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan dan doa buat anak-anak SRITI RAWANG. ❀️

β€œBerusaha, Berdoa dan Bertawakal” ✨




16/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹

_β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”_

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik SRITI Rawang atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak-anak ummah.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu bahkan menjadi murabbi, qudwah dan penggerak haraki dalam membina generasi rabbani yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

Semoga segala usaha dan penat lelah para guru dikira sebagai amal soleh serta terus diberi kekuatan dalam mendidik demi agama, bangsa dan ummah. ✨

"MEMBINA GENERASI SOLEH PINTAR RABBANI MUROBBI"

[KITA KUAT SAMA-SAMA] πŸ’ͺ🏼

12/05/2026

πŸ“’βœ¨ PEMAKLUMAN RASMI βœ¨πŸ“’

πŸŒŸπŸ”¬πŸ“š PROGRAM MINGGU SAINS, MATEMATIK & KEUSAHAWANAN 2026 πŸ“šπŸ”¬πŸŒŸ

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua murid! πŸ˜„

πŸŽ‰ Minggu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba!
Bermula 11 Mei hingga 15 Mei 2026, pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan menyeronokkan akan dijalankan khas untuk semua murid! πŸ₯³βœ¨

🎯 Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah:

πŸ“ Easy Quiz
Uji minda, tambah ilmu dan rebut peluang menang hadiah menarik! 🎁

βž• Battle of Maths
Buktikan siapa paling pantas mengira dan berfikir! πŸ”₯🧠

πŸ›οΈ Hari Usahawan
Jom berniaga, belajar urus jualan dan jadi usahawan muda berjaya! πŸ’°πŸ˜Ž

πŸ§ͺ Eksperimen Sains
Terokai dunia sains melalui eksperimen yang menarik dan mengagumkan! πŸŒ‹πŸ”

🌟 WOW SAINS!
Pameran dan aktiviti sains penuh kreatif, inovatif dan menyeronokkan! πŸš€βœ¨

πŸ“Œ Semua murid dijemput untuk menyertai setiap aktiviti dengan penuh semangat dan sporting! Jangan lepaskan peluang untuk belajar sambil bergembira bersama rakan-rakan dan guru-guru πŸ˜πŸŽ‰β€οΈ

01/05/2026

*Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌷*

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga pendidik, kakitangan serta semua yang berkhidmat dengan penuh dedikasi πŸ’Όβœ¨
Setiap usaha, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan amat bermakna dalam membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak πŸŒ±πŸ“š
Semoga segala penat lelah dibalas dengan keberkatan serta kejayaan yang berpanjangan πŸ€²πŸ’™
πŸ’ͺ β€œPekerja Tonggak Kemajuan Ummah & Negara” πŸ‡²πŸ‡Ύ
Selamat bercuti dan hargailah setiap usaha yang kita lakukan 🌟





"MEMBINA GENERASI SOLEH PINTAR RABBANI MUROBBI"

Photos from SRITI Rawang's post 29/04/2026

✨ Perjumpaan Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) SRITI Rawang Kali Ke-2 βœ¨πŸŽ‰ Merupakan perjumpaan pertama bagi tahun 2026 πŸŽ‰

πŸ—“οΈ Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat SRITI Rawang

Alhamdulillah, perjumpaan JIBG SRITI Rawang telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana harmoni. Pertemuan ini menjadi medium penting dalam mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru demi memastikan kecemerlangan serta kebajikan anak-anak sentiasa terpelihara.

Lebih bermakna, perjumpaan kali ini turut diserikan dengan kehadiran Mudir Khairul Anwar sebagai Guru Besar baharu SRITI Rawang. Semoga dengan kepimpinan beliau, SRITI Rawang terus melangkah maju dan melahirkan generasi rabbani yang cemerlang dunia dan akhirat.

🀝 Bersatu hati, memperkasa pendidikanπŸ’š Kita kuat, sama-sama


/27

Want your school to be the top-listed School/college in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No. 46-1, Jalan Desa 9/5
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00