Pasti Al Ikhwan

Pasti Al Ikhwan PERKHIDMATAN TRANSPORT JUGA DI SEDIAKAN - TERBUKA UNTUK 4, 5 DAN 6 TAHUN
- DAY CARE
- TRANSIT

19/08/2026

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya Program Bento Merdeka bersama anak-anak PASTI Al Ikhwan πŸ₯°πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa dan bekerjasama menyediakan bento Merdeka bersama anak-anak. ❀️

Semoga program hari ini menjadi kenangan manis buat anak-anak, sambil kita menyemai rasa cinta dan menghargai tanah air tercinta. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Pemenang sudah di pilih! πŸ˜πŸ‡²πŸ‡Ύ
Nantikan di program minggu hadapan πŸ‡²πŸ‡Ύ

05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti pengenalan Merdeka kepada pelajar-pelajar PASTI Al Ikhwan pada hari ini. β€οΈπŸ€πŸ’™

Pada hari ini, para pelajar telah diperkenalkan dengan suasana Bulan Kebangsaan melalui:
🎢 Pengenalan dan nyanyian lagu-lagu patriotik
🌺 Mengenali Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pengenalan awal tentang semangat cinta akan negara

Semoga aktiviti ini dapat memupuk rasa sayang, bangga dan cinta kepada Malaysia dalam diri anak-anak sejak usia dini. πŸ₯°πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih kepada ibu bapa yang turut memberikan sokongan dan kerjasama. 🀍

Selamat menyambut Bulan Kebangsaan!πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

29/07/2026

Alhamdulillah, Projek Aulad bertemakan Sains & Teknologi: Volcano πŸŒ‹ telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Melalui aktiviti eksperimen ini, para murid berpeluang meneroka konsep asas sains secara menyeronokkan dan interaktif.

Selain memahami proses yang berlaku dalam eksperimen gunung berapi, murid turut mengembangkan kemahiran berfikir, membuat pemerhatian, serta memupuk sikap ingin tahu dan keyakinan diri dalam suasana pembelajaran yang bermakna.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas kerjasama serta sokongan yang berterusan dalam menjayakan setiap aktiviti pembelajaran anak-anak.

22/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Klinik Gigi di PASTI Al Ikhwan pada hari ini. 🦷✨

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan cara-cara memberus gigi yang betul serta menerima pelbagai ilmu dan penerangan bermanfaat daripada pihak klinik pergigian mengenai penjagaan kesihatan gigi dan mulut.

Selain itu, setiap pelajar turut menjalani pemeriksaan gigi dan bersama-sama menyertai Program Jom Berus Gigi 1 Malaysia yang diadakan pada jam 9.30 pagi tadi.

Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan membantu membentuk amalan penjagaan gigi yang sihat sejak kecil.

Terima kasih kepada pihak klinik pergigian atas kerjasama dan perkongsian yang sangat bermanfaat. 🀍

Alhamdulillah, Perjumpaan Ibu Bapa bersama Guru-guru PASTI Al Ikhwan bagi Semester 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan...
27/06/2026

Alhamdulillah, Perjumpaan Ibu Bapa bersama Guru-guru PASTI Al Ikhwan bagi Semester 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dan meluangkan masa untuk berbincang mengenai perkembangan anak-anak. Semoga hasil perbincangan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan pendidikan serta pembentukan sahsiah anak-anak terus diperkasakan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada PASTI Al Ikhwan. 🀍

01/04/2026

Eid's Dump!

Address

Jalan PELANGI 4
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Friday 07:30 - 18:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Al Ikhwan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pasti Al Ikhwan:

Shortcuts

Share

Category