07/06/2026
Alhamdulillah selesai sudah program CSR dari pihak UPSI di PAM.. semoga kolaborasi ini dapat diteruskan di masa² akqn datang utk aktiviti² lain pulak, mungkin kita boleh adakan program parenting atau usrah dengan bantuan daripada pihak UPSI.. terima kasih atas sumbangan tenaga dan idea yg dicurahkan selama 4 hari 3 malam berkampung di PAM..
07/06/2026
Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kpd pelajar² dan pensyarah UPSI.. terima kasih atas sumbangan tenaga dan idea sepanjang 3 hari 2 malam di PAM.. semoga dapat berkolaborasi lagi di masa² akan datang...
06/06/2026
Penglibatan pelajar UPSI dalam Program CSR di PASTI Al-Muttaqin. Projek mural sedang dalam proses pelaksanaan oleh team UPSI. Kerja² ini telah bermula khamis malam sehingga hari ini masih terus berjalan.. semoga ianya dapat disiapkan sepenuhnya untuk memberi semangat baru kpd pelajar² pasti yg akan kembali meneruskan sesi persekolahan isnin nanti.
06/06/2026
Alhamdulillah.. PAM telah dipilih sebagai PASTI terbaik Kawasan Selayang. Anugerah telah disampaikan oleh YDP PAS Kwsn Selayang - Hj Zaidy Talib dalam mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda PAS harini.
27/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sempena Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, seluruh warga PASTI Al Muttaqin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada semua ibu bapa, penjaga, anak-anak didik, alumni dan seluruh komuniti yang menyokong perjuangan pendidikan awal Islam kami.
Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita kepada pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang penuh ketaatan kepada Allah SWT. Semoga semangat ikhlas, taat, dan redha itu dapat kita tanamkan dalam diri, keluarga, dan anak-anak sejak kecil lagi.
Di PASTI Al Muttaqin, kami beriltizam untuk terus mendidik anak-anak bukan sahaja dengan ilmu dunia, tetapi juga dengan akhlak, adab, dan cinta kepada Allah dan Rasul. Inilah amanah besar yang kami pikul bersama ibu bapa semua.
Moga ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini diterima Allah SWT, dosa-dosa kita diampunkan, dan kita semua terus diberi kekuatan untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
“Kullu ‘amin wa antum bi khair”
Semoga kita semua berada dalam kebaikan setiap tahun.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.
Warga PASTI Al Muttaqin
23/05/2026
PEMAKLUMAN CUTI PENGGAL KE DUA DAN HARI RAYA AIDIL ADHA
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada Ibubapa/penjaga murid PASTI AL MUTTAQIN_
🌙 Cuti Penggal Ke Dua & Hari Raya Aidil Adha 1447 H 🌙
Perkhidmatan PASTI akan DITUTUP pada 25/05 (Isnin) - 07/06/2026 (Ahad)
Perkhidmatan Daycare akan DITUTUP pada
27/05/2026 (Rabu) - Raya Aidil Adha
28/05/2026(Khamis) - Raya Aidil Adha
01/06/2026(Isnin) - Hari Keputeraan YDP Agong
02/06/2026(Selasa) - Hari Wesak
Perkhidmatan PASTI akan di buka semula pada 08/06/2026 (ISNIN)
Perkhidmatan Daycare Beroperasi pada
29/05/2026 (Jumaat)
03/06/2026 (Rabu)
04/06/2026 (Khamis)
05/06/2026 (Jumaat)
🏫 Murid-murid akan kembali memulakan sesi PdPC di sekolah pada 08/06/2026 (Isnin) mengikut jadual yang telah ditetapkan.
🤝🏼 Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Jazakumullahu khairan Khatira
JK Pengurusan PASTI AL MUTTAQIN
16/05/2026
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang mendidik manusia dengan ilmu, adab dan nilai kehidupan.
Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan memikul amanah membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu memimpin masyarakat dengan panduan yang benar. Dalam Islam, kedudukan ilmu dan para pendidik sangat dimuliakan kerana mereka meneruskan tugas mendidik manusia ke jalan kebaikan.
Semoga segala jasa, pengorbanan dan didikan para guru diberkati Allah SWT serta menjadi amal soleh yang berpanjangan. Terima kasih cikgu.
16/05/2026
●SELAMAT HARI GURU●✨️
Selamat Hari Guru buat semua murabbi PASTI Selayang yang tidak pernah jemu mendidik dengan sabar dan penuh kasih sayang.
Guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi insan yang jasanya dikenang hingga ke akhir hayat.