Taska Cahaya Qristal

Taska Cahaya Qristal

Share

Tempat asuhan kanak-kanak berumur dari 2 bulan ~ 4 tahun, Transit kanak-kanak berumur dari 5 tahun ~

1) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2) Pengasuh-pengasuh mempunyai sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)

05/05/2025

Jgn ambil mudah

[Kisah yang Ramai Lupa: Tragedi HFMD Sarawak 1997]

Tahun 1997, bumi Sarawak Sibu, Bintulu, Miri menjadi saksi kepada satu kesedihan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata.

Bermula hanya dengan beberapa kes biasa.
Anak-anak kecil demam ringan.
Ulser kecil di mulut.
Ruam di tapak tangan dan kaki.

Mereka masih dihantar ke taska. Masih bermain bersama. Masih berkongsi mainan.

Dalam beberapa minggu, jumlah kes melonjak.
Lebih 2,600 kes HFMD dilaporkan. Dan lebih menyayat hati, 31 anak kecil berusia bawah 6 tahun maut dalam wabak maut ini.


Virus apakah yang begitu kejam?

Ia bukan sekadar Coxsackievirus A16 yang biasa. Ini Enterovirus 71.

Satu jenis virus yang tidak hanya menyebabkan ruam, tetapi boleh menyerang terus ke dalam otak, paru-paru, dan jantung.

Autopsi kanak-kanak yang meninggal menunjukkan:

• Radang otak otak kecil mereka bengkak
• Paru-paru dipenuhi cecair
• Radang otot jantung m

Suasana Sarawak waktu itu berubah.

Taska kosong.
Sekolah sunyi.
Bilik mayat penuh dengan tangisan ahli keluarga
Petugas kesihatan hiba di penjuru bilik.
Doktor bergilir siang malam.


Hari ini… ramai sudah lupa kisah itu. Tapi virus itu tidak lupa, masih ada, senyap, menunggu kita leka.

Menunggu kita cakap

“Demam sikit je.”

“Ulser biasa je.”

“Kalau tak hantar taska, macam mana nak kerja?”

Satu kealpaan kecil hari ini,
boleh mencipta semula satu tragedi besar esok hari.

Tolonglah.

Kalau anak anda demam, batuk, ulser, ruam JANGAN hantar ke taska.

HFMD bukan sekadar ruam.

Ia pernah membunuh.
Dan jika kita lupa sejarah,
sejarah itu akan berulang.


Photos from Mamacute & Anak's post 24/01/2025
14/05/2024

Terbaca posting keluhan pengusaha dan guru tadika yang rata-ratanya kata kanak-kanak yang dihantar ke taska sekarang pe'elnya pelik-pelik. Saya sendiri baca pun agak seriau. Ini dari komen Puan Shazwana Hanafi:

1. Tak pandai nak bermain, tak pandai nak hiburkan diri sendiri tanpa gajet.

2. Sensory seeking yang pelik untuk umur 5 tahun - jilat gam, jilat bakul sampah, jilat watercolour.

3. Tak ada kesabaran, tak boleh tunggu giliran, tak reti nak take turn.

4. 5 tahun tapi speech masih sepatah-sepatah.

5. Tak faham arahan, tak dengar arahan, tak boleh proses arahan, walaupun arahan mudah.

6. Tak boleh fokus untuk buat apa pun, semua nak cepat siap.

7. 5 tahun masih tak pandai nak makan sendiri, tak pandai urus diri.

8. 5 tahun masih berpampers.

9. Tak tahu bezakan barang kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain.

10. Tak kenal bahaya.

11 Tak kenal diri sendiri bila nama dipanggil. Berpaling cuma bila dipanggil dengan panggilan “abang/ kakak/ adik” atau nama pendek yang mak selalu panggil kat rumah.

12. Tak ada awareness tentang sekeliling, kalau nak berjalan, rasa nak langgar orang, langgar je.

13. Tak aware tentang perasaan orang lain, lack of emphaty. Kalau terlanggar orang, so? Tak tahu nak buat apa.

14. Fine motor skills sangat lemah, jari jemari jadi keras, mungkin effect dr gadget yg lama.

15. Tak hormat orang yg lebih dewasa, kalau rasa nak pukul cikgu, pukul je. Tak ada rasa takut atau tahu itu perbuatan salah.

16. Terkejut kami minggu pertama sekolah, datang sekolah dengan “hoi!”. Semua cikgu di “hoi” kan dia.

17. Cara bermain yang membuli, pijak orang, sepak orang, lempang orang, macam adegan dalam youtube.

18. Banyak buat aksi stunt, panjat almari terjun, panjat meja terjun, panjat slide terjun ke bawah. Waaaa tak de rasa takut, cikgu yang takut awak terseliuh kaki.

19. Perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh budak tadika mcm “bab*”, dan carutan2 yang lain.

20. Paling terkesan “nanti dah besar sy nak hisap v**e mcm ayah”.

Yang lebih merisaukan tentang perkara ini ialah kesemua anak-anak ini adalah anak-anak normal, bukan autistik atau ada masalah pembelajaran lain.

Teringat baru-baru ni borak dengan rakan pasal geran Social Entrepreneur. Antara yang "seksi" pada mata pemberi geran katanya adalah perusahaan berkaitan pembelajaran. Nak mengatasi masalah penguasaan 3M (Membaca, Mengira, Menulis) di kalangan pelajar sekolah rendah yang sangat-sangat rendah.

Kalau tak silap sayalah, kalau tak silap petik eh, 43% pelajar sekolah rendah hari ini berada di bawah par dalam penguasaan 3M.

Yang di sekolah rendah dengar begini.
Yang di tadika dengar benda begitu p**a.

Risau betul untuk generasi akan datang ni.

Dalam kita tengah berfikir dan berkira macam mana nak tarik lebih ramai ke arah STEM, menarik lebih ramai kepada jurusan profesional, rupanya masalah yang lebih asas sedang berlaku pada generasi anak-anak.

Kredit : Mohamad Jamalee

Gambar sekadar hiasan

Photos from Ilham Media's post 02/05/2023

Saya memang wat mcm ni..kat rumah atau kat mana²

27/03/2023

Pendidikan awal knk² ...kebanyakan pendidik atau pengasuh akan dilupakan.apabila anak² telah meningkat. Segala kebaikan dan jasa langsung x dihargai walhal ms kecik lah anak² ini perlukan perhatian dan jagaan yg lbh..bkn senang nak suruh org luar yg tiada kaitan atau.pertalian.syng anak kita seperti anak sndiri.
Renunglah mereka yg bersusah pyh menjaga,mendidik dan memberi kasih sayang tanpa sempadan melebihi dr anak sendiri.
Sebarang kemusykilan atau permasalahan seharusnya dilakukan melalui perbincangan..bkn dgr dr pihak ke-3 yg pandai mereka dan mengolah cerita dan blh buat tele drama pkl 7 mlm...Dosa dgn Allah kita blh mohon keampunan. Dosa sesama manusia, sekiranya x mendapat keampunan sesama sendiri...merangkak la nanti di sana mencari...

Photos from Ilham Media's post 20/02/2023
Want your school to be the top-listed School/college in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Taman Semarak, Bukit Beruntung
Rawang
48300