07/08/2026
Berjalan bermusafirlah melihat keagungan Allah,
Meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah.
Berjalan-jalan atau bermusafir adalah suatu aktiviti luar sekolah yang sangat dekat dengan jiwa kanak-kanak. Dalam suasana ini, pendidikan lebih mudah untuk diterapkan dalam akal dan minda mereka kerana mereka berada dalam keadaan gembira dan bersedia.
Program motivasi sepanjang didalam bas, diikuti dengan latihan dalam kumpulan (LDK) dan tugasan2. Boleh memantapkan lagi pemahaman kanak2 dalam mencapai objektif pengisian lawatan.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua ibu bapa/penjaga yang menyokong program ini,
Doa kami, setiap ilmu yang mengalir, setiap kebahagiaan dan pengalaman yang memberi manfaat, akan sampailah ganjaran kebaikan itu kepada ibu bapa/penjaga sekalian. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin 🤲
Jumpa lagi di program lawatan akan datang 🥰