23/02/2019
Kepada yang berkenaan...sila ikut panduan di bawah bagi membuat pemohonan. Klik https://eprasekolah.moe.gov.my untuk memohon.
1. Muat turun dan fahami manual pengguna.
2. Daftar pengguna dan cetak/simpan maklumat pengguna ( katalaluan)-bagi tujuan semakan keputusan pada bulan ogos 2019.
3. Lengkapkan maklumat permohonan.
4. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.
5. Serahkan borang permohonan dan salinan dokumen lengkap ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup.
PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE PRASEKOLAH KPM TAHUN 2020
Urusan permohonan boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 - 30 April 2019 melalui 2 kaedah:
1. Pendaftaran atas talian melalui
http://eprasekolah.moe.gov.my
( 1 Mac 2019 - 30 April 2019 )
2. Pendaftaran di sekolah (manual )
( 1 Mac 2019 - 31 May 2019 )
Syarat kemasukkan Prasekolah
1.Kanak-kanak warganegara Malaysia
2. Keutamaan adalah berumur 6 tahun
3. Kanak-kanak yang lahir pada 2 januari 2014 hingga 15 januari 2016 layak memohon tetapi bergantung pada kelayakkan dan kekosongan
Borang permohonan manual dan online hendaklah Dikepilkan bersama-sama dokumen yang telah lengkap.
Permohonan yang tidak lengkap atau meragukan akan DITOLAK oleh pihak sekolah.
Tindakan:
Mohon hebahkan perkara berikut kpd semua guru, ibu bapa, masyarakat setempat. Iklan / poster hebahan hendaklah dipamerkan di tempat yg mudah dilihat.