11/03/2026
Senyuman jelas terukir pada anak-anak murid SEMESCO yang memilih baju raya pemberian guru-guru. Murid-murid ini yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf bukan sahaja boleh memilih baju kegemaran mereka atau keluarga, malah mereka akan turut diraikan dalam majlis Iftar yang akan diadakan pada Jumaat ini. Semoga pemberian ini dapat menjadikan Aidilfitri mereka lebih bermakna.