Ustaz , kenapa perkataan rahmat dalam quran kadang2 ditulis رحمت dan kadang2 ditulis رحمة ?? ❓❓
Bismillah. Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk dan menjadikan setiap ayat dan tulisan nya sebagai mukjizat .
Perkataan rahmat ditulis dengan ta terbuka ( رحمت ) . Kenapa ? Sebagai mana disebut , memang ada perbezaan antara ta terbuka (رحمت) dengan ta tertutup (رحمة ) .
↪↪ 1 - Ditulis dengan (رحمت) bilamana rahmat allah itu sangat luas dan tidak khusus kepada rahmat2 tertentu . Contoh ayat yang disebut di dalam quran :
(وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ)
[Surat Al-A'raf 56]
⚠️Kenapa ditulis dengan رحمت ? Kerana ayat ini ditulis tentang orang2 muhsinin dan orang muhsin ini adalah darajat @ tahap paling tinggi keimanan mereka dan kerana itu rahmat Allah tersangatlah luas kepada golongan ini . Ya Allah, jadikan kami semua tergolong dalam golongan muhsinin .
↪↪ 2 - Ditulis رحمت juga ketika mana ada kesempitan, kepayahan dan ada hajat kemudian Allah memudahkan segala urusan . Contoh ayat quran :
١- (قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۖ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ ۚ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ)
[Surat Hud 73]
Ayat ini menceritakan tentang nabi ibrahim . Selepas bertahun lamanya , dan berlalunya zaman untuk si isteri melahirkan anak, Allah mengurniakan zuriat dan seterusnya melahirkan rasa gembira buat nabi ibrahim dan isterinya .
٢ - (ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا)
[Surat Maryam 2]
Ayat ini p**a menceritakan tentang Allah memperkenankan doa nabi zakaria yang memohon supaya dikurniakan anak
٣ - (فَانْظُرْ إِلَىٰ آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ)
[Surat Ar-Rum 50]
Selepas tidak diturunkan hujan , dan dimatikan tanah2 , lalu Allah menurunkan hujan dan memberi kehidupan kepada makhluk dengan rahmat dan kekuasaannya .
⚠️Adapun kalimah رحمة ditulis dengan ta tertutup . Ada beberapa sebab dan antaranya :
↪↪ 1- sebaliknya dengan perkataan rahmat yang ditulis رحمت . Kalau رحمت itu untuk nikmat yang umum dan luas, رحمة p**a berbentuk khusus . Contoh ayat boleh dilihat :
١- (فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ ..... )
[Surat Aal-E-Imran 159]
Ayat ini membincangkan tentang rahmat Allah yang dipinta oleh Nabi pada perang Uhud kepada para sahabat .
↪↪ 2 - Ditulis juga dengan ta marbutah(رحمة) untuk menunjukkan rahmat itu berkemungkinan tidak akan ditunaikan pada pemintanya atas sebab2 tertentu . Contohnya seorang hamba yang tekun sujud sepanjang malam , yang takutkan azab akhirat dan mengharapkan rahmat Allah di akhirat . Rahmat itu merupakan syurga dan syurga itu ditutup pada kehidupan dunia dan akan dibukan kepadanya pada hari akhirat . Contoh ayat :
(أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ)
[Surat Az-Zumar 9]
↪↪ 3- Rahmat yang telah dijanjikan Allah . Contoh :
(فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا)
[Surat An-Nisa' 175]
Orang yang beriman , beramal soleh dan berpegang teguh kepada ajaran quran , Allah menjanjikan akan memberi rahmat dengan memasukkan ke dalam syurgaNya .
Wallahu 'alam
Cc:
Ustaz Ahmad Faris Bin Ahmadul Kamal
Akademi Al-Quran Asy-Syatibi Bukit Beruntung
Menyediakan kelas Al-Quran dan Bahasa Arab pada setiap peringkat dengan cara santai dan mudah difahami.
12/10/2023
Mamadou Safaiou Barry, 25 tahun, disebabkan dia nekad nak sambung belajar kat Universiti al-Azhar, dia sanggup berbasikal dari Guinea ke Mesir untuk sambung belajar..
Dia tak mampu beli Tiket Kapal Terbang, jadi dia berbasikal merentasi 7 buah negara selama 4 bulan lamanya demi merealisasikan impiannya untuk belajar mendalami ilmu Usuluddin di Universiti al-Azhar..semasa perjalanan, dia cuma bawak beberapa helai pakaian, lampu suluh dan beberapa peralatan kecil...dia sampai Kaherah bulan Lepas dan alhamdulillah dapat biasiswa penuh..
Perjalanannya terpaksa mengharungi beberapa negara Afrika dengan cuaca yang sangat panas dan konflik negara2 tertentu antaranya kat Sudan...tido pun kerap kat area semak katanya sebab tak berani tido kat kawasan orang ramai takut Basikal kena curik dan dicederakan....dia jugak beberapa kali kena tahan Pihak penguatkuasa...
Tapi sepanjang perjalanan ramai gak yang membantu sehinggalah bila sampai kat Chad, ada dermawan yang membantu bayar tambang Tiket Penerbangan ke Kaherah...
Jawapan beliau apabila diinterview reporter :
Jika anda mempunyai impian, maka kekallah dengannya dan kuatlah. Tuhan akan membantumu,”
Tengok kat Map Afrika, mmg jauhpun dari Guinea nak ke Kaherah..😱😱🇬🇳🇪🇬
Cc: Majalah Ilmu
12/08/2021
Muhasabah !!!
12/05/2021
Pantas masa berlalu, Ramadhan telah pun meninggalkan kita, semoga dipanjangkan umur dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang, panjat syukur tidak terhingga, Syawal telah pun tiba tanda kesyukuran kepada Tuhan Yang Esa.
Kami warga Akademi Al-Quran Asy-Syatibi Bukit Beruntung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
14/04/2021
Selamat Menyambut Ramadhan 1442H /2021M
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu”
[Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
14/01/2021
Buat apa PKP tuh?
Jom sama-sama isi ruang waktu dengan meningkatkan bacaan al-Quran kita.
Berminat? Hubungi kami:
http://wasap.my/+601125667836
01/01/2021
Assalamualaikum w.b.t.
Dato/Datin/Tuan/Puan
BACA TAPI MASIH KELIRU????
Anda membaca al-quran tapi masih keliru dengan cara bacaan al-quran anda??? Atau kurang berkeyakinan dengan periwatannya???
💝Jom sertai kami dalam slot khas talaqqi bersanad yang periwayatannya merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW
👳🏻♂️Guru atau sheikh yang kami bawakan kali ini ialah Al Fadhil Sheikh Bassam Hegazy Ahmad Hegazy, merupakan seorang Sheikh dari mesir.
💓 Inilah salah satu usaha kami bagi memelihara kesinambungan sanad al Quran hingga ke hari kiamat.
🥳Jadi, ayuh war-warkan peluang keemasan ini kepada semua rakan kenalan.
PENGAMBILAN KEDUA
KEMASUKAN FEBRUARI 2021
KELAS BERSEMUKA ATAU ONLINE
🥳Hanya terhad kepada 20 orang terawal sahaja untuk tahun ini 2021.
Daftar segera
www.wasap.my/601125667836/sanadjuzuk30
www.wasap.my/60145208287/sanadjuzuk30
01/01/2021
DAH TAHUN 2021 !!!
Apa lagi alasan untuk kita tak mengaji?
"malu lah kelas ramai, saya nak dengan dia je boleh?"
"Boleh"
"kami nak kelas dengan usrah dan jemaah kami jer boleh?"
"Boleh"
"saya dan keluarga saya nak buat kelas di rumah kami jer boleh ke?"
"Boleh"
"Kelas online boleh?"
"Boleh"
"Kelas Hafazan ada?"
"Ada"
Bentuk kump**an sendiri?
Bersemuka atau di alam maya?
Dimana-mana?
Dari kelas berskala kecil hingga kump**an yang besar?
Semua boleh dibincang, tak perlu kalut, yang penting ada keinginan nak belajar. Apa lagi? terus daftar bersama kami.
hubungi kami:
www.wasap.my/601125667836
www.wasap.my/60145208287
30/12/2020
Tawaran Dah Ada Depan Mata, Kenapa Nak Nafikan Lagi??
Kelas ngaji bukan biasa-biasa. Khas buat orang dewasa yang nak belajar Quran bermula dari bawah, iaitu dari mengenal huruf sampai celik Al-Quran.
KEMASUKAN FEBRUARI 2021
Jom ikuti kelas bersama Akademik Al-Quran Asy-Syatibi. Kelas akan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Jangan risau yer.
Maklumat kelas hubungi:
www.wasap.my/601125667836
www.wasap.my/60145208287
Jom menguasai Al-Qur'an bersama kami !!!
13/11/2020
Kenapa rusa ni tenang je dan mata tak berkedip walau sedang dimamah oleh sekump**an cheetah?
Foto hasil jurugambar Kanada ni telah menang anugerah Photo of the Year di Jepun.. Dan paling menarik adalah cerita di sebalik gambar ini..
Awalnya.. sekump**an cheetah telah mengejar rusa betina ni dan 2 ekor anaknya.. Terasa bahaya kepada 2 anaknya, dia pun berusaha tarik perhatian kump**an cheetah tu jauh dari anak2nya.. Sehingga 2 anaknya itu dapat melarikan diri jauh dari kump**an cheetah...
Ibu rusa ni tidak sedikit pun melawan bila kump**an cheetah itu berjaya memerangkapnya, matanya tetap tenang dan fokus mengawasi larian 2 anaknya tadi yang semakin jauh meninggalkannya..
Kasih Ibu sepanjang jalan, kasih anak sebatas galah, di dunia ini hanya Kasih Ibu yang Terbaik.
Bagaimana dengan manusia ?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
1 Jalan Bunga Kertas 3C, Seksyen BS1 (Bukit Sentosa), Serendah
Rawang
48300