Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah

Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah

Share

Maahad Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah merupakan pusat pengajian agama khas buat para Tahfiz

21/11/2024

Soalan
Assalamualaikum, Semasa saya mengandung dan hampir bersalin darah saya keluar berterusan sehingga saya mengalami nifas, Apakah status darah yang tiada pemisah dengan nifas?

Ringkasan Jawapan
* Darah yang keluar semasa dalam tempoh hamil dihukumkan sebagai haid sekiranya ia mencukupi 24 jam menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’i. Namun, sekiranya darah yang keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ia dianggap darah penyakit (fasad) seperti hukum istihadah.
* Sementara itu, darah yang keluar kerana sakit bersalin (dam al-talaq) dihukumkan darah penyakit (fasad). Adapun sekiranya darah tersebut bersambung dengan darah haid yang keluar sebelumnya maka darah itu dihukumkan sebagai haid.
* Tiada tempoh minimum suci yang memisahkan antara haid ketika hamil dan nifas selepas bersalin kerana dalam keadaan tertentu antara keduanya boleh bersambung.

Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Status Darah ketika Hamil

Fuqaha Syafi’i menyatakan status hukum darah yang keluar ketika hamil ialah haid sebagaimana dijelaskan dalam kitab Hasyiyah al-Bujairimi:
‎وَالْأَظْهَرُ أَنَّ دَمَ الْحَامِلِ حَيْضٌ
“Pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafie (al-azhar) menyatakan bahawa darah yang keluar ketika hamil adalah darah haid”

Darah tersebut akan dihukum haid apabila mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebihi 15 hari 15 malam. Namun, sekiranya darah itu tidak mencukupi 24 jam, maka status darah dianggap rosak (fasad) seperti hukum istihadah. Hal ini dinyatakan oleh Imam al-Ramli dalam karyanya:

‎وَلَا نِفَاسَ لِتَقَدُّمِهِ عَلَى خُرُوجِ الْوَلَدِ بَلْ هُوَ دَمُ فَسَادٍ إلَّا أَنْ يَتَّصِلَ بِحَيْضِهَا الْمُتَقَدِّمِ فَإِنَّهُ يَكُونُ حَيْضًا
Maksudnya: “Tidak dikira nifas apabila keluar darah sebelum kelahiran anak, bahkan ia dikira darah penyakit (fasad) melainkan darah itu bersambung dengan haidnya yang lalu, maka ia dihukumkan darah haid”,

Sementara itu, darah yang keluar ketika hampir bersalin kerana kesakitan untuk melahirkan (dam al-talaq) turut dihukumkan sebagai darah penyakit (fasad). Darah tersebut dikenali sebagai (dam al-talaq) mestilah dengan syarat merasai kesakitan hendak bersalin berdasarkan definisi dalam Kitab al-Nibras:

‎دم الطلق هو الدم الذي ينشأ عن الولادة لإزعاج من الجنين أو غيره، وحكمه .. أنه دم فساد وإن زاد عن يوم وليلة ما لم يتصل بحيض زاد عن يوم وليلة، فإن اتصل بحيض زائد عن يوم وليلة فهو
‎حيض

Maksudnya: Darah yang keluar (dam al-talaq) disebabkan (merasai kesakitan) bersalin bagi melahirkan janin atau seumpamanya dihukum sebagai status darah penyakit (fasad) meskipun melebihi sehari semalam selagi mana tidak bersambung dengan minimum haid 24 jam. Namun, apabila darah sakit hendak bersalin (dam al-talaq) itu bersambung dengan darah haid yang telah cukup 24 jam, maka ia dihukumkan sebagai darah haid.

Justeru, wanita hamil yang keluar darah (dam talaq) hendaklah meneruskan ibadah seperti wanita yang suci dan mengambil hukum orang yang beristihadhah iaitu wajib bagi wanita tersebut membersihkan diri daripada najis, berwuduk dan mengerjakan solat seperti biasa. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Fatimah binti Abu Hubaisy datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:

‎يا رسول، إني امرأة أستحاض فلا أطهر، أفأَدَعُ الصلاة؟ قال: لا، إنما ذلك عِرْقٌ وليس بحيضٍ، فإذا
‎أقبَلَت حيضتُك فدَعِي الصلاة، وإذا أدبَرَت فاغسلي عنك الدم ثم صلِّي

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ialah seorang perempuan yang
beristihadhah dan oleh kerana itu, aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Sabda Nabi SAW: “Janganlah kamu meninggalkan solat, istihadah itu adalah sejenis darah penyakit dan bukannya darah haid. Apabila haid datang, maka engkau tinggalkanlah solat dan apabila darah tersebut berhenti, maka bersihkanlah dirimu daripada darah tersebut dengan mandi dan hendaklah engkau menunaikan solat”.[5]
(Riwayat al-Bukhari)

Adapun wanita hamil yang pada awalnya keluar darah yang mencukupi tempoh minimum haid kemudian baru disusuli rasa sakit hendak bersalin, maka darah tersebut dihukumkan haid.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tidak dianggap darah itu sebagai (dam al-thalaq) sebelum bersalin atau keluar darah semasa melahirkan anak melainkan terdapat petanda darah tersebut keluar selepas merasai kesakitan untuk melahirkan anak. [6] Adapun darah sakit hendak bersalin (dam al-talaq) itu bersambung dengan darah yang mencukupi syarat haid maka ia dihukumkan haid.

Sehubungan itu, penting untuk menentukan status darah sama ada darah penyakit (fasad), darah haid mahupun darah sakit bersalin (dam al-talaq) yang keluar ketika hamil kerana melibatkan hukum -hakam dalam pelaksanaan ibadah.

Tempoh Suci Antara Haid Dan Nifas

Darah haid ketika hamil boleh bersambung sehingga bersalin tanpa ada tempoh masa suci antara haid dan nifas. Sebagai contoh, wanita hamil melihat darahnya keluar melebihi minimum tempoh haid sehari semalam, kemudian wanita tersebut bersalin dan keluar darah nifas tanpa ada tempoh suci antara haid dan nifas.

Kesimp**an
i- Darah yang keluar semasa dalam tempoh hamil dihukumkan sebagai haid sekiranya ia mencukupi 24 jam menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’i. Namun, sekiranya darah yang keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ia dianggap darah penyakit (fasad) seperti hukum istihadah.
ii- Sementara itu, darah yang keluar kerana sakit bersalin (dam al-talaq) dihukumkan darah penyakit(fasad). Adapun sekiranya darah tersebut bersambung dengan darah haid yang keluar sebelumnya maka darah itu dihukumkan sebagai haid.
iii- Tiada tempoh minimum suci yang memisahkan antara haid ketika hamil dan nifas selepas bersalin kerana dalam keadaan tertentu antara keduanya boleh bersambung.

13/11/2024

Soalan
Assalamualaikum, Datuk SS M***i, saya mohon jawapan tentang isu tentang wanita ketika sakit hendak bersalin. Bolehkah solat jamak ketika sakit hendak bersalin sama ada secara taqdim atau ta’khir terutama jika sakit tersebut berat sehingga menyukarkan pihak pesakit bergerak untuk bersuci dan menunaikan setiap solat fardu pada waktunya?

Ringkasan Jawapan:
1- Wanita ketika sakit hendak bersalin diharuskan solat jamak ketika sakit hendak bersalin sama ada secara taqdim atau ta’khir terutama jika sakit tersebut berat sehingga menyukarkan pesakit bergerak untuk bersuci dan menunaikan setiap solat fardu pada waktunya.
2- Wanita dalam keadaan ini tidak diharuskan mengqasarkan solat dalam keadaan sakit, melainkan ia berada dalam keadaan musafir.

Huraian Jawapan:
Kebanyakan wanita yang hendak bersalin menghadapi kontraksi sehingga s**ar untuk bergerak dan melaksanakan ibadah. Maka timbul persoalan, bagaimanakah cara solat yang sesuai bagi wanita dalam keadaan ini dan adakah mereka mendapat keringanan (rukhsah) sama ada jamak atau qasar dalam menunaikan solat fardu?

Jamak solat diharuskan kerana sakit?
Para ulama berbeza pendapat dalam mengharuskan solat secara jamak kepada orang yang sakit seperti berikut:

Pendapat pertama: Ulama mazhab al-Syafi’i dan Hanafi mengatakan tidak harus jamak solat kerana sakit.

Mengikut pendapat muktamad yang masyhur dalam mazhab syafie, tidak diharuskan seseorang yang sakit menjamakkan solat iaitu menggabungkan solat secara taqdim atau ta’khir disebabkan sakit. Hal ini kerana, perbuatan menjamakkan solat ketika sakit ini tidak sabit daripada dari segi perbuatan, perkataan dan keizinan Rasulullah SAW. Selain itu, perintah menunaikan setiap solat di dalam waktunya adalah perkara yang pasti. Oleh itu, perintah tersebut tidak boleh ditinggalkan dengan sesuatu yang bersifat kemungkinan dan tidak ada bukti jelas.

Namun begitu, ulama mazhab Syafi’i membenarkan dilakukan jamak suri (الجمع الصوري) disebabkan sakit bagi yang memerlukan dengan cara melewatkan solat pertama dengan dilakukan di hujung waktu dan mengawalkan solat kedua dengan ditunaikan di awal waktunya.

Pendapat kedua: Harus solat secara jamak apabila sakit menurut sebahagian ulama mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Hal ini bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‌جَمَعَ ‌رَسُولُ ‌اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بين الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ، بِالْمَدِينَةِ. فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ
Maksudnya: Rasulullah SAW pernah melakukan jamak antara Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak, bukan ketika peperangan dan bukan juga disebabkan hujan.”

Hadis di atas menunjukkan sakit merupakan salah satu keuzuran yang membolehkannya solat jamak. Hal ini kerana sakit merupakan satu bentuk kes**aran lebih kuat daripada keuzuran hujan.

Pandangan ini dipilih oleh ulama mazhab Maliki dan Hambali yang mengharuskan jamak solat dengan sebab sakit seperti keadaan musafir namun terdapat perbezaan di sisi ulama mazhab Maliki, keharusan jamak ketika sakit hanya pada jamak taqdim sahaja.

Selain itu, terdapat juga beberapa ulama daripada mazhab Syafi'i yang menyokong padangan ini seperti al-Qadhi Husain yang berkata: harus jamak disebabkan sakit sama ada secara taqdim atau ta’khir. Begitu juga, menurut Ibn al-Maqriy, al-Mutawalli dan Abu Sulaiman al-Khattabi. Malah, imam al-Nawawi secara peribadi menyatakan pandangan ini sangat kuat berdasarkan hadis Ibn ‘Abbas RA di atas.

Perkara ini turut disokong oleh sebahagian ulama mutaakhirin dalam mazhab syafi’i10 mengharuskan solat jamak taqdim dan ta’khir tanpa qasar bagi orang yang sakit dengan meletakkan piawaian seperti sakit yang menyukarkan pesakit untuk melaksanakan setiap solat fardu pada waktunya.

Oleh yang demikian, dalam hal ini sakit bersalin diambilkira sebagai sakit yang berat mendatangkan masyaqqah atau kes**aran yang di luar daripada kebiasaan terutamanya jika wujud kes**aran untuk bersuci bagi menunaikan solat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Maksudnya: “Allah menghendaki memberi kemudahan kepada kamu semua, dan Allah tidak menghendaki mendatangkan kepayahan kepada kamu.”
(Surah al-Baqarah :18)

Persiapan Solat Ketika Hendak Bersalin
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapat difahami ibu yang sakit bersalin masih tetap wajib untuk melaksanakan solat seperti biasa mengikut kemampuan. Berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain RA berkata, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W berkenaan solat. Baginda S.A.W bersabda:
صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring di atas lambung kanan.”
(Riwayat al-Bukhari)

Sekiranya seseorang wanita hendak bersalin tidak mampu untuk menunaikan solat kerana sakit hendak bersalin maka:
1- Wanita hamil tersebut solat mengikut kemampuannya iaitu sama ada solat secara duduk atau berbaring di atas lambung kanan atau berbaring menelentang atau melalui isyarat mata.
2- Jika wanita yang mengalami kontraksi yang kuat ini sehingga tak mampu bergerak dan s**ar untuk mendirikan solat pada setiap waktu akibat menahan sakit bersalin, maka wanita diberikan pilihan untuk melakukan solat secara jamak sama ada secara taqdim atau ta’khir.
3- Namun sekiranya dia tetap tidak mampu untuk bersolat, maka wajib ke atasnya untuk menqada solatnya itu kelak.

Kewajipan solat ke atas wanita hendak bersalin tetap ada meskipun ini terdapat tanda-tanda awal kelahiran tetapi belum tiba saat untuk melahirkan seperti:
1-Keluar air ketuban (najis dan membatalkan wuduk), sekiranya air ketuban itu keluar secara berterusan maka hukumnya seperti keadaan wanita yang mengalami istihadah.
2-Keluar darah disebabkan sakit hendak bersalin dan tidak bersambung dengan darah haid sebelumnya (istihadah)

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan artikel yang berkaitan:

Irsyad Al-Fatwa Ke-411: Hukum Solat Bagi Wanita Yang Keluar Darah Dan Air Ketuban Sebelum Bersalin
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4154-irsyad-al-fatwa-ke-411-hukum-solat-bagi-wanita-yang-keluar-darah-dan-air-ketuban-sebelum-bersalin

Al-Kafi #1333: Panduan Solat Ketika Mengandung
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3598-al-kafi-1333-panduan-solat-ketika-mengandung

Oleh itu, penting bagi wanita hendak bersalin mengenalpasti cecair yang keluar ketika itu dan wajib bersuci sebaik-baiknya sebelum menunaikan solat.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan artikel yang berkaitan:
Al-Kafi # 1687: Bolehkah Wanita Istihadah Solat Secara Berjemaah?
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4397-al-kafi-1687-boleh-kah-wanita-istihadah-solat-secara-berjemaah

Bagi suami atau pembantu wanita yang akan bersalin hendaklah memperhatikan keadaan-keadaan di atas dan membantu melakukan persiapan beribadah bagi wanita hendak bersalin seperti membantu mengambil wuduk, memakaikan telekung atau menutupkan aurat wanita tersebut serta memastikan cadar atau tempat yang diduduki tersebut bersih daripada najis sebelum menunaikan solat.

Kesimp**an

i. Wanita ketika sakit hendak bersalin diharuskan solat jamak ketika sakit hendak bersalin sama ada secara taqdim atau ta’khir terutama jika sakit tersebut berat sehingga menyukarkan pesakit bergerak untuk bersuci dan menunaikan setiap solat fardu pada waktunya.
ii. Wanita dalam keadaan ini tidak diharuskan mengqasarkan solat dalam keadaan sakit. melainkan ia berada dalam keadaan musafir.

Wallahu a'lam

Sumber: muftiwp

07/11/2024

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Dalam dunia sekarang yang mana kebanyakan isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi dari suamì, bagaimanakah pelaksanaan pemberian nafkah yang selayaknya? Jelas maklum bahawa nafkah ialah hak isteri dan tanggungjawab suami tetapi bagaimana suatu hak si isteri perlu berdasarkan kemampuan suami? Bukankah suatu hak itu perlu memenuhi keperluan si isteri iaitu penerima nafkah itu sendiri? Persoalan ini timbul bilamana banyak kes cerai berlaku kerana isu nafkah. Makna kata, walaupun sudah dikatakan terlaksana oleh si suami, namun bagi isteri hak tersebut belum terlunas sepenuhnya maka berlakulah penceraian. Persoalan saya, sekiranya nafkah itu adalah hak isteri, mengapa pelaksanaannya mengikut kemampuan suami dan bukan mengikut kebiasaan kehendak dan keperluan isteri?

Ringkasan Jawapan

i. Nafkah mestilah dititikberatkan oleh pasangan suami isteri kerana ia merupakan kewajipan suami yang tidak akan gugur walaupun isteri seorang yang kaya selagi mana isteri tidak nusyuz.

ii. Penentuan nafkah mengambil kira juga keperluan isteri namun tetap tertakluk kepada kemampuan suami kerana ia merupakan tanggungjawab yang diwajibkan oleh syarak ke atas suami dan syarak tidak akan bebankan seseorang dengan kewajipan di luar kemampuannya.

iii. Para suami dan isteri dinasihatkan untuk bertoleransi antara pasangan tanpa mengabaikan kewajipan dan hak masing-masing di samping mendalami ilmu agama khususnya bab pengurusan rumah tangga.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Kewajipan nafkah isteri ke atas suami

Perkahwinan merupakan salah satu sebab yang mewajibkan nafkah. Nafkah kepada isteri ialah nafkah yang kedua paling utama selepas nafkah kepada diri sendiri. Ia juga lebih diutamakan daripada nafkah kepada anak dan kepada ibu bapa. Tambahan p**a, nafkah isteri ialah kewajipan suami yang wajib ditunaikan oleh suami walaupun jika isteri lebih kaya. Hukum ini telah sabit berdasarkan nas-nas syarak dan juga ijmak berdasarkan firman Allah SWT:

وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: “Dan kewajipan bapa p**a ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya”

Surah al-Baqarah (233)

Dalam hal ini, Imam al-Nawawi berkata:

أَمَّا ‌نَفَقَةُ ‌الزَّوْجَةِ، فَوَاجِبَةٌ بِالنُّصُوصِ، وَالْإِجْمَاعِ

Maksudnya: “Adapun nafkah isteri, maka hukumnya wajib berdasarkan nas-nas syarak dan juga ijmak.”

Konteks ayat di atas jelas menerangkan bahawa menyus**an anak merupakan tugas isteri, manakala kewajipan suami p**a adalah untuk memberi nafkah kepada kepada isteri.

Selain itu, hak nafkah juga tidak akan gugur daripada suami walaupun telah berlalu masa yang lama, sebaliknya ia menjadi beban hutang yang perlu dilunaskan suami kepada isteri. Hal ini disebutkan oleh Imam al-Shirazi, kata beliau:

إذا وجد التمكين الموجب للنفقة ولم ينفق حتى مضت مدة صارت ‌النفقة ديناً في ذمته ولا تسقط بمضي ‌الزمان

Maksudnya: “Jika wujud tamkin yang mewajibkan nafkah tetapi si suami tidak memberi nafkah (kepada isteri) selepas berlalu satu tempoh, maka nafkah itu menjadi beban hutang kepada suami dan tidak akan gugur dengan tempoh masa yang berlalu.”

Hal ini menunjukkan betapa nafkah ini perkara penting yang mesti dititikberatkan oleh kedua-dua suami dan isteri demi menjaga kebajikan isteri dan keberlangsungan rumah tangga. Bahkan dalam keadaan tertentu, isteri dibolehkan untuk meminta fasakh jika suami tidak mampu untuk memberikan nafkah kerana nafkahlah yang menjadikan suami itu pemimpin dan pengawal isteri, namun hal ini mestilah dibawa ke mahkamah syariah dan berasaskan pertimbangan hakim terhadap keadaan suami. Firman Allah SWT:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ

(Al-Nisa’:33)

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Para ulama telah menyebutkan bahawa nafkah yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isteri adalah seperi berikut:

1. Makanan.

2. Lauk-pauk.

3. Pakaian.

4. Alatan pembersihan diri.

5. Alatan penyediaan makanan.

6. Tempat tinggal yang selayaknya dengan keadaan isteri.

7. Perabot.

8. Alatan penyejuk dan pemanas badan.

9. Pembantu rumah isteri jika kebiasaan isteri mempunyai pembantu di rumah keluarganya.

Adapun kehendak-kehendak isteri yang lebih daripada itu hanya atas ihsan suami yang tidak wajib ditanggung.

Pihak yang diambil kira dalam penentuan kadar nafkah

Menurut mazhab mazhab syafi’i, pihak yang diambil kira dalam penentuan nafkah adalah berbeza-beza mengikut jenis nafkah. Bagi nafkah makanan, yang diambil kira adalah kemampuan suami sahaja sama ada susah, sederhana atau senang. Bagi pakaian p**a, bilangan pakaian yang wajib diberi adalah bergantung kepada keperluan isteri manakala kualiti pakaian adalah bergantung kepada kemampuan suami. Manakala bagi nafkah tempat tinggal p**a perlu disediakan mestilah yang bersesuaian dengan kelayakan isteri. Hal ini kerana isteri tiada pilihan melainkan untuk tinggal bersama suami di rumah yang disediakan, maka disebabkan itu tempat tinggal yang disediakan mestilah sesuai dengan isteri.

Oleh yang demikian, jelas bahawa keperluan isteri tetap diambil kira dalam nafkah selagi mana ia di bawah kemampuan suami kerana nafkah merupakan kewajipan suami yang diwajibkan oleh syarak, dan Allah tidak akan membebankan hamba dengan tanggungjawab dan kewajipan di luar kemampuannya. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

لَا ‌يُكَلِّفُ ‌ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

Surah al-Baqarah (286)

Selain itu, Allah SWT juga berfirman secara khusus tentang nafkah berdasarkan kemampuan suami:

لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا ٧

Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Surah Al-Talaq (7)

Kesimp**an

iv. Nafkah mestilah dititikberatkan oleh pasangan suami isteri kerana ia merupakan kewajipan suami yang tidak akan gugur walaupun isteri seorang yang kaya selagi mana isteri tidak nusyuz.

v. Penentuan nafkah mengambil kira juga keperluan isteri namun tetap tertakluk kepada kemampuan suami kerana ia merupakan tanggungjawab yang diwajibkan oleh syarak ke atas suami dan syarak tidak akan bebankan seseorang dengan kewajipan di luar kemampuannya.

vi. Para suami dan isteri dinasihatkan untuk bertoleransi antara pasangan tanpa mengabaikan kewajipan dan hak masing-masing di samping mendalami ilmu agama khususnya bab pengurusan rumah tangga.

WaAllahua’lam.

Sumber: muftiwp

06/11/2024

Soalan

Assalamuaikum ustaz. Pada suatu masa, seorang guru di sekolah saya menanyakan kepada kami murid-murid secara beramai-ramai tentang siapa yang pernah melakukan satu dosa ini. Soalan saya, bolehkan untuk saya menipu dengan tidak mengaku untuk menutup aib saya? Jika kami disuruh untuk bersumpah p**a, adakah boleh untuk bersumpah palsu untuk menutup aib masing-masing?

Ringkasan Jawapan

1. Hukum menipu untuk menutup aib sendiri adalah harus selagi mana dosa tersebut tidak didedahkan orang lain.
2. Jika diminta untuk bersumpah, diharuskan melakukan tauriah seperti mengatakan “aku tidak melakukan perkara tersebut” tetapi berniat apa yang dimaksudkan ialah tidak melakukan perkara tersebut pada hari ini.
3. Keharusan ini adalah dengan syarat dosa tersebut tidak didedahkan orang lain dan tidak melibatkan pengambilan atau penafian hak orang lain.
4. Ia juga mesti disertai dengan taubat dan usaha untuk meninggalkan terus dosa tersebut agar tidak dijadikan jalan untuk meneruskan dosa-dosa tersebut secara tersembunyi.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Pada asasnya, bertanya kepada orang lain tentang dosa peribadi mereka merupakan perbuatan yang haram dan termasuk dalam larangan Allah untuk mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain (al-tajassus) seperti dalam firman-Nya:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka (supaya kamu tidak membuat sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau keaiban orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain.”

(Surah al-Hujurat: 12)

Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili, ayat ini mengandungi pengharaman perbuatan al-tajassus yang bermaksud mencari-cari keaiban yang tersembunyi daripada orang Muslim yang lain.
Membuka aib sendiri dengan memberitahu dosa peribadi kepada orang lain p**a adalah haram jika ia dilakukan dengan perasaan bangga atau mengambil ringan tentang dosa yang dilakukan. Ia boleh menyebabkan dosa tersebut tidak diampunkan sekiranya tidak bertaubat sebagaimana sabda Nabi SAW:

كلُّ أُمَّتي مُعافًى إلا المجاهرين، و إنَّ من الجِهارِ أن يعملَ الرجلُ بالليلِ عملًا ثم يُصبِحُ و قد ستره اللهُ تعالى فيقولُ: عملتُ البارحةَ كذا و كذا، و قد بات يسترُه ربُّه، و يُصبِحُ يكشفُ سِترَ اللهِ عنه

Maksudnya: “Setiap umatku berada dalam keadaan sejahtera (selamat daripada azab yang pedih) melainkan al-Mujahirin (iaitu orang yang mendedahkan dosa sendiri). Sesungguhnya antara perbuatan mendedahkan dosa sendiri itu ialah apabila seseorang melakukan kesalahan pada malam hari, kemudian pada pagi hari dalam keadaan Allah telah menutup kesalahannya tersebut (dari pengetahuan orang ramai), dia menghebahkannya p**a dengan berkata: “Aku telah melakukan malam tadi sekian-sekian perbuatan (dosa), sedangkan tuhannya telah menutup keaibannya itu, namun dia membuka tutupan Allah tersebut darinya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Adapun jika dosa itu diberitahu kepada orang lain bukan kerana berbangga atau mengambil ringan tentang dosa itu sehingga boleh mempengaruhi orang lain untuk turut melakukannya, maka hukumnya adalah makruh sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi, kata beliau:

يُكره للإِنسان إذا ابتُلي بمعصيةٍ أو نحوها أن ‌يخبرَ ‌غيرَه ‌بذلك

Maksudnya: “Apabila seseorang insan itu diuji dengan sesuatu maksiat, maka makruh memaklumkan maksiat tersebut kepada orang lain.”

Syeikh Ibn ‘Allan menjelaskan kalam Imam al-Nawawi di atas bahawa hukum makruh memberitahu maksiat ini adalah apabila ia bukan bertujuan untuk berseronok dan mengingati kelazatan maksiat tersebut. Namun jika dengan tujuan tersebut maka hukumnya adalah haram. Sebaiknya apabila seseorang melakukan dosa peribadi, teruslah bertaubat mohon keampunan daripada Allah dan tutuplah aib tersebut.

Selain itu, Imam al-Nawawi juga menjelaskan bahawa jika dosa tersebut diberitahu kepada seseorang seperti guru untuk mencari sebab dan mendapatkan jalan keluar, maka hukumnya harus bahkan termasuk dalam perkara yang baik kerana maslahat untuk membantu keluar daripada maksiat tersebut.

Di samping itu, hukum menipu p**a pada asalnya adalah haram dan merupakan salah satu dosa besar. Namun menurut Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Saffarini, mengingkari maksiat peribadi yang pernah dilakukan oleh diri sendiri atau orang lain merupakan salah satu keadaan yang diharuskan menipu untuk mengelakkan diri daripada tergolong dalam kalangan orang yang mendedahkan dosa sendiri yang Allah telah tutup dengan syarat dosa itu tidak lagi didedahkan oleh orang lain.

Oleh yang demikian, berdasarkan situasi yang diceritakan dalam soalan di atas, diharuskan menipu dengan mengingkari dosa yang pernah dilakukan tersebut untuk menutup aib sendiri. Jika orang yang bertanya tersebut terus menekan sehingga meminta untuk bersumpah p**a, maka diharuskan untuk melakukan tauriah iaitu dengan menggunakan ayat yang mempunyai makna yang difahami oleh pendengar dengan jelas, tetapi sebenarnya yang dimaksudkan ialah perkara lain yang samar dan tersembunyi. Contohnya “aku tidak melakukan perkara tersebut” tetapi apa yang dimaksudkan ialah tidak melakukan perkara tersebut pada hari ini.

Walau bagaimanapun, keharusan ini adalah dengan syarat dosa yang dilakukan tersebut tidak melibatkan pengambilan atau penafian hak orang lain. Jika ia melibatkan hak orang lain, maka hukum menipu dan tauriah untuk mengingkari dosa tersebut menjadi haram. Berkaitan hukum-hakam tauriah dalam Islam telah dijelaskan lebih lanjut dalam artikel: Irsyad Hukum Siri Ke-324: Hukum Tauriah Dalam Islam.

Tambahan p**a, keharusan untuk menipu dengan mengingkari dosa yang pernah dilakukan mestilah disertai juga dengan taubat yang sebenarnya daripada dosa-dosa tersebut agar ia tidak dijadikan jalan untuk meneruskan dosa-dosa tersebut secara tersembunyi.

Kesimp**an

Hukum menipu untuk menutup aib sendiri adalah harus selagi mana dosa tersebut tidak didedahkan orang lain.

Jika diminta untuk bersumpah, hendaklah melakukan tauriah seperti mengatakan “aku tidak melakukan perkara tersebut” tetapi berniat apa yang dimaksudkan ialah tidak melakukan perkara tersebut pada hari ini.

Keharusan ini adalah dengan syarat dosa tersebut tidak didedahkan orang lain dan tidak melibatkan pengambilan atau penafian hak orang lain.

Ia juga mesti disertai dengan taubat dan usaha untuk meninggalkan terus dosa tersebut agar tidak dijadikan jalan untuk meneruskan dosa-dosa tersebut secara tersembunyi.

WaAllahua’lam

Sumber: muftiwp

11/03/2024

Belajar sedekah dari sekarang, biarpun sedikit, tapi berterusan kerana Allah s**a hambanya yang istiqomah.

Tidak akan miskin seseorang jika dia bersedekah.[Setiap ringgit] yang tuan puan sedekahkan amat besar ganjarannya di sisi Allah. Anak-anak tahfiz ini perlukan bantuan, kalau bukan kita siapa lagi kan ?

Firman Allah SWT :
اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ
Yang Bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia."
(Surah Al-Hadiid:18)


Mungkin dengan cara ini yang mampu kita bantu anak-anak tahfiz ini kelak, teruslah berinfaq. Bukan kuantiti yang menjadi ukuran tetapi keihklasan kita. Usah bertangguh lagi, Jom pakat bantu anak tahfiz ini & peroleh ganjaran di atas. Tekan "Learn More"

Photos from Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah's post 11/03/2024

Majlis Tahlil dan makan bersama pelajar tahfiz Lilbanat Al Hanafiah (cawangan lelaki) sungai merab, kajang. Alhamdulillah

24/02/2024

✨ SALAM NISFU SYA'BAN 1445H ✨

- - - - - - - - -

“Apabila datang malam Nisfu Syaaban maka hendaklah kamu bangun mendirikan solat-solat sunat pada malamnya dan melaksanakan puasa sunat pada siang harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula dari terbenam matahari”. (H.R Ibnu Majah) (Kanzul Ulum al-Jami’ lilahkami al-Syari’yyah fi al-Fiqhi al-Syafie: ms 215).

Oleh yang demikian, perbanyakkan berpuasa pada bulan ini seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sekitar bacaan Yassin dan Doa Nisfu Sya’ban Selepas Maghrib.

Maahad Tahfiz Lil Banat Al Hanafiah.

Want your school to be the top-listed School/college in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


6235 Kampung Tanjung Medan, Sungai Panjang, , Sungai Besar
Rawang