04/08/2026
Seramai 29 orang atlet olahrgara telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Gombak yang berlangsung pada 13 hingga 16 Julai 2026 di Stadium MPAJ. Selain itu, 3 orang atlet turut menyertai pertandingan lebih awal pada 8 dan 9 Julai 2026 di Kompleks Sukan Setiawangsa bagi acara 1,500 meter dan 3,000 meter.
Hasil daripada penyertaan tersebut, beberapa orang atlet telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan akhir, seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang membanggakan.
Penerima hadiah adalah seperti berikut:
1. Ahmad Farhan Soleh – Tempat Ketiga acara 1,500 meter (Kategori L1).
2. Ahmad Farhan Soleh – Tempat Ketiga acara 3,000 meter (Kategori L1).
3. Miza Nur Wafiyah – Tempat Kedua acara 800 meter (Kategori P1).
4. Miza Nur Wafiyah – Johan acara 1,500 meter (Kategori P1).
5. Thaqif Abqari – Tempat Ketiga acara 800 meter (Kategori L2).
6. Thaqif Abqari – Johan acara 400 meter (Kategori L2)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet atas kejayaan yang telah mengharumkan nama SEPINTAR. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Terima kasih.