16/04/2025
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HATI LAHIR BULAN 1 - 4 2025
HARI: JUMAAT
TARIKH: 11 APRIL 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Aidilfitri.
Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, warga PASTI Al-Hikmah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang hadir. Semoga keceriaan Syawal ini membawa keberkatan, kasih sayang dan ukhuwah yang berpanjangan antara kita.
Hari ini juga kita raikan sambutan hari lahir anak-anak PASTI yang lahir dari bulan Januari hingga April.
Semoga anak-anak ini membesar menjadi anak soleh dan solehah, penyejuk mata ibu ayah, serta berjaya dunia dan akhirat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah bermurah hati menyumbangkan makanan dan duit raya bagi memeriahkan majlis kita. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan keikhlasan tuan dan puan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Pengurus PASTI, Encik Mohd Zulwafi kerana sudi meluangkan masa menghadiri jamuan Hari Raya bersama anak-anak PASTI Al-Hikmah. Kehadiran tuan sangat kami hargai dan menyuntik semangat buat seluruh warga pendidik di sini.
π PASTI Al-Hikmah, No. 59, Jalan Sari Alamanda 3A, Sari Alamanda, 48000 Rawang, Selangor
βοΈ Sebarang pertanyaan hubungi :
www.wasap.my/601123087115 (PASTI Al-Hikmah)