18/06/2026
NADI Kg Sungai Buaya
Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI (Sebelumnya dikenali sebagai PEDi) Kg. Sg.
Buaya merupakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional dan juga tempat untuk Komuniti menambah pengetahuan berkaitan Keusahawan, ICT dan pelbagai lagi. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dahulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
18/06/2026
18/06/2026
Tingkatkan kemahiran digital dan keusahawanan anda secara PERCUMA!
Sempena Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Antarabangsa (MSME Day) 2026, NADI bersama ITU-DTC dan Cisco Networking Academy membawakan Kempen Keusahawanan Digital sepanjang bulan Jun.
Β
π
1 β 30 Jun 2026
Daftar sekarang untuk dua kursus dalam talian secara kendiri (self-paced):
Β
π‘Discovering Entrepreneurshipβ¨Pelajari asas keusahawanan, inovasi dan cara mengubah idea menjadi peluang perniagaan.
Β
π»Using Computer and Mobile Devicesβ¨
Tingkatkan kemahiran digital asas untuk menggunakan komputer, telefon pintar dan perkhidmatan dalam talian dengan lebih yakin.
β
Percuma untuk disertaiβ¨β
Sesuai untuk usahawan, bakal usahawan, pelajar dan komuniti setempatβ¨β
Belajar mengikut masa dan keselesaan anda
Β
Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.
09/06/2026
09/06/2026
π£ππ‘ππ£π¨ππ‘ πππππ π§πππππ‘: πππ‘πππ‘ ππππ ππππππ ππππ¨π‘ β οΈ
Sejak kebelakangan ini, kes penipuan dalam talian dilaporkan semakin berleluasa dan melibatkan pelbagai modus operandi, termasuk penggunaan individu sebagai keldai akaun bagi tujuan jenayah kewangan.
Sebagai pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab, kita perlu sentiasa berwaspada serta tidak sewenang-wenangnya membenarkan akaun bank, π¦-πΈπ’πππ¦π΅ atau maklumat peribadi digunakan oleh pihak lain.
Jangan sesekali memandang ringan perkara ini kerana penglibatan sebagai keldai akaun boleh menjadikan seseorang sebahagian daripada rangkaian jenayah yang memberi kesan buruk kepada masyarakat.
Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui peruntukan berkaitan dalam Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024.
Kongsikan peringatan ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai yang peka serta tidak menjadi mangsa atau terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian.
Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial - JSJK PDRM
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
09/06/2026
09/06/2026
HARGA PURATA NASIONAL SAYURAN TERPILIH PADA M1 JUN 2026
Paparan infografik ini merupakan kedudukan Harga Purata Nasional Sayuran Terpilih Pada Minggu Pertama Jun 2026.
09/06/2026
Bas mempunyai titik buta yang besar kawasan di mana pemandu tidak dapat melihat kenderaan lain di sekelilingnya. Oleh itu, penting untuk semua pengguna jalan raya berkongsi laluan dengan berhati-hati.
Ingat, keselamatan di jalan raya bermula dengan sikap bertimbang rasa. Hormati ruang kenderaan besar dan pandu cermat sampai selamat.
π Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
1-A Jalan Besar Kg Sungai Buaya
Rawang
48010
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 06:00 |
| Thursday | 06:30 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |