19/08/2026
APA YANG MEREKA PELAJARI, KITA TURUT MENDAPAT BAHAGIANNYA
Di Pondok Pengajian Turath Amanullah, ada warga emas yang baru mengenal tajwid pada usia tujuh puluh.
Perlahan, berulang-ulang, dibetulkan dengan sabar oleh ustaz yang duduk berhadapan.
Bagi mereka, setiap huruf yang berjaya disebut betul adalah kemenangan kecil.
Tetapi ruang tempat mereka duduk itu bukan datang daripada mereka sendiri. Ia dibina oleh orang-orang di luar sana yang menghantar sumbangan tanpa menyebut nama.
Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya.
Maka setiap ayat yang dibaca di sini, setiap majlis ilmu yang berlangsung kita yang membantu menyediakan ruangnya turut mendapat bahagian.
Kita menyumbang sekali, tetapi ganjarannya berulang selagi ada orang yang belajar di dalamnya.
Pondok ini masih dalam pembinaan dan masih memerlukan bantuan untuk disempurnakan.
Semoga Allah menerima setiap sumbangan sebagai bekalan yang tidak putus ๐คฒ