16/05/2026
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Pusat Dakwah Madrasah Raudhah Al Ilmi Sabah akan diadakan pada:
📅 16 Mei 2026
📍 Sabah
Majlis ini akan dikelolakan oleh Ustaz Amran bersama penduduk setempat sebagai usaha menyemarakkan dakwah dan menyuburkan ilmu Islam dalam masyarakat.
Semoga majlis yang penuh keberkatan ini menjadi asbab tersebarnya cahaya ilmu, ukhuwah dan rahmat Allah SWT kepada semua yang hadir.
“Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.” 🤍