Pasti Nurul Iman Rawang

Pasti Nurul Iman Rawang

Share

.

03/10/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, untuk makluman, PASTI Nurul Iman Rawang sudah tidak beroperasi lagi sejak 2021, kami minta maaf kepada semua dan terima kasih juga pada yang bertanya, insyaallah jika ada rezeki kami akan buka PASTI baru di tempat yang lebih strategik area Rawang.

Syukran. 🙏🏻☺️

Photos from Jabatan Amal Bangi's post 01/07/2020
05/03/2020

ASSALAMUALAIKUM..

[ IKLAN JAWATAN KOSONG - GURU PASTI & PEMBANTU GURU ]

1)PASTI AL-FALAH,KAMPUNG BARU KUNDANG TAMBAHAN (KUNDANG MARDI)
2)PASTI NURUL IMAN,TAMAN GARING RAWANG PERDANA,RAWANG

JAWATAN
1. Guru Pasti
2. Pembantu Guru

KRITERIA PEMILIHAN
1. Muslim
2. Wanita
3. Menutup aurat dengan sempurna
4. Minimum SPM atau setaraf (bagi jawatan Pembantu Guru)
5. S**a dan sayang kanak-kanak
6. Berminat dan boleh bekerja lebih masa
7. Berpengalaman dalam mengurus makanan dan dapur.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN
25 Mac 2020

📞Kepada yang berminat boleh hubungi no ditalian
0 11-5892 8407 (PEJABAT)

Emailkan Resume ke - [email protected]

- Pengurusan PASTI Dewan Selayang -

Jazakumullahu khairan kathira

14/01/2020

JAWATAN KOSONG GURU PASTI SMART RABBANI

Assalamulaikum..Insya Allah,pihak pengurusan PASTI Nurul Iman menawarkan jawatan kosong sebagai Guru pelajar di PASTI SMART RABBANI TAMAN GARING PERMAI RAWANG Terbuka kepada orang awam yang fasih membaca Al-Quran serta mempunyai serba sedikit tentang ilmu agama Islam dan sebagainya.

Mohon sebaran kepada semua penduduk Rawang ya!

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami;

En. Najid 011-11955293
En. Hafiz 019-3424995

Photos from PASTI Selayang's post 29/07/2019

Tahniah diucapkan kepada guru-guru PASTI Selayang!

17/06/2019

YA ALLAH. DR. MORSI TELAH SYAHID MENINGGALKAN KITA.

1. Terkini dilaporkan bahawa Dr. Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang sah dari Ikhwan Muslimin yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – telah syahid meninggalkan kita.

2. Beliau dilaporkan rebah dan pengsan sewaktu sesi perbicaraan di mahkamah dan disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.

3. Sebelum ini banyak pemerhati antarabangsa mempersoalkan layanan ke atas beliau. Dr. Morsi dilayan dengan kejam di penjara Tora yang digelar penjara ‘Kala Jengking’ – malah hingga ke tahap di mana sebuah panel yang dinamakan Detention Review Panel (DRP) yang turut dianggotai para peguam dan ahli parlimen Britain mengecam kaedah tahanan ini yang dicela sebagai ‘di bawah tahap yang sepatutnya berdasarkan undang-undang antarabangsa’.

4. Melalui Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Morsi mengetuai Jemaah Ikhwan Muslimin memenangi pilihan raya presiden pada Jun 2012. Kerajaan Dr. Morsi dituduh hanya melantik anggota Ikhwan yang merupakan ahli politik FJP sahaja dalam kerajaan sedangkan sebenarnya Dr. Morsi telah melantik tiga orang wanita dan dua orang ahli politik Kristian ke jawatan utama pada Ogos 2012.

5. Ramai pihak menuduh kononnya Dr. Morsi tergesa-gesa dalam cubaan mereformasi angkatan tentera Mesir – contohnya tindakan beliau melucutkan kedudukan Panglima Mohamed Hussein Tantawi dan Leftenan Jeneral Sami Hafez Anan serta memecat Pengarah Perisikan Murad Muwafi.

6. Namun pada hakikatnya Dr. Morsi telah berusaha mengimbangi tuntutan tentera – langkah sama yang dilakukan Erdogan di Turki – termasuklah memberi pelbagai kelebihan kepada belanjawan dan syarikat milik tentera. Contohnya ialah pengecualian pemotongan subsidi minyak, imuniti daripada semakan dan kawalan belanjawan, dan juga autonomi sistem buruh yang diamalkan syarikat milik tentera Mesir.

7. Malah, tentera Mesir melalui SCAF juga menerima beberapa keutamaan dalam projek kerajaan seperti projek automotif Al-Nasr Automotive Manufacturing Company (NASCO) yang diserahkan kepada Kementerian Pengeluaran Pertahanan dan juga projek tablet ala-iPad Mesir, Inar yang diberi kepada Benha Electronics Company (Benha) yang sebahagiannya juga milik Kementerian Pengeluaran Pertahanan Mesir.

8. Kerajaan FJP pimpinan Dr. Morsi juga bertindak menghentikan rancangan penswastaan besar-besaran aset kerajaan – termasuklah syarikat-syarikat milik tentera Mesir. Selain itu, Dr. Morsi turut memberikan posisi yang tinggi kepada para pegawai tentera di Autoriti Terusan Suez, Pertubuhan Arab untuk Perindustrian, dan juga kedudukan di Kementerian Pertahanan – di samping berjanji mewujudkan kehadiran tentera Mesir di Sinai dan juga mempelbagaikan sumber persenjataan asing dan latihan buat tentera Mesir.

9. Walau bagaimanapun, kerajaan Dr. Morsi juga mengusahakan pengurangan monopoli tentera dalam projek berskala besar dan berimpak tinggi Mesir seperti dalam kes Projek Pembangunan Koridor Terusan Suez. Rancangan Dr. Morsi untuk menjadikan Terusan Suez sebagai hab logistik dan pusat pembuatan barangan berat global ini tentulah menarik firma-firma berkaitan tentera yang dominan di Mesir seperti kilang pembuatan menara, kotak gear, dan juga bilah fiberglass yang digunakan dalam turbin angin.

10. Namun begitu, kerajaan Dr. Morsi bertindak meletakkan posisi pembuatan keputusan tertinggi projek gergasi ini di tangan Timbalan Perdana Menteri yang melapor secara terus kepada beliau, sekali gus mengetepikan kedudukan dominan tentera Mesir. Langkah inilah sebenarnya yang membawa kepada rampasan kuasa tentera menjatuhkan kerajaan Dr. Morsi.

11. Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir menjadi ancaman seterusnya yang berusaha menggugat kerajaan Dr. Morsi dahulu. Contoh yang paling nyata apabila ia bertindak membubarkan Dewan Perwakilan Rakyat yang dipilih rakyat pada Jun 2012 – sejurus sebelum Dr. Morsi memenangi pilihan raya Presiden dalam bulan yang sama. Pembubaran ini susulan kejayaan Ikhwan Muslimin melalui parti FJP menguasai majoriti kerusi parlimen pada waktu itu.

12. Kerajaan Dr. Morsi juga difitnah cuba menjadi diktator semata-mata kerana mengusahakan pemusatan kuasa eksekutif di tangan Presiden. Hakikat sebenarnya ialah langkah ini terpaksa diambil bagi melindungi proses penggubalan Perlembagaan Mesir agar selari dengan keseimbangan antara hak asasi manusia dan Syariah. Langkah ini jelas bersifat pencegahan kerana kuasa eksekutif yang kuat diperlukan untuk melindungi Perlembagaan daripada disabotaj para hakim pro-bekas diktator, Hosni Mubarak yang jelas menguasai Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir.

13. Akibat pakatan tentera Mesir dengan firma-firma gergasi (yang sengaja menjahanamkan bekalan tenaga dan keperluan asas rakyat selepas kemenangan FJP pimpinan Dr. Morsi) serta media (seperti Nilesat yang menguasai satelit strategik dalam menyiarkan berita palsu dan fitnah), emosi sebahagian rakyat Mesir telah dibakar untuk sekali lagi berhimpun – kali ini memberi tekanan ke atas kerajaan Morsi agar meletak jawatan.

14. Sejarah menjadi saksi betapa akhirnya Dr. Morsi telah ditahan dan digulingkan oleh tentera Mesir di bawah al-Sisi – yang hari ini telah membawa kerosakan dahsyat ke atas kehidupan rakyat Mesir dan juga sistem politik mereka akibat ketiadaan ilmu pentadbiran dan juga kerakusan membolot hasil negara ke tangan kroni tentera.

15. Campur tangan asing juga jelas menjadi faktor besar dalam konteks politik Mesir ini – negara seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikesan menyalurkan dana berulang kali kepada para jeneral tentera Mesir dalam merencana gerakan Tamarroud bagi menjatuhkan kerajaan FJP Dr. Morsi. Arab Saudi juga secara terbuka dinamakan sebagai antara perancang utama gerakan rampasan kuasa tentera ini dengan kerjasama erat Jeneral al-Sisi yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan.

16. Tidak menghairankan sama sekali apabila hanya seminggu selepas Dr. Morsi dijatuhkan, UAE telah menjanjikan sokongan sebanyak USD3 bilion manakala Arab Saudi p**a menjanjikan USD5 bilion kepada rejim tentera Mesir pro-Israel pimpinan al-Sisi itu (UAE juga didakwa kerajaan AKP pimpinan Erdogan sebagai dalang rampasan kuasa Turki pada 2016).

17. Sesungguhnya kita kehilangan seorang tokoh Islamis yang bukan sahaja menghafal al-Quran dan cemerlang sebagai teknokrat kejuruteraan dengan PhD dari University of Southern California, Amerika, serta berpengalaman diiktiraf NASA, tetapi juga pemimpin Mesir yang mampu menguatkan Ummah dan menggerunkan Zionis. Ayuh kita doakan semoga Allah gantikan kehilangan ini dengan pemimpin yang tidak kurang hebatnya.

Ya Allah! Kami sepenuhnya yakin dan percaya, kami ini milik Allah dan hanya akan kembali kepada-Nya. Duhai Allah! Berilah kami kebaikan untuk ujian yang kami terima, dan gantilah apa yang hilang dari diri kami dengan sesuatu yang lebih baik.

Al-Fatihah.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

17/06/2019

Pendaftaran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman, Rawang Perdana sesi 2020 dibuka sekarang!

Kami ingin mempelawa tuan/puan yang mempunyai anak² berusia 4 - 6 tahun agar bersama² kami dalam memberikan pendidikan pra sekolah.

KENAPA PASTI?
👍Kurikulum Pra Sekolah Islam Terbaik Di Malaysia
👍Terbuka Untuk Murid ,4, 5 & 6 Tahun
👍Guru PASTI Yang Terlatih
👍Perkhidmatan Penjagaan Selepas Waktu Kelas (Daycare)
👍Penggunaan Modul silibus yang direka & dipantau rapi oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan awal kanak - kanak
👍Pra Tahfiz
👍Sistem taska selaras dengan sistem TASTI
👍Penerapan nilai murni akhlak Islamiyyah dalam kehidupan seharian
👍Perkhidmatan TASKA Bermodul Untuk Kanak-kanak (4 tahun - 6 Tahun)

🎓KURIKULUM PASTI🎓
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Al Quran
- Hadis
- Peribadi Muslim
- Jawi
- Sains Sosial & Pembangunan Insan
- Riadah

PENDAFTARAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN 2019 DIBUKA SEKARANG

TEMPAT TERHAD❗❗❗
4 Tahun - (30 lagi Kekosongan)
5 Tahun - (30 lagi Kekosongan)
6 Tahun - (30 lagi Kekosongan)

⛳ Lokasi Pasti:
PASTI NURUL IMAN RAWANG PERDANA
No. 38, Jalan RP 13/2, Taman Rawang Perdana 2,48000 Rawang

🕰 Sesi Kelas: 7.30 pg - 12.00 tgh hari
🕰 Sesi daycare: 12.00 tgh hari - 5.30ptg

Utk Pendaftaran/Pertanyaan, Sila Hubungi;

www.wasap.my/60183107882/daftar%20PastiNurulImanRawangPerdana
www.wasap.my/601158928460/daftar%20PastiNurulImanRawangPerdana

🔹Cikgu Fatin – 018-3107882
🔹Ismat – 011-58928460
🔹Pejabat – 011-58928460

Photos from Pasti Nurul Iman Rawang's post 16/06/2019

PAMPHLET KORPORAT SRITI RAWANG

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia.

Rangkaian sekolah rendah swasta ini dikelolakan oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah.

SRITI Rawang merupakan SRITI yang ke 3 dibuka di Parlimen / Kawasan Selayang selepas SRITI Selayang Baru dan SRITI Bandar Tasik Puteri serta SRITI ke 28 yang ditubuhkan di negeri Selangor.

Pendaftaran pelajar SRITI Rawang Tahun 1 ambilan 2020 kini dibuka di Kemaris Avenue, TamanSari, Rawang.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi nombor yang tertera dalam pamphlet di bawah.

MEMBINA GENERASI MURABBI ROBBANI

12/06/2019

Assalamualaikum.

‎إنّا لله و إنّا الیه راجعون

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْلها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها.

Dukacita dimaklumkan pelajar PASTI As Syakirin Pinggiran USJ 1, adik Nur Syaakur Syafiyah (5 tahun) telah meninggal dunia pagi tadi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tawau, Sabah.

Dimaklumkan juga kakak kepada Syaakur juga meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Adik Nur Halisa Sufiyah juga merupakan bekas pelajar PASTI As Syakirin Pinggiran USJ 1 tahun lepas.

Sama2 kita sedeqahkan al fatihah buat arwah Adik Syaakur dan Sufiyah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan penghuni syurga. Aamiin.

Didoakan semoga ibu dan ayah kedua2 pelajar tersebut tabah dan kuat menghadapi ujian tersebut.

Pihak Pasti As Syakirin mendoakan semoga urusan keluarga En. Resmanshah dan Pn. Nur Asilah dipermudahkan oleh Allah.

Want your school to be the top-listed School/college in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Rawang
48000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00