Pondok Pengajian Turath Amanullah

Pondok Pengajian Turath Amanullah

Share

Page ini adalah Page Rasmi Pondok Pengajian Turath Amanullah Kampung Sg Choh Rawang Selangor

Photos from Pondok Pengajian Turath Amanullah's post 01/06/2026

GOTONG ROYONG KERJA-KERJA KORBAN PONDOK AMANULLAH RAYA KE 4

Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada Ilahi , Pondok Pengajian Turath Amanullah yang diamanahkan mengusahakan pengurusan korban bagi tahun ke 3 telah sempurna dijalankan.

Bermula dengan berkumpul para peserta dan juga sukarelawan petugas kerja-kerja korban di kandang yang berdekatan dengan pondok pada jam 8.00 pagi. Kebetulan yang dipermudahkan oleh Allah, ditakdirkan sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang individu dibuat berdekatan dengan pondok lebih kurang 200 meter sahaja yang serba lengkap dengan tempat sembelihan. Ini memudahkan urusan sembelihan dan kerja-kerja korban yang tidak perlu dibimbangi lokasi transit lembu korban sebelum hari penyembelihan.

Setelah 2 ekor lembu korban disembelih, ia dilapah dan dipotong bentuk besar di lokasi yang sama dan dibawa ke pondok untuk urusan pemotongan saiz kecil dan juga pengagihan serta memasak.

Sebahagian peserta korban tidak mahu bahagian daging mereka dan mengizinkan kepada pihak pondok memasak dan dibuat jamuan kepada orang ramai. Alhamdulillah semoga Allah menerima kebajikan mereka.

Sebahagian besar Alhamdulillah pihak pondok telah menguruskan pengagihan daging korban kepada asnaf dan mereka yang lebih memerlukan yang berada di sekitar kampung berdekatan Pondok Amanullah.

Sokongan dan dokongan kerja-kerja secara gotong-royong yang disertai oleh ahli keluarga pondok, jiran pondok dan juga penduduk kampung amatlah kami hargai dan kami yang menyerahkan kepada Allah sahajalah yang mampu membalas kebaikan dan bantuan mereka.

Semoga tahun depan kita berjumpa lagi dan marilah kita sama-sama berdoa agar amalan korban ini sebagai nilai taqwa disisi Allah SWT.

01/06/2026

Kuliah Dhuha Berkitab, Minggu ini

Khamis 4 Jun
9.30 pagi
Ziarah Alam Barzah
Oleh : Ustaz Fairus Yaakub

Jumaat 5 Jun
9.30 pagi
Penyingkapan Hati kepada Rahsia Ilahi
Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Sabtu 6 Jun
9.30 pagi
Fiqh Manhaji
Oleh : Ustazah Afiqah Rozalie

Ahad 7 Jun
9.30 pagi
Syarah Al Hikam
Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim

Muslimin Muslimat dijemput hadir

Jazakumullahu Khairan

Dialu-alukan sumbangan infaq :
Maybank Pondok Pengajian Turath Amanullah
5624-0565-4757

Photos from Pondok Pengajian Turath Amanullah's post 27/05/2026

Alhamdulillah, syukur ya Allah, Solat dan Khutbah Eidul Adha di Pondok Pengajian Turath Amanullah pada hari ini.

Tahun ke 2 dilaksanakan solat dan khutbah raya haji disertakan dengan ibadah korban pada kali ini dibuat pada hari raya ke 4.

Jazakumullahu Khairan kepada penghuni pondok yang tidak pulang ke kampung, jiran pondok dan penduduk kampung sekitar yang turut mengimarahkan sambutan eidul Adha tahun ini.

Yang paling penting ialah menghayati kisah pengorbanan dan berusaha mencontohi Baginda Bapa Sekalian Anbiya' , Ibrahim dan Ismail AS yang tidak pernah memalingkan arahan perintah Allah swt dengan dibalas kemuliaan dan keberkatan.

Semoga Eidul Adha ini membawa rahmat kepada kita semua.

27/05/2026

Khutbah Hari Raya Eidul Adha
Pondok Pengajian Turath Amanullah

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447

Pengorbanan Demi KeredhaanNya

ikhlas daripada,
Pondok Pengajian Turath Amanullah

24/05/2026

Jom.bantu pembangunan Pondok Pengajian Turath Amanullah fasa yang ke 5 iaitu pembinaan bangunan pondok penginapan

Salurkan infaq anda dengan niat berjariah buat ibu ayah, datuk nenek dan juga sesiapa sahaja yang ingin kita bantu mereka di alam barzakh sana apalagi diri kita sendiri yang amat berharap sedekah ini menjadi saksi kita nanti.

24/05/2026

Kuliah Dhuha
Sairus Salikin

Ustaz Muhammad Najhan Halim

21/05/2026

Bacaan Al Quran dan Munajat Tahlil

19/05/2026

Kuliah Dhuha Berkitab, Minggu ini

Sabtu 23 Mei
9.30 pagi
Munyatul Musolli
Oleh : Ustaz Hadi Talhah

Ahad 24 Mei
9.30 pagi
Nasihat Agama Wasiat Iman
Oleh : Ustaz Rozalie Zahari

Muslimin Muslimat dijemput hadir

Jazakumullahu Khairan

Dialu-alukan sumbangan infaq :
Maybank Pondok Pengajian Turath Amanullah
5624-0565-4757

18/05/2026

Qurban & Akikah
Pondok Pengajian Turath Amanullah

Pondok Amanullah menjemput Muslimin & Muslimat untuk menyertai Qurban & Akikah dilaksanakan di Pondok Amanullah pada Hari Tashrik ke 3 Sabtu 30 Mei 2026.

Harga 1 bahagian Qurban ialah RM 850.00

Boleh diniatkan Qurban sahaja atau Akikah sahaja atau Qurban & Akikah sekali.

Kepada yg berminat, sila segera hubungi 011-57723320 (Admin)

Nyatakan :
* Nama peserta :
* No tel :
* Niat : Qurban @ Akikah
* Jumlah bahagian :

Cepat, penyertaan adalah terhad !! Berbaki 3 bahagian sahaja

Jazakumullahu Khairan Kathira

Want your school to be the top-listed School/college in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Lot 1100 Kampung Sungai Choh
Rawang