03/10/2021
Kerusi oh kerusi.
Ada banyak kesilapan yang di buat oleh kanak-kanak, secara sengaja atau pun tidak.
Semasa pertemuan mengemaskini peraturan di sekolah bersama guru, setiap guru diminta memberi contoh perbuatan kanak-kanak yang baik, tapi tingkah lakunya salah di sekolah.
Kata seorang guru saya,
"Adakala mereka memilih kerusi warna kegemaran untuk duduk, tetapi hingga jadi perebutan. Pernah ada yang menangis mahu rebut kerusi warna kegemaran dari rakan".
Ini contoh yang bagus, perbuatan baik tetapi tingkah lakunya salah.
Kanak-kanak s**a membuat keputusan untuk diri sendiri, bila berlaku perkara begini guru mesti mahir memainkan peranan sebagai pemudah cara. Memilih warna kerusi tidak salah. Yang salah perbuatan berebut kerusi dari kawan.
Kami guru-guru berbincang cara yang baik, mengawal tingkah laku kanak-kanak dalam hal ini.
Satu solusi yang baik, apabila tim guru mencadangkan permainan 'Musical chair' dijadikan warm up untuk pemilihan kerusi dan sebagai games santai sebelum memulakan kelas.
Bunyikan muzik, gerak dalam bualatan dan duduk apabila muzik berhenti. Itulah kerusi yang akan mereka gunakan sepanjang hari.
Lain hari boleh ulang permainan yang sama, untuk beri peluang mereka memiliki kerusi warna berbeza.
Ajar mereka untuk terima keputusan.
Ajar mereka untuk sabar menunggu giliran.
Ajar mereka pandai kawal emosi.
Ajar mereka untuk meraikan kawan-kawan.
Ajar mereka bertolak ansur.
Bukan semua kesilapan kanak-kanak adalah kesalahan, mereka hanya belum mengerti.
Bukan semua kesilapan untuk diherdik, ajar mereka cara yang betul.
Luhur Anggun Pintar
Little Abqari Programme (LAP)