27/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐
Jumaat | 24 Julai 2026
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Minggu Diniyah 2026 di SRITI Sulaimaniyah Bukit Beruntung telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada Jumaat, 24 Julai 2026.
Sepanjang program berlangsung, murid-murid telah menunjukkan semangat, komitmen dan kesungguhan dalam menyertai pelbagai aktiviti serta pertandingan yang berteraskan ilmu, amal dan akhlak. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk generasi soleh, pintar, rabbani dan murabbi.
๐ Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan yang dianjurkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan meningkatkan potensi diri. Bagi murid-murid yang belum berjaya, jangan berputus asa. Teruskan berusaha kerana setiap penyertaan adalah satu langkah menuju kejayaan.
๐ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru, jawatankuasa pelaksana, ibu bapa serta seluruh warga SRITI Sulaimaniyah yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang menjayakan Minggu Diniyah 2026.
Semoga program seperti ini terus menjadi medium dalam menyemai kecintaan terhadap ilmu agama serta membentuk akhlak mulia dalam diri setiap murid.