08/07/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH (JKPD) DAERAH RAUB
Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Raub Sesi 2025–2027 Bilangan 1 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 8 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat AADK Daerah Raub.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara semua agensi dan jabatan berkaitan bagi merancang, menyelaras serta memperkasakan usaha pencegahan, pemulihan dan pembasmian penyalahgunaan dadah di Daerah Raub.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli JKPD serta wakil agensi yang telah hadir, memberikan pandangan, idea dan komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga segala perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan berkesan demi melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.
Bersama kita memperkukuhkan sinergi, memerangi dadah dan membina komuniti yang lebih selamat demi masa depan generasi akan datang.
“Dadah Terkawal 2030”
“Malaysia MADANI”
“Berkhidmat Untuk Negara”